Semalam 27 ogos 2012 Ahmad Khalis kena ada temujanji di klinik, hal maklumlah dan 2 bulan. Semalam hanya timbang dan injet. Beratnya sekarang dah 6.1kg naik 1.45kg. Mama pun dah tak larat nak dukung Khalis lama2.
Sekarang Ahmad Khalis dah pandai main air liur dan senyum serta ketawa bila diagah. Dia dah mula nak pandai berbual tapi tak pahamlah hanya keluar suara "huuu" muncung mulutnya. Bila diagah papanya lagilah sampai terganga2 mulut sesekali terkeluar suara ngekeknya. Inilah perkembangan anakku dalam usianya 2 bulan. Terima kasih ALLAH kerana telah memberiku menikmati kebahagiaan ini. Tak sabar pulak nak tengok kletah Ahmad Khalis seterusnya.
silalah comment post ini...