Thursday, April 12, 2012

Pemilihan MAKSPEN XII

Hari nie tempat keje aku ada buat pemilihan peserta untuk sukan MAKSPEN XII. Sebelum nie kan aku ada bagi tahu korang sukan MAKSPEN XII, KEJORA jadi Tuan Rumah. So, sekarang masing-masing sibuk pergi menunjukkan bakat masing-masing untuk dipilih sebagai peserta.

Benda-benda nie semua hanya ada pada musim sukan sje. Bila dah tamat musim nanti senyap balik. Kasut, bola dan sebagainya akan tersimpan cantik di atas rak. Tapi time-time macam nie lah untuk melapangkan fikiran. Lupakan seketika keje yang berlambak-lambak di atas meja. Pihak pengurusan jugak memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua staff untuk menjayakan sukan MAKSPEN XII nie, lagi pulak KEJORA jadi tuan rumah lagilah kena kerje keras.

Pastikan setiap acara yang dihantar mesti ada wakil tuan rumah. Menang atau kalah nombor dua yang penting ada wakil. So, kawan-kawan KEJORA cayok! cayok! ye. Pastikan KEJORA dapat tempat samada pertama hingga ketiga sahaja. Kawan-kawan dari jabatan lain juga aku ucapkan selamat berjaya ye...semoga korang pun balik tak tangan kosong. So, cayok! cayok! kawan-kawan semua berlatih bersukan dari sekarang demi jabatan masing-masing. Bulan Jun nanti kita akan berjumpa ye (kalau tiada perubahan tarikh).


silalah comment post ini...

Tahu Tahu je...

Rase macam lambat pulak gaji bulan April nie. Hehehe....eh ketawa pulak ek. Sapa yang tahu kenapa aku ketawa mesti korang pun akan turut ketawa.hahahaha....Biasalahkan sapa kerja makan gaji nie mesti tertunggu-tunggu bilalah nak gaji??? Bila dah gaji dapat pegang duit sekejap je lepas tue dah selamat diagih-agihkan.

Sebelum gaji berikutnya, kegawatan ekonomi akan melanda diri seseorang betul tak? betul kan! kan!...macam yang aku alami sekarang nie, barang-barang keperluan diri semuanya dah tinggal koret-koret. Time-time duit tak cukup nie lah ia nak habis. Nak tak nak guna ajelah apa yang ada dan tinggal sampaikan losyen pun jadi minyak wangi. Nasib baik losyen wangi bila lalu sebelah kawan-kawan tue tak lah segan sangat atau bau hangiiitttt..Bila difikir bagus jugak 2 in 1, jimat sikit. Tapi kn barang-barang nie habis time-time dah nak dekat gaji macam tahu-tahu je aku dah nak gaji. Ermmm....aptb lh..

Tengah-tengah gawat nie pulak ada kawan kahwin. Kalau tak pergi macam tak sedap pulak. Serba salah kita dibuatnya. So, kawan-kawan kalau nak cari tarikh kahwin tue carilah tarikh orang dah gaji. Maklumlah kalau dah satu hari 2, 3 buah rumah buat kenduri kahwin, tak kan nak salam kosong je betul tak??? tak sampai hati aku buat orang macam tue, TAK BAIK, TUHAN tak suka!!!

Eh eh tak pasal-pasal orang nak kahwin aku bebelkan. hehehehe.....sory ye jika ada yang terasa. Tapi inilah hakikatnya terjadi pada orang seperti aku. Daripada salam kosong lebih baik tak perlu datang. Kalau aku tak datang pun majlis tetap berjalan jugak kan.

Walau pun baki gaji cukup-cukup makan je untuk sampai gaji bulan berikutnya tapi aku bersyukur alhamdulillah segala hutang piutang dapat dibayar dan segala barang keperluan dapat dibeli serta termasuklah simpanan dan orang tua dapat diberi. Selebihnya pandai-pandailah belanja. Beginilah rutin hidupku setiap bulan. Walau pun aku nie bukan golongan orang yang berwang dan mewah serta kaya-raya, hidupku yang sederhana nie cukup membuatkan aku bahagia dan gembira bersama suami dan keluarga tersayang. TQ ALLAH!.

silalah comment post ini...

Saspek Kencing Manis

Keputusan air gula kali ke-2 nie telah menyebabkan aku disaspek ada kencing manis. Dah tak pasal-pasal aku kena ambil darah 4x sehari start bulan April nie. 10 April 2012 lepas aku dah start kena ambil darah 4x. Bacaan pagi 4.6, tengah hari 5.8, petang 5.3 dan malam 6.1. Kali kedua pada 7 Mei 2012 nie. Lepas nie dah kena kontrol makan dan minum benda-benda manis. Demi baby dan diri aku, aku kena kontrol semua tue. Aku tak nak anak aku ada penyakit. Kesian nanti dia kecik-kecik dah ada penyakit. Ya Allah, engkau jauhilah anak aku daripada semua penyakit termasuk penyakit berjangkit, amin...

