Friday, February 10, 2012

Muka Buku

Sudah berapa minggu di opis aku tak leh bukak muka buku (FB). Sekarang dah boleh tapi di komputer aku nie hampeh muka bukunya semanjang bukan macam biasa. Mood mula-mula tue dah berkobar-kobar nak bukak dan baca apa isinya tapi bila bukak dah jadi macam tue terus hilang mood. Itu yang selalu update entry blog.

Bila tengok rakan lain boleh bukak ada jugak rasa cemburu tapi apa boleh buat di pc sendiri dah tak leh. Kalau nak baca, bukak kat rumah aje lah....itu pun kalau rajin nak bukak. Sebenarnya aku nie taklah terlalu obses sangat dengan FB nie, just nak baca je komen-komen diaorang dan apa yang diaorang up to date. Kadang-kadang aku rasa FB nie macam membosankan pulak kalau ngadap lama-lama. Agaknya mungkin tujuan aku tak sama macam tujuan orang lain. Errrmm.....betullah agaknya.

Bagi orang terlalu obses sangat dengan FB nie, pastikan anda buat perkara yang memberi faedah pada anda bukan sia-sia. Daripada anda berteleku depan komputer berjam-jam tapi sekadar berchating sahaja, aku rasa sangat merugikan diri sendiri kecualilah anda berniaga secara online. Ini kerana akan banyak masa yang akan anda buang begitu sahaja dan masa tidak akan boleh berpatah balik. Bahagilah masa dengan bijak untuk perkara-perkara sedemikian. Jadikanlah muka buku sebagai laman yang memberi faedah dan menguntungkan kepada anda bukan kerugian.

silalah comment post ini...

Orang Belanja Makan

Hari ini rezeki makanku melimpah ruah, Alhamdulillah....syukur kepada Allah. Oleh kerana makananku terlebih so, aku sedekahkan kepada orang lain. Terima kasihlah kepada orang yang membelanja aku makan tengah hari, nasi campur ayam asam pedas lagi.

Semoga Allah sahaja yang membalas jasa orang yang belanja aku tue, aminnn...

Diharap sebelah petang ini aku dan kawan aku dapat menyiapkan semua dokumen tender, kalau tak semua pun 3/4 daripada 29 dokumen tender dapat disiapkan. Walaupun hanya 29 dokumen tender sahaja tapi hendak menyemaknya makan masa dan memerlukan ketelitian. Bos beri tempoh sampai esok untuk siapkan semakan. Kalau tak siap hari ini terpaksalah aku dan kawan aku kena ot esok untuk menyemak kesemua dokumen tender tersebut. Errrmmmm....takpe takpe, masyukkk......Jangan risaulah bos, guarantee satle punya....tapi bos kenalah belanja kami makan  esok..hahaha....(errmmm...dpt ke????) hehehe...

Rase-rase petang nie ada orang belanja lagi tak????***hehehe....dah beri betis nak peha pulak ye...hahahaha...tunggu jelah kalau ada, alhamdulillah kalau takde pun takpe...



silalah comment post ini...