Wednesday, March 30, 2011

Game Bowling

Minggu lepas aku ada game bowling di IOI Kulai. Perempuan yang masuk menyertai lebih kurang dalam 7 orang. Peserta lelaki pulak dah tentu ramai punya. Kalau sebelum nie payah diaorang nak ajak perempuan ikut sama game ini. Kalau aku tak silap kata urusetia game ini buat untuk pemilihan badan berkanun bulan Mei ini.

Setiap seorang main 6 game, bermakna 60 kali baling. Perghhhhh.....punya lh penat tangan nie nak membaling sampai 60 kali nak tercabut rasenye....tapi oleh kerana enjoy dan seronok main ramai-ramai macam tak puas pulak, lagi pulak kalau tak dapat skor lg lh...bengkek je rse.....

Masa game tue aku satu link ngan kak eim dan kak rozie. Kami memang suka kalau main sme-sme sebabnya kami nie masih di level pembelajaran.....kalau lawan ngan kak hajar dan kak nesa nampaknya memang ke lauuuuutttt......lh kami nie. Tapi permainan ada nasib-nasib jugak kadang-kadang kite main bagusssssss sangat, tapi kadang-kadang kelauuuuuttttt sangat asyik masuk longkang sesaje.... Alhamdulillah game pertama hingga game kelima aku dapat mata 100 ke atas tetapi yang sedihnya game keenam aku hanya dapat skor 88 je, Cis! bertuah. Mata keseluruhan yang aku dapat kumpulkan adalah hanya 675 sahaje. Dah lah kumpulan kami paling lambat sekali, kumpulan lain dah habis main dh dan ada jugak yang diaorang tambah lagi main sesuka. Nasib menyebelahi aku dan mungkin rezeki aku agaknya, aku juga adalah salah seorang yang mendapat nombor kemenangan iaitu tempat ketiga. Dapat lh hadiah barang elektrik iaitu sereka. Terima kasih urusetia kerana mengajak perempuan sama-sama joint game bowling ini dapat lh kami mengasah bakat kami yang sedia ada ini.

Cantik bak bidadari

Bila cite bab kecantikkan nie aku suka tau tapiiiii.......bila lh agaknya wajah ku akan cantik bak bidadari seperti gambar ini....


cantik, kulit halus, licin, putih, tkde jerawat, jeragat dn sedap je mata memandang...suami pn agaknya asyik nak gempitttt...aje, hehehehe...bertuah lh siisteri kn. Tak pening kepala suami cari lain.....hahahaha...

Kalau lh aku seorang yang berwang, pasti aku pn boleh memiliki kulit wajah seperti tue. Tiap-tiap hari pergi spa. Biasalah perempuan nie kn perlu jaga penampilan lagi-lagi bagi isteri yang telah melahirkan anak. Urat dh banyak putus, tue yang buatkan badan semakin kembang. Bukan spa je pergi, jamu lh, pil langsing lh dan macam-macam lagi lh nak jadi seperti zaman bujang balik. Walau bagaimanapun, aku bersyukur dengan wajah yang Allah S.W.T berikan kepada aku. Cuma aku ni manusia biasa pasti mahukan lebih dari itu tapi tk lh sampai mengubah ciptaan Allah, jauhkan lh. Bila wajah kita cantik dan berseri bukan shaje menggeletarkan orang lelaki, bahkan membuatkan diri kita lebih yakin, bersemangat melakukan sesuatu pekerjaan. Tapi kena ingat juga kengkawan, jangan menyalahgunakan dengan kecantikan yang Allah S.W.T berikan kepada kita. Nanti Allah akan tarik balik kelebihan yang diberikan itu, betul tak?.  So, terimalh dengan seikhlas hati dan apa sahaja yang Allah berikan kepada kita dan jangan lupa mengucapkan "SYUKUR ALHAMDULILLAH".

Adakah perubahan dunia sebagai tanda kehancuran dunia semakin hampir???

Nauzubillahminzalid.....Sepertimana yang kita dengar dan lihat baik di depan mata mahu pun di kaca television pelbagai kemusnahan dan kehancuran dunia yang terjadi seperti yang berlaku baru-baru ini di Japan. Ada mengatakan itu lh balasannya...tapi sebenarnya kita tidak boleh mengatakan sedemikian, ini kerana kita tak tahu apa punca dan sebabnya hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui... itu berlaku di luar negara bagaimana pula yang berlaku di Kota Tinggi???? Ya Allah lindungilah aku, ahli keluarga ku dn kaum seislam ngan ku dri bencana dan malapetaka yang Engkau turunkan....amin...

Disini sedikit sebanyak aku nak kongsi ngan korang tentang hari kehancuran. mari lh kita bersama-sama mengumpul amal ibadah untuk dibawa ke akhirat kelak, semoga amal ibadah kita diterima olehNya amin...mari kita sama-sama menghayati hari kehancuran.....


Gambaran Hari Qiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
 
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
 
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
 
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
 
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
 
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
 
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
 
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
 
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
 
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
 
ⅰ- Pemimpin yang adil. 
 
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
 
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
 
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
 
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 
 
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
 
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
 
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
 
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
 
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
 
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
 
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
 
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
 
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
 
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
 
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.


Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 
 
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
 
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
 
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
 
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
 
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
 
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
 
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
 
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
 
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
 
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
 
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
  
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
  
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Tuesday, March 29, 2011

Kenapa Runsing?????

Kebiasaannya bila bos tkde mesti kurang tekanan ngan kerja...Tp sepanjang 2 minggu lepas aku tk thu apa yg terjadi ngan diri aku nie...moody je rase, macam banyak sangat masalah dalam kepala nie.. walau pun ketawa, nampak happy tapi, sebaliknya dalam hati nie Tuhan je yang thu.. Entah lh aku pun tk thu kenapa..nk kata kerja banyak tk lh banyak sangat, oleh kerana mood tkde sebab tue apa yang aku buat pun aku tk faham....kelakar kn!.

Kadang-kadang nak buat macam nk buat selambe...je, tapi fikiran nie melayang-layang. Sensitif sesangat pun ye, hati tak berapa tenteram, kepala runsing. mungkin kena cuti kot....hahaha...kalau aku cuti macam mane pulak ngan kerja aku sapa nk tolong satle kn.. Kalu dulu lain lh ade lagi seorang pembantu tadbir. Lepas nie kalau jadi bulan April, unit aku akan buat kursus penyelenggaraan kenderan kepada pemandu dan pegawai. Dengan cara aku menyibukan diri sahaja lh aku dapat melupakan apa yang melayang difikiran aku nie yang entah apa-apa entah. InsyaAllah jugak kami akan diberi elaun semasa kursus tersebut, Alhamdulillah...syukur kpdMu Ya Allah.

Manusia nie mesti tk lari dengan masalah kn. Walau dimana sekalipun kita pergi masalah itu tetap ikut kite. Sampaikan boleh jadi buntu tk thu nak buat macam mane lagi, walau pun macam-macam nasihat kawan-kawan beri. Aku juga tahu tkde masalah yang tkde jln penyelesaian mesti ade. Betul kata Ustaz Firuz (kalau aku tak silap lh namanya) ada hikmah disebalik ujian yang Allah berikan kepada seseorang itu tapi kita tak thu apa hikmahnya. yang kita nie sentiasa berdoa siang malam, mulut tak henti-henti meminta pertolongan dariNya tapi tiada hasil jugak. So, sebagai manusia yang kuat dan tabah, mesti sabar dengan ujian Allah, Allah itu Maha Pengampun dan penyayang. InsyaAllah kerunsingan aku nie akan berakhir dengan kebahagian. Ya Allah aku mohon padaMu engkau kuatkn hatiku, berikanlh aku kesabaran agar aku dapat menempuh dugaanMu ini dengan hati terbuka dan Redha, Aminnn...



Wednesday, March 23, 2011

Asam Pedas Ikan Siakap

Malam tadi emak ku tkde di rumah pergi JB rumah abang ku di Cahaya Masai. Dia ada temujanji ngan Doktor HSI untuk cek mata pada hari nie 23/3/2011. Biasa lh tiap2 3 bulan sekali pasti akan p jumpa Doktor. Umur dh meningkat nie macam2 penyakit. Ya Allah engkau pulihkn lh penyakit emakku..amin...

So, oleh kerana tiada tukang masak yg profesional maka, aku lh yg jd penggantinya. Menu malam tadi adalah ASAM PEDAS IKAN SIAKAP. Wah! bunyinya macam sedapkn belum tengok lg nie, hehehee......nk thu mcmne rupanya mari kita saksikan di bawah ye.....

wah! sedapnye...

Nie bukan tipu punya tau memang hasil masakan aku. Alhamdulillah aku lulus. Suamiku makan sampai bertambah nasi lgi... masa nk masak macam ye tak ye je..yelah aku takut tk jadi asam pedas, hahahaha... Alhamdulillah menjadi jugak. Suamiku nie jujur kalau sedap akan kata sedap kalau kurang dia akan kata kurang. Bukan bodek bini tau..... Tp ini bukan kali pertama aku masak dh banyak kali aku masak. Setiap kali aku masak pasti aku rase takut masakan aku tk menjadi walau pun aku masak nasi goreng sekalipun. Bila aku tengok ahli keluarga ku makan sampai habis dn bertambah bermakna sedap lh tue betul tk?. Cuma mungkin rase tue tk sama macam masakan emak ku dn emak mertua ku, air tangan masing2.... Masih banyak lagi aku perlu belajar bab memasak nie. Bukannye senang tau nak bagi orang makan makanan yg sedap tau, masak memang senang kacang goreng je....tp rse belum tentu lg sedap ke tidak. Kalau tk percaya cuba ingat2 bila kite makan di hotel adakah masakannya sedap? kadang2 tk sedap. Bila tengok punya kemain lg cantik dan menyelerakan tp bila rase hampeh...So, jgn dipandang ringan benda yang kita sangka mudah tapi sebenarnya tak semudah disangkakn...

