Thursday, May 24, 2012

Breast Pamp

Menjadi seorang ibu nampak macam mudah dan boleh handle segala perkara hal rumahtangga. Walaupun bapa sebagai ketua keluarga tapi beban lebih nampak pada ibu. Segala kerja rumah, urus anak, sedia makan dan minum adalah ibu yang menguruskan tetapi bapa hanya bekerja mencari wang dan menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk ahli keluarganya sahaja. Ini apa yang dinampak di mata kasar......di mata halus tak semua bapa macam tue, betul ke ibu? bapa? hehehehe....

Itu adalah just intro je....sebenarnya yang aku nak kongsi di sini adalah pengorbanan seorang ibu memberi susu badan kepada anaknya walaupun dia bekerja. Dia akan pastikan anak dia menyusu badan paling tidak pun sehingga berumur 2 tahun. Ini adalah kerana dia hendak pastikan perhubungan dan kasih sayang antara anak dan ibu tidak renggang.

Ibu yang kerjaya biasanya masa terbatas bersama dengan anak-anak. Anak lebih banyak meluangkan masa dengan pengasuh berbanding ibunya sendiri. Anak tak nak atau kurang mesra dengan ibu sudah tidak jadi mustahil sekarang, betul tak? dan ibu pula kurang memberi perhatian kepada anak tersebut. Inilah menyebabkan hubungan anak dan ibu tidak boleh jadi sebagai tempat yang saling bergantung. Ha...ceh! macam aku nie dah ada pengalaman aje erk, padahal baru nak jadi ibu. hihihihihi......sebenarnya info nie aku dapat hasil daripada pembacaan dan pengalaman orang lainlah. Aku juga berharap aku akan jadi seorang ibu yang boleh dijadikan kebanggaan dan orang penting kepada anak-anak aku.

Start dari sekarang aku kena set dalam minda yang aku akan cuba jadi seorang ibu yang sentiasa dekat di hati anak-anak aku dimana aku akan memberi susu badan kepada anak aku paling tidak pun sehingga umurnya 2 tahun. Ada seorang kakak di tempat keje aku nie dia masih memberi susu badan kepada anaknya yang sekarang sudah berumur 3 tahun tapi taklah sekerap masa anaknya kecik. Sebab itulah anak dia rapat dengan dia. Aku pun nak jadi macam tue jugak.

Sambil-sambil menaip entry nie ada jugak cari-cari jenis breast pamp yang bagus dan sesuai. Ada satu jenis breast pamp nie boleh dikatakan bagus jugak lah. Oleh kerana ia bagus, harganya pun highlah..... Anda boleh layari http://www.pilihanibu.com/ / www.facebook.com/pilihanibu


Spectra Dew 300 Pro Mom Set C + Free 2 Bumble Bee Bottles
before :RM747.00 / after :RM680.00

UniMom Allegro Electric Breast Pamp
Retail price : RM338.00 / PilihanIbu Price : RM292.00


Spectra Dew 300 Breast Pamp (Single Pump)
Retail price : RM438.00 / PilihanIbu price : RM380.00

UniMom Mezzo (Manual)
Retail price : RM118.00 / PilihanIbu price : RM105.00


Gambar diatas nie adalah jenis-jenis breast pamp. Kalau beli barang satu-satu aku rasa lagi mahal kot. So, baik beli yang set. Breastpamp ada pelbagai jenama dan jenis. Korang search je kat google. Yang penting duit ada dan buatlah pilihan mana yang terbaik untuk korang. Gambar di atas tue aku just tunjuk je. Itulah salah satu Breastpampnya. So, aku jugak kenalah fikir-fikirkan tentang nie kalau aku nak jadi ibu sepertimana yang aku nyatakan di atas tadi. Selamat buat pilihan!

silalah comment post ini...