Thursday, February 27, 2014

Hilangkan Bekas Cacar Air

Kawan-kawan blogger dan kawan2 yang suka membaca di sini sya ada nak share dgn awak semua bagaimana nak hilangkan bekas cacar air yang sering meninggalkan bekas yang susah hilang di kulit, orang pangil duit2 tue...

Anak sedara sya pun ada mengalaminya, dia berkulit putih so, nampak lh bekas2 hitam kat kakinya tu. Tapi cara ini saya pun baru nak sarankan dengan kakak sya untuk mencubanya. Ini pun sya dapat dari pencarian en google kita lah. Apa salahnya perkara baik di sharing bersama betul tak?. 

HILANGKAN BEKAS CACAR AIR

Cacar air atau chicken pox adalah penyakit yang akan meninggalkan bekas yang sukar dihilangkan. Walau pun sudah sembuh, bekas di kulit tidak hilang. Paling sedih apabila ia ada di seluruh badan lagi pulak di tempat2 yang mudah dilihat seperti kaki.

Ada beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan bagi membantu menghilangkan bekas cacar air ini. Antaranya ialah:


KACANG HIJAU

Rendam kacang hijau hingga mengembang. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan kacang hijau pada seluruh bahagian kulit yang ada bekas cacar air. Biarkan beberapa saat, kemudian bilas bersih.


MADU
Madu juga salah satu bahan semulajadi yang dapat menjadikan kulit halus dan mulus. Madu mempunyai bahan yang dapat menyejukkan kulit dan mencegah berlaku jangkitan pada luka, sangat sesuai untuk kulit yang masih mempunyai bekas cacar air. Cuma perlu sapukan madu di bahagian kulit bekas cacar air.


JAGUNG MUDA

Parutan jagung muda adalah bahan semulajadi yang paling banyak digunakan untuk menghilangkan bekas cacar air. Pilih jagung yang masih muda, dengan warna biji yang masih kuning pucat. parut bahagian biji jagung muda hingga halus, lalu sapukan pada kulit yang ada bekas cacar air. Biarkan beberapa saat hingga kering, kemudian bilas dengan air.

Ok kawan2 selamat mencuba ye!. Kalau dah mencuba boleh lah berkongsi dengan rakan2 yang lain untuk mendapat manfaatnya.

silalah comment post ini...

Tudung Baru

Yeay!!!! tudung baru dah dapat......tak sabar nak pakai. Kalau ikut padan dengan baju yang pakai hari ini sangat padan tapi....difikir balik lain kali lah. Terima kasih kpd Ayang Maswan kerana telah menjahit tudung saya, cantik sangat3... Insyaallah kalau ada rezeki lagi sya nak tempah lagi untuk baju yang en suami belikan.



Haa.....di atas ini lh tudungnya...cantik kan!. harganya pun ok berpatutan dan mampu beli. Ok lah ye nak beleter panjang2 pun nanti jadi merapu pulak. Kita jumpa di lain entry ye. Bye!!!

 silalah comment post ini...