Tuesday, March 22, 2011

Demam lh pulak

Tamat sudah kursus ku pada 20 hb Mac 2011 yang lepas. Alhamdulillah...pelbagai ilmu yg ku perolehi dr kursus tersebut.. daripada 0% kpd 50% tentang KIK yg aku perolehi...tp masih serabut lg lh..ye lh kn kursus pun hanya 3 hari shja lepas tue banyak kumpulan, lain lh kursus tue hanya utk kumpulan aku shja jd dapatlh penceramah tertumpu pd kumpulan aku je.... insyaAllah dengan adenya rakan lama kami boleh buat dan menyiapkannye dengan terbaik program kami nie...

Tp kali nie aku p kursus kondisi tubuhku tidak kuat pulak. Pada hari kedua je badan aku dh mula sakit2, tekak pn dh sakit. Mase kelas hari terakhir aku sempat lg terlelap mse rihat 10 minit..punya lh lepak rse badan nie, mcm tk sabar nk balik. Nasib baik jugak mse balik tue tkde yg nk singgah shopping, klu tak Allah shja ler yg tahu...Sepanjang perjalanan balik aku tidur je..tambah lg pulak hari hujan, lg lh sedap tidur. Sedar2 je dh sampai kota. Lps tue sambung balik tidur, sampai lh kat air tawar 2 aku dh tkleh nk tidur sehingga ke penawar. Suami ku yg jemput aku balik. Tq Bee.

Sampai shja rumah, badan aku memang dh tak larat, aku terus baring dn tertidur. Sampaikn mata pn dh tk larat nk bukak. MasyaAllah punya penat rsenye aku tertidur sampai lh jam 6.00 ptg. Lpas aku bangun tue, badan aku trase punyalh panas, pucat, trse sejuk dn menggigil. Malam tue jugak suamiku bawa aku p poliklinik kat Bandar Penawar, Ya Allah, demam aku sampai tahap kepanasan mencecah 40 'C. Doktor pun menyarankan aku diberi suntikan thn sakit..nk tak nk terima aje ler..badan pun dh tk larat dh..dn esoknya aku diberi MC tk perlu p kerja.Hurey! dpt rehat..

Setelah bangun dri tidur ke esokannye, rse sakit2 badan dh mula hilang tp panas masih trase lg...Alhamdulillah Allah memberi ku kekuatan dn aku masih bernafas pd ke esokannye, tq Allah.

Thursday, March 17, 2011

Semangat kursus

Esok, aku, kak emal dn kak zura nk p kursus di JB Hotel Sri Malaysia. Kursus KIK. Kursus nie berkaitan bagaimana kite nak mensatlekn masalah yg kite hadapi di tempat kerja kite. Tetapi pastikan projek yg kite nk buat sbg KIK nie kite dh menggunakannya. Ini kerana sekiranya projek kite berjaya bahagian lain/agensi lain pun boleh menggunakan projek kite...kn bagus tue..Ini lh masanya kite nk tunjukkn kebolehan masing2 kpd orang atasan.

Bukannye senang nk menyakinkn kpd orang lain tentang projek yang kite laksanakan...kalau mengikut KIK nie cara yang diambil kira adalah cara kita membuat perbentangan, cara kita bercakap (nada), projek yang boleh menjimatkan masa dan wang ringgit, projeknya nampak dgn jelas, mudah dan ringkas, penyampaian dengan penuh keyakinan dn boleh menjawab segala soalan yang ditujukan oleh para panel dengan tepat dn boleh diterima juri.

Kita yang tak pernah masuk mungkin nampak mudah je...tp bila dh terlibat bru tahu begitu rumit sebenarnya nak menyiapkan projek KIK nie..sedangkan orang yg dh banyak kali terlibat dengan KIK nie pun masih belum faham dgn sepenuhnya tentang KIK. So, minggu nie kami bertiga salah seorang peserta dari kursus tersebut akan belajar apa itu KIK dan sewaktu denganya..Aku dn kak zura memang zero tentang KIK nie sebab kami memang tak pernah terlibat langsung dengan KIK nie sebab tue kami bersemangat nak p....lagi pulak kami bertiga nie rapat, lg lh best p kursus bersama2 betul tk kak imal n kak zura????...

Semoga apa yg kami dapat masa kursus tue nanti akan memberi impak yg besar pd kumpulan KIK kami. Kami pasti boleh! anda yang membaca nie pn tolong lh mendoakn kami berjaya ye agar kumpulan kami mendapat tempat antra 1 hingga 3, klu boleh JOHAN lh. Berkat doa kalian semua hanya Allah sahaja yg dapat membalasnye..amin...Tq u all.

Amboi! buzzy mengalahkan bos pulak.

Minggu nie dan minggu depan adalah minggu kerja yang paling buzzy sekali sebab report nak disiapkan, powerpoint nk disiapkan, nk cari bahan utk powerpoint, nak uruskan makam malam bersama Audit Luar di Tg. Kapal Beach Resort dannn......nk update blog hehehehe....bak pepatah "menyelam sambil minum air" hahaha...

Sekarang nie aku tengah update blog lh, tp lps siap nie aku nk sambung balik siapkn report aku pulak. Nasib baik ada budak praktikal boleh lh die tolong buatkan powerpoint. Tq Lili..

