Tuesday, March 25, 2014

CHOCOLATE CHIPS OREO COOKIES





Yum..yum..yum...sedapnya bila tengok pic ni...terasa macam nak buat plak. Bila di belek resepinya, barangnya mudah dicari dan senang nak buat. Ermmmm.....bila nak buat cookies nie erk?. Tak kisah lah bila...sekarang ni saya nak share dengan anda resepi ni. Siapa yang berminat boleh lah mencuba ye..Ini pun saya dapat dari en google dari web ini. Pelbagai resepi ada, anda boleh lihat sendiri dan mencuba untuk makan bersama ahli keluarga dari hasil air tangan anda sendiri.....good luck ye semua!!!!

CHOCOLATE CHIPS OREO COOKIES

BAHAN-BAHANNYA :

  • 1/2 cawan butter (113g) - suhu bilik
  • 1/2 cawan brown sugar
  • 1/2 cawan gula halus (gula putih)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • secubit garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 packet biskut oreo (packet panjang / 13 keping) - dipotong 4
  • 1 cawan chocolate chips
CARA-CARA UNTUK MEMBUATNYA :
  • Pukul butter, brown sugar dan gula halus hingga kembang
  • Masukkan esen vanila dan telur. Pukul hingga sebati
  • masukkan tepung baking powder dan garam yang telah diayak terlebih dahulu. Gaul rata.
  • Masukkan chocolate chips dan biskut oreo
  • Ambil sesudu dan letakkan ke atas dulang pembakar. Leperken sedikit. Jarakkan 2 cm anatara adunan
  • Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 12 - 15 minit.
Dah siap bakar...dan apabila dah sejuk boleh lah dimakan ye...selamat mencuba!!!!



silalah comment post ini...