Tuesday, July 16, 2013

Kelebihan Puasa Menurut Islam

Dalam Islam, banyak manfaat atau kelebihan apabila kita berpuasa terutamanya di bulan ramadhan. Bukan lupa cuma tidak ingat sebab dah lama meninggalkan alam persekolahan dan jarang2 atau kadng2 dengar ceramah agma atau pun baca buku. Di sini sya nak kongsi serba sedikit apa yang sya tahu. Ilmu ini pun sya dapat dari en google dan en blogger. Dengan adanya serba sedikit ilmu ini sya nak kongsi lah jugak dengan anda. Sya percaya banyak si blogger menceritakan tentang yang sama tapi mungkin daripada beratus, beribu blog, blog sya yang terpilih. Alhamdulillah dah rezeki sya.

Baiklah kita berbalik pada tajuk entry sya, kelebihan puasa menurut Sunnahdiantaranya ialah:


1. PUASA, MENGHAPUSKAN DOSA:

Maksudnya: Dari Abu Hurairah Ra, Bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana beriman mengharapkan balasan (dari Allah), nescaya diampunkan dosa yang telah lalu. [Muttafaq ‘alaihi]

Ini disyaratkan menjauhi dosa-dosa besar, maka dosa besar tidak dapat dihapuskan kecuali dengan taubat; kerana Rasulullah bersabda:

Maksudnya: Sembahyang lima waktu, Jumaat sehingga Jumaat berikutnya, Ramadhan sehingga Ramadhan berikutnya; menghapuskan dosa kedua-duanya apabila dijauhi dosa-dosa besar. [Muslim]

2. PUASA PERISAI DARI NERAKA, MENJAGA SYAHAWAT

Dari Jabir r.a, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud puasa itu perisai,yang Menjauhkan hamba dari api neraka. [al-Thabrani]


Sabda Rasulullah s.a.w: sesiapa yang mengerjakan puasa pada jalan Allah , nescaya dijauhkan dari neraka 70 musim. [Muttafaq ‘alaihi]

Semua kelebihan ini diperolehi dengan hanya berpuasa pada satu hari sahaja, bagaimana pula jikalau seseorang yang berpuasa sebulan Ramadhan, dan bagaimana pula orang yang berpuasa di bulan yang mulia ini setiap tahun?!

Puasa juga dapat menjaga diri seseorang dari gangguan syahwat, kerana itulah Rasulullah mengarahkan pemuda yang tidak berkemampuan berkahwin agar berpuasa.

Wahai sekalian pemuda! Sesiapa dikalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, berkahwinlah kerana ia dapat menundukkan pandangan mata, dan dapat menjaga kemaluan , dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin maka hendaklah berpuasa kerana dengan ia adalah perisai. [Muttafaq ‘alaihi]


3. PUASA DAN SYAFAAT

Sabda Rasulullah s.a.w

Puasa dan al-Quran akan memohon syafaat kepada Allah pada hari kiamat-bagi orang yang berbakti(yang selalu berpuasa dan membaca al-Quran).....[hadis riwayat Ahmad]


4. AR-RAYYAN UNTUK ORANG BERPUASA

Dari sahl bin saad r.a, ia berkata: Rasulullah bersabda di dalam syurga ada satu pintu yang disebut ar-Rayyan. Orang-orang yang dibenarkan masuk syurga melalui pintu itu kelak, hanyalah orang yang berpuasa, sedangkan yang lainnya tidak dibenarkan. “manakah orang-orang yang berpuasa? Dan bila orang yang terakhir dari mereka masuk, maka pintu pun segera ditutup, hingga tak seorang pun yang dapat memasukinya. [Muttafaq ‘alaihi]


Maka bersungguh-sungguhlah saudara dengan menjaga puasa yang fardu dan puasa sunat agar dapat masuk syurga melalui pintu ar-Rayyan!


5. MENDAPAT KEGEMBIAAN

Dari Abu Hurairah r.a , Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu tuhannya. [Muttafaq ‘alaihi]


Kegembiraan ketika berbuka puasa: iaitu selepas Allah mengurniakan nikmat berbuka puasa, dan dihalalkan kepada apa yang haram dilakukan pada siang hari; makan, minum dan sebagainya.


Kegembiraan ketika bertemu Allah: ketika ia mendapati pahala puasa dibentangkan di hadapan Allah Taala. Firman Allah Taala:

Maksudnya: “Hari (kiamat Yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan Yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya Dalam surat-surat amalnya)” .

[al-Imran 30]



6. ORANG BERPUASA BERBAU KASTURI

Sabda Rasulullah s.a.w demi diri Muhammad berada dalam tangannya sesungguhnya bau mulut orang berpuasa disisi Allah terlebih harum dari bau kasturi. [Muttafaq ‘alaihi]
Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa itu busuk disisi manusia, kerana perut itu kosong tidak berisi makanan.