Minggu depan penolong bos aku pulak tkde g kursus kat Nilai. Sbb nie lh aku yg kne handle tugas die attan makan malam kt Tg. Kapal. Yg jd maslahnye hanya 2 org shaja di unit UAD nie blh p sna. Die bajet utk 20 org shja termasuk VIP. VIP mestilah datang ngan driver kn tue yg tk dpt g ramai2..Klu ade yg tk dpt g kne cri pengganti pulak..nampak je kerja nie senang tp rumit dn melecehkn..Minggu depan plk turn aku di rumah mak aku, balik dh lh malm takutnye... mudah2an semuanye berjalan dengan lancar amin.....

Sejuknye....

Cuaca hari ni sejuk bangat...pagi2 lagi dh hujan. Alhamdulillah Allah melimpahkan hujan rahmat di muka bumiNya ini. Pergi kerja pagi td pun drive kereta berhati2, jalan licin lh kta kn.. klu tk nk belumba sesaje, lepas tue kne saman.hahaha..padankn muka sendiri...

Nasib baik lh minggu nie bos aku tkde so, dpat lh aku parking bawah bumbung tempat parking bos aku tue...klu tk, mandi hujan lh gamaknye pagi2 nie..mne tknye kereta parking kat luar bawah pokok.... dlu sebelum ada isu parking utk pegawai2 atasan nie.., boleh lh dapat parking kt dalam pagar walau pn tkde bumbung tp dekat ngan bangunan tpt kerja lari 2,3 langkah je dh sampai...tp sekarang sbb aku nie bukan pegawai gred sme mcm diorg tue dpt lh parking kat luar pagar, klu hujan dn tkde payung memang lencun lh sampai dlm bangunan...

Hihihi...bukan kisah parking aku nk cte sbnrnye...just utk menyedapkn lg cerita aku nie je....

Bab kerja pulak, kerja bertimbun nie nk kne siapkn tp, tak tahan ngan sejuk sesangat kat dalam opis nie. Nak menaip pun jadi lambat dibuatnye.Sekejap sekejap gosok tangan bg panaskn tangan... Duduk pun macam kat rumah, buat kerja sambil bersila atas kerusi...mungkin memang dh adat orang melayu suka duduk bersila kot, kaki mesti naik atas kerusi bersila dan menaip buat kerja. nasib baik tempat krje aku nie dapat kerusi yg best (boleh lh dr tak de kn..) tue yg selesa bila buat kerja sambil bersila serta menyandar...lg pulak komputer aku mengadap dinding..lagi lh best..hari2 ngadap dinding je..wah! selesa gitu...

Walau pun sekarang nie, hujan dh berhenti tapi cuaca masih lg sejuk..lagi pulak kt opis aku nie guna aircond yg memang dh tk leh nk ubah slow ke sederhana ke...cma boleh on atau opff je...klu di offkn takut aircond melelh pulak so, nk tk nk tagak aje lh... Sejuk2 jugak nie, perut pn dh berirama..lagu apa pun aku tk tahu..mne lh kwn2 aku nie tk balik2 lg dr beli makanan, cepat lh korang oi....

Tuesday, March 15, 2011

Lentur Buluh Biar dari Rebungnya

Kenapa zaman sekarang nie jauh berbeda dengan zaman ibu2 kite dulu2...zaman sekarang budak2 muda sudah tak hormat org yg lebih tua dri die..ish! kurang hajar betul budak2 sekarang nie kn..bile kite bri nasihat langsung tak nk dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri..tegur sikit pn tk leh.

Macam2 berita kite dengar kat berita, kereta cikgu kne pancitkn lh, cikgu diugut, dinding sekolah diconteng perkara yang tak sepatutnya, cikgu di saman oleh ibu bapa dan macam2 lg lh. Bukan sahaja budak sekolah tau, dikalangan ahli keluarga pun ada yang nak menunjukkan kuasa masing2. Nasihat kakak n abang langsung tak diendahkn dan dipedulikan, lawan cakap ada lh. Entah lah budak2 sekarang nie tak tahu nak beri nasihat macamne lg...

Kalau selalu sangat ditegur pun susah jugak krna budaknye dh besar, lain lh kalau masih kecil lagi boleh lh ditegur kerana kalau budak kecil nie kn ikut kata... Pada aku budak2 nie jadi sedemikian adalah disebabkan beberapa faktor antaranya:
  • mungkin budak2 nie adalah dikalangan orang yang mempunyai masalah dengan ahli keluarganya;
  • mungkin die menganggap ahli keluarganya tidak menyayanginya atau ibu bapa berat sebelah;
  • berkawan dengan kawan yang kurang sopan perangainya;
  • suka memendam rasa dan masalah seorang diri tanpa meluahkannya;
  • masyarakat sekeliling memandang rendah padanya;
  • memang sudah dilahirkan sebagai orang yang degil (ketentuan Tuhan)
So, aku rase budak2 yang jadi macam nie bukan sahaja di bawah tanggungjawab ibu bapa dan guru bahkn masyarakat di luar pun turut memainkan peranan yang penting bagi menjadikan anak2 ini sebagai anak bangsa yang berguna untuk dirinya, bangsa dan negara.

