Friday, June 17, 2011

Zaman Kecik-Kecik

1997-2000

Sekitar area zaman tahun di atas lh aku sudah pandai cari duit sendiri. Sanggup berjemur dengan panas semata-mata nak dapatkan duit. Dulu masa zaman aku kecik-kecik bukan budak sebaya aku je, makcik-macik, pakcik-pakcik pun sama sanggup berjemur demi nak mencari duit. Kerja yang kitaorang lakukan bukannya susah sangat...bukan jadi kontrak bangunan, cuci tandas tapi hanya mencari ikan di laut sahaja. Bukan memancing atau pun menjaring. Korang tau ke apa itu menjaring? menjaring tue orang panggil nelayan lh...tapi bukan kje tue yang kami buat....kejenye ialah mencari anak ikan kerapu dan jual kepada tokey. Zaman aku seekor RM0.40 sen yang kecil dan yang sedang sikit dalam RM0.60 sen. Kaya tak kaya lah aku masa tue... Satu hari boleh dapat lebih 100 ekor, 200 hingga 400 pun pernah. Korang kira lh sendiri kalau dh seekor RM0.40 sen kali dengan 100, 200, 400, tak kaya kami... Tapi tue zaman 1997 - 2000....sekarang ada jugak orang ambek anak ikan kerapu tapi dh murah hanya RM0.25 sen je...tak berbaloi kalau nak tanggkap dan berjemur diri tengah-tengah panas...Kalau dh memang asal usul nelayan anak pun pandai jadi nelayan jugak walaupun anak-anak nelayan ada yang berjaya masuk universiti dan berjaya sekarang...alhamdulillah...

Kalau korang nk tau macamne rupanya ikan tue jom layan gambar nie.....zazzzz....

haaaa...nie lh die ikannya...tapi nie yang sedang. Gambar yang kecil aku tak sempat nak cari dalam internet korang cari lh sendiri ye...

nie ikan untuk makan..

nie lh contoh lopak yang ikan kerapu ada tapi pastikan dalam lopak tue pasti ada banyak batu kalau tak ikan takde lh..

Cycling Club

Wah....lepas sukan Makspen menceburi kelab berbasikal pulak. Bila lh agaknya aku nak mengandung kn. Sukan tak habis-habis...hehehe....bukannya apa saja je menyibuk diri daripada berfikir, mengharap yang tak pasti bila tapi bab makanan aku jaga lh jugak mana yang tak leh makan..

Kelab basikal nie aku baru je join, setakat nie baru 2 kali aku mengayuh basikal baru aku tue. Puncanya aku terlibat sama sebab suami aku masuk dan kawan perempuan aku pun masuk. Nasib baik suami aku nie tak kisah. Beli basikal pun aku loan ngan dia tapi bayar balik tue aku tak pastilah bila....hihihihi...guarantee free je...demi isteri tersayanggg kn Bee! :):):)...








Insyaallah jadi 25 Jun 2011 nie ada

JEMPUTAN KAYUHAN MESRA ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR DAN PARLIMEN PENGERANG PADA 25/06/2011


Haaaa....nie lh kali pertama aku nak join kelab basikal. Dulu jaguh basikal jugak tapi jaguh setakat kampung je ler. Nie nanti tak tahu lh larat ke tak larat. Mintak-mintak larat lh...Lepas nie ada lagi kat Terengganu pulak pada 1 hingga 3 Julai 2011. Wow! macam tak percaya pulak aku boleh join kelab basikal. Selalunya nampak orang Singapore yang berbasikal di Negara aku nie tapi kali nie aku pulak tersengaja join kelab basikal macam diaorang tue. Barang keperluan yang sepatutnya pun suami aku dah belikan tau...percaya tak percaya lh...

So, kawan-kawan mari lh ramai-ramai kita mengayuh basikal sama-sama. Ini pun salah satu senaman untuk body kita jugak tau. Selain sukan badan berkanun dan makspen ada jugak aktiviti lain yang kita boleh ceburi dan berkumpul bersama-sama, beriadah bersama-sama....syok......lai lai lai....

Bagi warga wanita KEJORA yang berminat boleh lah join sama...kami memang mengalu-galukan kemasukkan korang dalam kelab kami nie...untuk keterangan lanjut boleh layari FB kelab kami seperti gambar di bawah ye...korang taip kelab basikal KEJORA pasti jumpa...fikir-fikirkan....