Monday, December 31, 2012

BENTAN?

Bentan? Adakah ibu2 di luar sana ada mengalaminya? Atau pengalaman adik-beradik ke, kawan2 ke atau sesiapa sje lh, boleh lah share di entry ini ye....


Sya syukur alhamdulillah masa dlm pantang sya tak terkena bentan, tapi adik ipar saya ada terkena bentan. Dia ada ngadu dengan saya yang badannya sejuk lepas ibu jarinya terlanggar anak tangga. Sya pun dengan jujurnya memang tidak tahu apa ubat atau yang sepatutnya dibuat jika terkena bentan ni, so sya suggestkan dia makan panadol. Apabila esoknya sya pun cri di internet apa ubat mengatasi bentan ni...

Terdapat pelbagai cara, ada yang menyatakan :
  • Ambil 2 biji bawah putih, dititik dan disapu pada kuku jari tangan dan kaki, dibuat selalu
  • Guna ibu kunyit dan kapur masak, caranya sama seperti sapu di kuku jari tangan dan kaki
  • Bertungku selalu
  • Urut badan atau disapu minyak panas di badan
  • Stokin selalu dipakai
  • Jangan banyak berjalan
  • Minum air kopi panas


Untuk maklumn ibu2 juga bentan ini boleh juga membawa maut bagi ibu2 dlm pantang. Jangan pandang ringan dan remeh benda bentan ini. So, ibu2 yang dalam pantang harus ikut kata orang tua dan berpantang betul2. Badan pun sihat bila dah lepas habis pantang nanti.

Jamu dan ubat2 yang sepatutnya perlu makan untuk badan sihat dan dapatkan tubuh badan yang sihat dan slim semula. Dengan sedikit ilmu ini yang sya kongsikan agar dapat memberi manfaat kepada ibu2 semua. 
 silalah comment post ini...

Last day to 2012

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012...esok 1.1.2013. Masa zaman sekolah, nak tunggu 2010 macam lama sangat nak tiba. Sekarang dah nak masuk 2020 pulak. Adakah masa bergerak pantas atau jarum laju sangt geraknya? Kita lihat dengan mata kasar semuanya sama tak ada perubahan pun sama ada jam atau pun bumi. Apatah lagi dengan kesibukan kerja sehinggakan dah malam pun tidak disedari....Kita akan sedar bila tiba hari lahir nanti, eh dah sekian2 umur ku, sekejap je 

Masa zaman sekolah memang akan merasa lambat atau lama bila hendak ke zaman kerja. Masa tu jugak akan rasa cemburu dengan orang yang dah habis sekolah...tapi bila dah kerja lain pulak rindu zamn sekolah....Masa kerja jugak akan tersa zaman berlalu dengan pantas hari bertukar hari, minggu, bulan dan tahun.

Diam tak diam sekarang aku pun dah nak masuk 27 thn, eeee....dah nak hampir 30an..Anak baru seorang.

Sepanjang tahun 2012 ni pelbagai suka duka aku tempuhi tak kira lah sebagai seorang anak, mama atau pun pekerja. Macam2 ragam dan karenah. Semoga tahun 2013 akan menceriakan dan  memberi kebahagiaan kepada aku sekeluarga. 2013 juga adalah tahun yang lebih baik dari tahun2 yang lepas. Aku mohon kepadaMU agar Engkau limpahkan lah rezeki yang melimpah ruah kepada aku, suami, anakku dan semua ahli keluargaku serta ampunilah segala dosa2 kedua bapaku dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013!!!!
silalah comment post ini...