Wahai adik2 dn kawan2 di luar sana sekiranya anda mempunyai masalah cari lh orang yang anda rase boleh dipercayai untuk mendengar luahan anda bukan utk mengharapkan balasan atau pertolongan darinya tetapi sekadar menjadi mendengar pun sudah memadai. Sekiranya anda meluahkan perasaan yang terbuku di hati anda kepada orang lain anda akan merasa lega dan ringan dari bebanan yang anda pikul.

Satu lagi, anda semua mesti ingat sebagai orang islam ada cara yang lebih mudah untuk kite luahkan perasaan tanpa diketahui oleh orang tetapi hanya Dia (Allah) yang Maha Mengetahui, Melihat dan Pengampun. Anda mohon lh kepadanya untuk minta petunjuk dan perlindungan serta jalan yang lurus agar perjalanan hidup anda menjadi mudah, InsyaAllah...

Bagi Ibu bapa, mesti ingat dari anak dalam kandungan lg mesti diajar dan membuat perkara ke arah kebaikan seperti selalu didengarkan ayat2 suci Al-Quran, zikir dan lain2 lagi agar apabila ia dilahirkan nanti mereka akan menjadi anak yang soleh/solehah. Perbuatan ibu bapa adalah memainkan peranan yang penting dan akan memberi kesan terhadap anak di dalam kandungan ibu. Ini adlah kerana anak yang di lahirkan adalah dari darah daging ibu bapa itu sendiri.

Saya juga pernah terdengar dari ceramah2 yang disampaikan oleh orang yang profesional tentang perkara ini, beliau menyatakan bahawa perangai atau sifat bayi itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T dari dalam kandungan ibunya lagi, bukan setelah beliau dilahirkan di dunia. Maka, lenturlah buluh biar dari rebungnya bukan setelah jadi pokok buluh..(betul ke pepatah aku nie, lebih kurang lh kn...).

Ya Allah ya Tuhanku hanya kepada mu kami berserah dan minta pertolongan, makbulkan lh doa kami ini agar kami dikurniakan zuriat dan keturunan yang baik2 dan soleh serta solehah, amin...

Terlewat bangun tidur..

Hari nie aku tak sempat nk buat sarapan untuk suamiku kerana terbangun lewat jam 6.30 pagi. Padahal dh set jam 5.30 pagi kat handphone tapi matikn dan sambung semula tidor.. betul kta orang bile kita sambung balik tidor pasti terlajak dri masa yang kita setkn... Konon2 jugak dri malam td dh set esok nk buat sarapan nasi goreng tp tak kesampaian...nasib baik mak mertuaku bangun awal dan die yang masak nasi goreng..dapat jugak aku bawak bekal hari nie...


Punca sebenarnya aku bangun lewat adalah kerana malm tadi aku siapkan kerja aku. Lepas siap kerja, layan suamiku main game belon pulak. Main sampai lh biji mata nak tersembur bru tidor. Dah syok punya syok tidur tiba2 suamiku batuk2 pulak malm tadi. Sebagai isteri yang solehah, aku bangun tolong gosokkn belakang suamiku dan bagi air untuknye agar lega sedikit tekaknye..begitu lh tanggungjawab sbgai isteri...Ceh! bangga dri pulak..hahaha...

Walau pun terbangun lewat, aku masih sempat lagi menunaikan kewajiban aku terhadap Allah S.W.T, Alhamdulillah...dan lagi satu terima kasih Emak kerana telah masakkan nasi goreng dn siap tapaukn utk aku bawak g kerje. Sungguh bertuah aku rupanya... InsyaAllah emak, Intan akan jadi menantu, anak dan isteri yang solehah, amin...

Monday, March 14, 2011

Giliran rumah mertua.

Minggu nie giliran aku di rumah ibu mertuaku. Ahad malam aku bertolak dari rumah aku ke rumah ibu mertuaku, pada mulanya nak balik petang tp suamiku kta lepas maghrib lh. Lepas shja makan jam 7 malam, ibu mertuaku pn telefon suamiku bertanya balik kol brpa? sebab die nk g Pasir Gudang dn bapak mertuaku tinggal sorang kat rumah. Aku dn suami apa lg lepas solat maghrib terus bersiap2 utk pulang. nasib baik aku dh kemas awal2 pakaian klu tk kelam kabut aku dibuatnye...salah emat aku di marahi suami ku...


Bile sampai shaja di rumah, seperti biasa lh susun baju dr dlm beg ke rak baju. Lepas tue masak air panas sebab suamiku tue mesti nak minum air panas sambil tengok tv. Lepas siap semua, aku pn hidangkan air utk suami tercinta. Mlam tue aku ingat nk tengok SALMA MENTOR nyanyi, tp tkde plk..ktanya die nyanyi sedap tue yg nak tengok sesangat...tp hampeh. Suami ku plak gasak main game sampai mata pn dh tkleh nk bukak dn aku pulak tengok tv cete Merlin sampai habis. Aku suka tengok cte Merlin, ia mengesahkan tentang ilmu sihir. Merlin adalah seorang hamba di istana tue dan die mempunyai ilmu sihir yg semulajadi ada pd drinya, tetapi die hanya menggunakan utk kebaikan dan sekiranya terpaksa shja. Peraturan istana tue bg sesiapa yg menggunakan ilmu sihir akan dihukum mati..