So, intan sekarang ko kena kontrol makan makanan yang manis-manis ye seperti coklat, gula-gula, ais-cream, pisang dan lain-lain. Errrmmmm.....semuanya aku suka makan tau (aptb).

silalah comment post ini...

Dugaan Buatku

Salam semua....bersua kembali kita. Smga anda semua sihat-sihat ye. Bila menaip bab sihat nie teringin pulak nak kongsi cite kisah aku yang terjadinya pada 9 April 2012. Hari tue aku kena minum air gula untuk kali ke-2. Aku rase air gula di klinik Bandar Mas nie macam lebih manis pulak daripada klinik Bandar Penawar padahal sukatan gula mesti sama kn, agaknya cawannya rendah jadi airnya pekat sikit. Tak paklah dah selamat minum pun.

Tapi kisah yang aku nak cite bukan pasal minum air gula, yang sebenarnya pasal aku kena cirit-birit dan muntah-muntah pagi tue. Aku tak tahulah kenapa, kerana aku makan belangkas masak sambal ke? tapi suami dan ibu mertuaku tak pulak kena macam aku. Mereka ok jerk!... Baby dah jemu kot. Hahahahaha.........pandainya anak mama nie ye, dah pandai memilih makanan ea...

Semasa otw nak ke klinik sempat singgah shall Air Tawar 5. Tak pasal-pasal rumput kat Shall Air Tawar 5 jadi mangsa tempat aku muntah. Masa tue memang dah tak sempat nak pergi bilik air, keluar dari pintu kereta dengan tak tutup terus melulu ke rumput. Nasib baik sempat kalau tak aku dan dalam kereta dah kena mandi muntah sendiri. Perut pulak mengulas dan pedih yang teramat sangat..ada dalam 10 minit aku rest kat shall tue. Masa tengah rest, tiba-tiba x-bos aku bukak pintu kereta sebelah penumpang. Terkezut aku, ingat sapa. Dah kantoi...

Dengan keadaan sakit-sakit aku cuba jugak gagahkan diri untuk drive ke klinik Bandar Mas. Syukur alhamdulillah aku berjaya sampai di klinik Bandar Mas dengan kelajuan 60km/j. Bila sampai perut aku meragam lagi mencucuk-cucuk. Perghhh!!! masa tue hanya Allah sahaja yang tahu. Bila dah rasa ok sikit baru aku keluar dari kereta. Kalau diikutkan waktu aku minum air gula kol 8 pg tapi aku daftar kol 8 lebih, memang dah terlewat sikit. Habis nak buat macam mana. Bukannya aku mintak sakit nie menyerang aku, dah Allah yang beri aku kena terimalah..... 

Bila dah sampai klinik mestilah kena daftar dulu kn. Kalau tempat aku nie, ambil nombor dan klipkan kat buku lepas tue tunggu sampai nama dipanggil. Sementara tunggu tue aku pun duduklah, tak sampai 2 minit, perut dan tekak aku meragam lagi. Aku apa lagi terus pergi bilik air dan mengeluarkan segala isi perutku di singki. Muntah dah sampai tahap max iaitu muntah kuning. Perggghhhhh!!!! pahit tekak aku dibuatnya, nak minum air tak leh sebab kena puasa. Nak tak nak tahan aje ler...Haaaa...tue bab muntah, lepas muntah buang air besar pulak. Memang berlawanlah. Kalau tak silap aku ada 2 kali aku buang kedua-dua tue di klinik Bandar Mas. Mase tengah-tengah muntah tue, nama aku pun dipanggil.

Sentengah hari aku di klinik Bandar Mas tue. Dalam setengah hari tue aku kena ambil darah 2 kali untuk bacaan sebelum dan selepas minum air gula, buat check up biasa di klinik ibu dan anak dan jumpa doktor untuk mintak MC sebab perut aku sakit. Sepanjang perjalanan pemeriksaan tue, badan aku memang lemah. Dalam keadaan lemah-lemah tue, nasib baik doktor memberi khabar berita baik tentang baby aku. Doktor scan baby aku dalam keadaan yang sihat. Berat baby aku sekarang 1.334g dan jantungnya aktif, laju. Syukur alhamdulillah lega sikit.

TQ papa kerana menemani mama pada hari tue.


silalah comment post ini...