Monday, August 15, 2011

KATAK

KATAK? macam cite dongeng Putera Katak pulak ye...ini adalah kisah katak ada dalam bilik tidur aku malam tadi. Entah datang dari mana tiba-tiba ada. Anak katak ini boleh terbang tau!. Dalam fikiran aku dah fikir bukan-bukan dah. Aku pun baca lah ayat kursi banyak-banyak. Aku pun ambil inisiatif aku sembur dengan Reset dalam bilik aku tue. Satu bilik berbau, bukan katak je mabuk, nyamuk pun mapus. hihihi...

Aku pun ngadu lah dengan suami aku hal anak katak tadi...suami aku pun cakap "tak kn bee nak kena balik pulak semata-mata ada katak dalam bilik, sedangkan bee ada di KL nie?" aku pun ketawa..hehehee.....just nak ngadu je...

So, malam tadi aku tidur dalam ketakutan. Lampu pun aku tak matikan takut anak katak tadi datang balik. Alhamdulillah sampai ke pagi aku tidur. Tetapi semasa waktu sahur, aku nak buat air, aku dikejutkan lagi dengan anak katak. Anak katak nie memang bertuah tau asyik terkejutkan aku je...dah lah die boleh terbang. Itu yang membuatkan aku takut, buatnya dia terbang kat aku tak ke keruan aku dibuatnya...katak...katak...

Mintak-mintak lah hari nie tak jumpa lagi....

silalah comment post ini...

Pintu Sakaratul Maut

Ermm....korang rasa takut tak baca entry aku nie????? Ini adalah tajuk cite yang aku tengok malam tadi di astro prima. Cite tue mengisahkan balasan orang makan duit anak yatim tak kira sama ada orang itu imam sekalipun. Balasan tetap terima. Allah itu Maha Adil dan Saksama.

Tiga adik beradik nie di jaga oleh seorang nenek yang sudah uzur. Bila masanya dah tiba nenek itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir tetapi sebelum pemergiannya, dia berpesan kepada abang sulung daripada tiga beradik tersebut agar jaga adik-adiknya dan harta pusaka diberi sama rata. Semasa ketiadaan nenek mereka, dua adik beradik masih kecil kecuali abang yang sulung. Maka abang yang sulung lah yang menjaga adik-adiknya dan juga amanah yang diberikan.

Setelah adik-adiknya besar dan dah berumahtangga masing-masing tetapi abang sulungnya masih tak mengagihkan harta yang telah diamanahkan sebaliknya ia menganggap harta hak adik-adiknya adalah sebagai upah untuknya membesarkan adik-adiknya.

Suatu hari, adik-adiknya sangat memerlukan duit. Mereka pun balik kampung untuk berjumpa dengan abang sulungnya untuk meminta pertolongan tetapi, mereka hampa abang sulungnya langsung tak nak tolong mereka dengan alasan duit-duit hasil kebun habis untuk pusingan modal, bayar upah pekerja dan pelbagai alasan lagi.

Abang sulung mereka adalah seorang imam masjid di kampung tersebut. Pada suatu ketika semasa abang sulung mereka sedang mengambil wuduk, tiba-tiba muncul seorang anak muda yang tidak dikenali dan bertanya kepadanya "harta perlu diagihkan kepada siapa yang lebih memerlukan?" dan dia pun menjawab persoalan anak muda itu. Setelah dia menjawab dan dia berpalingkan mukanya tiba-tiba anak muda tadi hilang dari pandangannya..

Bukan  itu sahaja yang abang sulungnya alamai tetapi, dia pernah tersesat jalan untuk pulang, matanya tiba-tiba kabur, kakinya tiba-tiba tak boleh bergerak, semasa di masjid jugak dia ternampak lagi anak muda yang dia jumpa sebelum ini tetapi ahli masjid yang lain tidak dapat melihatnya. Anak-anak dan isterinya sungguh hairan dengan keadaan suaminya. Mereka ada jugak bawa ayah mereka ke hospital tapi pihak hospital mengesahkan ayah mereka sihat 100%.

Anak lelakinya pula asyik menyalahkan pak ngah dan maksunya kerana tak jenguk abang sulungnya di kampung dan bila nak duit baru ingatkan abang sulungnya. Anak lelakinya tidak tahu cite sebenarnya dan ayah serta ibunya juga tak pernah menceritakan kepadanya apa sebab pak ngah dan maksunya bersikap demikian. Anak lelakinya juga mengesyaki pak ngahnya yang membuat ayahnya jadi sedemikian. Akhirnya rahsia terbongkar semasa ayahnya jatuh ketika hendak sembahyang maghrib. Ayahnya dimasukkan ke hospital dan koma. Semasa ayahnya koma, ayahnya telah mengalami keperitan dimana ayahnya tidak dapat naik bukit tanpa pertolongan sesiapa pun. Tanah yang dipijak juga adalah panas ibarat di neraka. Walaupun ketika dia hendak mendaki bukit tersebut adik-adiknya ada di atas tapi mereka tidak memberi pertolongan pun pada abang sulungnya.

Di alam rialiti pula tiba-tiba ayahnya nazak. Ketika nazak, pak ngahnya telah berbisik di teliga ayahnya bahawa mereka menghalalkan kesemuanya dan mengajar abang sulungnya mengucap. Setelah abang sulungnya habis mengikut mengucap dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Manakala di alam koma ayahnya tadi tiba-tiba dia sudah tidak merasa lagi panas dan dia boleh mendaki bukit tersebut dengan mudah walaupun tanpa pertolongan daripada sesiapa pun....

Kesimpulannya, apa yang dialami oleh abang sulungnya adalah balasan yang Allah berikan kepadanya kerana telah makan harta anak yatim iaitu harta adik-adiknya sendiri. Walaupun di dunia banyak membuat amal jariah di kampung tetapi dia tak berbuat pada ahli kelaurganya sendiri. Maka itu lah balasan yang diterimanya.

Oleh yang demikian apa yang aku nak kongsi di sini adalah harta yang ada perlu diutamakan ahli keluarga kita dahulu baru orang di sekeliling kita dan jangan lah sesekali kita memakan harta anak-anak yatim. Sama-sama lah kita jadikankan cite ini sebagai sempadan dalam hidup kita agar kita tidak tergolong dalam orang-orang yang bersikap sedemikian..insyaAllah...

silalah comment post ini...

Lap top Oh Lap Top

Lap top oh...lap top kenapa lah kau buat perangai bila aku sangat memerlukan kau!!!!!!!

Ha.....ini lah masalah aku yang membuatkan mood aku tak baik malam tadi. Aku pun tak faham dengan lap top tue sekejap boleh sekejap tak boleh. Dah tukar yang baru pun amcam tue jugak, dah repair sampai duit kluar RM400 meleyang pun macam tue jugak....hem..hem...hem....menguji keimanan betul lah..

Aku rasa aku kne beli lap top baru kot..jenama apa yg bagus ye selain accer? sapa yang baca entery aku nie beri lah cadangan ye...

Aku malas lah nak mengomel pagi-pagi nie nanti membuatkan mood aku kurang baik pulak. So, setakat nie je lah cite bab lap top aku yg menguji kesabaran aku nie.. Terima kasih bagi sapa yang memberi cadangan ye...semoga Allah sahaja yang membalas kebaikkan anda...


silalah comment post ini...