Tepat jam 12 malam, mata pn dh mengantuk, aku dn suami pn p tidur. Emak mertuaku masih belum balik lagi. Dalam nyenyak tidur tiba2 aku terdengar orang mengetuk pintu dn memanggil2 untuk membuka pintu....aku sangkakn aku bermimpi rupa2nye emak mertuaku dh balik. hahahaha....aku apa lg bergegas lh bangun buka pintu. lepas tue sambung balik tidur sebab biji mata macam takleh nk bukak.

Dalam syok tidur, alam Handphone aku pn berbunyi tepat jam 5.30 pagi. Kalau ikut rse badan memang malas nak bangun tp nk buat sarapan pagi so, kne lh bangun jugak. Sarapan pagi yang aku buat adalah LEMPENG KOSONG dn air Nes O (kesukaan suamiku). Walau pun suamiku tidak makan sarapan tapi bapak mertuaku selalu sarapan. Itu sebab aku buat sarapan. Aku terbuat banyak pulak Lempengnye, so aku pn bawak g office, jimat lh aku hri nie tk payah beli makanan...Alhamdulillah...

Alkisahnye, nk berjimat so kne lh rajin buat sarapan atau masak pagi2...tkperlu beli. Tp percaya lh bagi isteri yang bekerja mungkin jarang dapat masak pagi paling tidak pun buat air utk suami dn keluarga. Itu pn sudah memadai utk suami kerana air tangan isterinya sendiri yang buat. Semoga aku aku memiliki kebahagian dengan apa yang aku ada sekarang...TQ Allah.

Majlis Khatam Al-Quran

Setiap tahun kumpulan Helwani pasti akan membuat majlis Khatam Al-Quran beramai2 utk kanak2 berumur 12 tahun ke bawah. Bile tengok budak kecik2 lg dh khatam teringin ble ada anak nnti pn nk mcm tue jugak. Pasti sejuk je perut ibu yg mengandungkan anak2 itu. Ye lh selama 9 bulan mengandungkannya pasti mengharapkan anak itu akan menjadi manusia yg berguna dn soleh/solehah. Ini adalah impian setiap ibu di dunia.

Bagaimana pula bagi ibu yg menjual anak? mendera anak?. Adakah mereka suka atu rela? aku rse mereka tak suka dn tk sanggup tp oleh krena syaitan telah menguasai dri mereka, maka terjadi lh perkara2 sedemikian. Ops! terceramah pulak...

Di sepanjang majlis diadakan, bukan shaja bacaan Al-Quran, tetapi persembahan nashyid pn ada jugak tau. Budak2 nasyid adalah rakan sekerja aku. Mereka nie memang berbakat dlm nyanyian. kalu tak silap aku mereka dapat naib johan dalam pertandingan nasyid peringkat negeri Johor. tahniah lh korang!. Akhir sekali penyampaian hadiah untuk guru2 Quran bagi budak2 yang khatam Al-Quran. Untung guru2 Quran dapat satu paha bunga telur. Ada jugak beri hadiah tak beri bunga telur. yang paling untung klu sorang guru ngajar dua atau tiga orang ngaji....Wah! sampai dapat 3 bunga telur. Manakala bagi kami yang AJK nie pun untung jugak tau sbb guru2 ngaji beri kami pulak bunga telur, dapat lh 5 jenis bunga telur dapat bwak balik. Hehehe...numpang tuah orang...Tq cikgu2 ngaji semua semoga kalian dirahmati Allah..


Design kad Kahwin ku sendiri

Setiap orang inginkn kad kahwin yang cantik2 semasa majlis perkahwinannya kn. Lagi-lagi bila dapat kad kahwin kawan yang cantik2 macam2 jenis design. Yg penting ade duit semuanya boleh dapat apa yg kite hajatkn...

Semasa majlis perkahwinan aku, aku tk nafikan yg aku pn teringin majlis perkahwinanku berseri2, meriah, wajah cantik, kad kahwin cantik, ramai tetamu yg hadir dan lain2 lg lh yg setiap org pengantin inginkn...ye lh kn jd permaisuri hanya sekali dlm seumur hidup (Insya-Allah) mestilh nk yg terbaik. Tetapi oleh kerana aku bukan orang yang berwang so, buat mengikut kemampuan shja elakkan drp berhutang....Kad kahwin dan tag terima kasih aku, aku  buat sendiri dan design sendiri tau. dapat lh berjimat sikit cma tinggal beli kertas je..kertas pn aku beli kt Mydin barang2nye murah2 tau..



Nie lah salah satu kad Perkahwinan aku. (Design sendiri tau)


Bila di fikir2 klu buat kad kahwin mewah2 pn akhirnya disimpan jugak tp di tong sampah. hahaha...kesian pengantin beli n tempah mahal2 tp akhirnya tong sampah tempat disimpan. Ade jugak dipijak2.. padahal di kad kahwin tue ade sepotong ayat drp Al-Quran lh, atau pn kata2 hadis..apa lh salahnya diambil kad itu dn dibuang dengan cara yg baik drp dipijak2...Astagfirullahalazim.... Sebab tue sekarang klu korang perasan lh ade juga kad kahwin yg tk dimasukkan kta2 hadis lg bg mengelakkan perkara sedemikian berlaku...

pada suati hari tue, klu tak silap aku bulan Januari 2011 aku n the geng dapat kad undangan perkahwinan, kadnye sme sejibik mcm aku punya, designnye baik luar dn dalam. mne tidaknye, die tempah di tempat aku tempah kat Sg. mas kedai cikgu. Design luar memang dh sedia ada tp yg seblh dlamnye desin aku. Ade jugak yang menerima design aku rupanye...tq cikgu.

Untuk makluman korang jugak, rakan sekerja aku pn ade jugak mintak tolong aku buatkn design kad kahwin utk anaknye..pada mulanya aku mcm tk percaya die boleh mintak aku buatkn, sedangkn kn banyak tempat2 utk design kad kahwin yg tak mahal. Tp mungkin mudah dan cepat kot, sbb tue die suruh aku buatkn, So tanpa aku mengecewakannya aku pn buatkn sprti yg diminta (yg simple2 je...) nak tau apa hasilnye??? lihat dibawah!



Nie pulak kad design aku utk anak rakan sekerja aku, mcmne ok tk, nk tempah? inbox je kat aku k..

Hehehe.....sempat lg berbisness aku nie..tp betul, sekiranya korang ingin melihat org melayu berjaya sokong lh business aku nie...Aku baru jer belajar buat business nie, mne tau dapat sokongan dn galakkan dr korang business aku berjaya, Alhamdulillah.....hanya Allah shja yg akan membalas jasa korang yang tiada setandingNya. Sokong anak melayu, jgn biar anak melayu di tindas dan dijadikan hamba abdi oleh bangsa asing! Melayu Boleh!.


Nie adalah tag terima kasih sebelah rumah suami ku yang di design
oleh rakan kongsi ku



Nie pula tag terima kasih sebelah rumah aku yang didesign oleh aku sendiri

Thursday, March 10, 2011

cuti di Lotus

Terkenang kembali kisah percutian di Hotel Lotus Desaru bersama ibu tercinta dan kawan2 handai...

kami adalah pekerja yg bertuah krn mendapat tidur di hotel scr percuma tau. Memang best giler sebab ade water park je..bukan budak2 je yg giler tau, mak bapaknye sekali giler main air. Ini bukan kali pertama kami dapat tidur hotel free, sebelum2 nie pn pernah jugak tp kat hotel lain area Desaru je lh....hehehe....tak kesah lh dekat pn dekat lh yg penting free....klu nk g sendri entah ler bilernye...

Masa percutian tue jugak kami sambut sekali birthday x bos aku. Dia tak tau pasal tue sebenarnye, aku n the geng yg buat perancangan, Noni lh kpalanye... X bos aku tue memang beruntung tau mne tidaknye dapat 2 kek, 1 lg pihak hotel Lotus sponsuuurrr..... bertuah2....n rezeki kami2 lh yg membedalnye..hahahahha....tq x bos memang enjoy..
Tp kn korang, rupa2nye mlm tue bukan x bos aku je yg sambut beday, anak kakak tempat keje kami pn sambut jugak..wah! 3 kek lh...semuanye sedap2, sampai packing bwa balik mne kek yg tk habis, ialh kn drp buang baik kami bwak balik.. jgn membazir..pembaziran itu adlh amalan syaitan....hehehehe...

Macam2 aktiviti jugak kami buat pd mlm tue antranye rebut krusi, balang beracun, karaoke dn bertukar2 hadiah. Bile di ingat2 tersenyum sorang2. Kisahnye begini, mase rebut krusi, klu tk silap, aku dapat no. 2, yg pertama kak era. Masa nk berebutkn krusi yg tinggal satu tue, klu tk aku yg dapat tp aku ditolaknye oleh kak era sampai tersungkur aku dibuatnye...bertuah2...hahahaaa....ambik ko mandi pasir..

Klu bab makanan pulak, ermmm....mcm2 ada tp nasi goreng je tak cukup sbb pihak hotel buat sikit sangat....kecian mne yg tak dapat. Tp nasib baik ade makanan lain kitaorg bawak sendri. Mak aku buatkn lempeng kelapa n lauk asam pedas pd malam tue, sampai menjilat jari kwn2 aku.. aku memang akui masakan mak aku memang sodap!. Ops! terbangga dri pulak, hehehe.... Tp klu tengok die masak sma je macam kite masak campak2 je...tp rse tetap tk sme tau!. Kak emal pulak bwak sundwich n noni bwak jemput2. semuanye sedap2... yam yam yam....bile lh kite dapat bercuti lg kn kengkawan...

Jom...kita layan gambar2 di bawah zazzz......






Tuesday, March 8, 2011

Hati..

Pelbagai cerita di dengar ada yang baik, buruk, gembira dan menyedihkan. Boleh dikatakan di seluruh media cetak dn elektonik menyiarkan dan mengkhabarkan cecite-cecite tentang ragam manusia di dunia nie dengan pelbagai kategori. Tp di sini aku hanya nk cecite hal hati manusia.

Bebanyak penyakit di dunia nie penyakit hati lh yg paling sukar diubati. Bila hati dh menjadi barah, alamatnya nyawa seorang manusia itu tidak akn lama lh di dunia ini.... ubat-ubat yg ade di hospital, klinik dan farmasi pn hanya lh sekadar untuk menahan sakit shaja bukatnye utk menyembuhkn 100% penyakit tersebut. Betul tk????

Hehehe....sebenarnye aku bukan nk cecite penyakit hati yg disebabkan kuman tue tp disebbkn diri manusia itu sendiri yg menyebabkan hati org lain sakit dn akhirnye hati diri sendiri yg merana. Ops! aku mintak maaf lh klu ade yg terrse atu tersinggung tp aku tk tujukn pd sesiapa pn sama ada yg mati atu hidup, ini sekadar untuk mengingatkan dri aku sendri.

Bila hidup kite gembira, bahagia, hati kite akan tenang, tenteram dan berbunga2 betul tk???! ialah mne tidaknye kita sentiasa dikelilingi dgn org yg menyayangi diri kita setiap saat dan masa.

TETAPI, bagaimana pula bg org yg dikelilingi dgn musuh, dibenci, dicaci setiap hari, dikecewakn oleh org yg kite paling sayang?????? Psti HATI TERLUKA dan sedih bla kita tergolong dlm org sedemikian. Hidup pn sudah tk bermakna lagi tanpa org yg disayangi berada disisi, Akan merasa kosong, buntu, jiwa kacau, dan mungkin ade yg berani membuat keputusan utk membunuh diri....Nauzubillah.....

Hati org yg dikecewakn oleh org yg pling disayangi adalah penyakit hati yang paling sakit dan perit sekali serta sukar utk diubati di dunia. Walau pun telah sembuh tetapi parut tetap masih ada sampai ke mati. Secara tidak langsung juga kepercayaan sesorang itu terhadap org yg disayangi akan pudar dan mungkin boleh bertukar menjadi benci dan dendam.

Manakala bagi hati yang keras, sukar untuk dibendung org sedemikian. Ini kerana mereka merasakan mereka dalah betul, segala pendapat dan cadangan orang lain tidak dipedulinye dan diambil kesah.

Macam2 ragam manusia di muka bumi ini kn. Pelbagai penyakit hati juga wujud di dunia ini. Apa2 pn wahai kawan2 ku dn dri ku jua ingat lh Allah itu maha kuasa dan mengetahui, mohon lh petunjuk drpaNya dan amalkan lh doa2 pelembut hati agar diri tidak terpesong ke jalan yg tidak diredhai olehNya. Disini aku nk kongsi beberapa cara penawar untuk penyakit hati, so selamat beramal.....

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri.

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hatiMengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah

Kemudian Baca Ayat di Bawah (Surah al-Hasyr ayat 21-24):
Rabbighfir warham waanta khairurrrahimin …………………………………………..
“Hai Tuhan ku, ampuni lah kesalahan ku kasehanilah aku, engkau sebaik baik yang mengasehi”


Kemudian Baca ayat 1-5 Surah Taha





<a title="Free Download Mp3 Ayat 19 surah Asy-syura Doa pelembut hati" href="http://www.index-of-mp3.com/download-Ayat_19_surah_Asy-syura_Doa_pelembut_hati-fsnms3O1yFg.html" target="_blank"><b>Download Mp3 Ayat 19 surah Asy-syura Doa pelembut hati</b></a>

Monday, March 7, 2011

Kerja, Kerja,Kerja...

Minggu nie adalah minggu yang terlalu buzyyy.....sampaikan aku dh tak larat nk satlekn semunya dalam satu masa...arghhhhhhhh....tensionnyeee...

Bulan 3 (Mac) nie, aku rse bulan yg kelam-kabut kot. Mne tidaknye kawan seperjuangan aku dh berhenti krje sbb dpat krje di tempat lain. So, banyak lh kerja aku lps nie kne satlekn utk membantu penolong bos aku tue. Sebelum nie kurang lh cikit beban aku...tq akma...sedih pulak bla terkenangkn die...ermmm...tp tkpe lh dh memang ini lh nmenye kerja betul tk!. Kta nk jdi Kaya n berjaya so kne lh kje kuat, jgn merungut wahai umat Nabi Muhamad S.A.W.....huhuhu...

Pada mse yg sme jugak JAN nk datang kt tempat krje aku, haaa...apa lg mcm2 lh kne sediakn utk diaorg....Tp aku rse tk banyak penemuan yang -Ve kot, mungkin boleh dapat 3 bintang, amin... mudah2an...

Pulak tue pada 10 hingga 25 Mac 2011 nie bos aku tkde plk g umrah. So, Pen. bos aku lh kne pikul t/jwbnye..tugasan utk masing2 dh semestinya ada..So, aku akan jd pekerja yg sangatttttt.....rajin. hahahaha.....
rajin tang apa tk pastilh..hehehe....
k lh nk wuat kje nie, kite jumpa di lain cete k..