Saturday, March 31, 2012

Maulidul Rasul

Hari nie di kampung aku ada buat Maulidul Rasul. Walaupun tempat kami lambat sikit dari tempat-tempat lain buat majlis nie tapi,aku bersyukur akhirnya usaha kami berjalan juga walaupun ada kekurangan pada majlis kami.

Apa yang kami rancang tak jadi pada mulanya. Walau bagaimanapun, alhamdulillah agaknya Allah tahu niat kami baik buat benda nie, jadi jugak apa yang kami rancang atas bantuan kumpulan Helwani. Terima kasih Helwani kerana telah menyempurnakan majlis kami.

Waktu yang dirancang juga dapat dihabiskan awal dari masanya. Makanan semuanya tiada masalah dan cukup.Terima kasih Allah kerana mengizinkan majlis kami berjalan dengan lancar. Walaupun kehadiran tidak seramai di majlis di tempat-tempat lain tapi kami mampu juga membuatnya dengan jayanya. Aku juga bersyukur dan berterima kasih kepada Imam kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan serta bimbingan kepada penduduk kampung aku tentang agama.

Penduduk di kampung aku nie tak ramai tapi susuh nak satukan mereka. Maklumlah banyak kepala, banyak idea tapi, tak semua boleh terima pendapat kita dan terima pembaharuan. Dengan adanya didikan agama dari imam, sikit demi sikit berlaku perubahan dan kemajuan.Alhamdulillah aman damai kampung aku taklah berpuak-puak. Bila buat majlis semua turun padang untuk bekerjasama. Terima kasih Allah kerana telah membuka pintu hati dan fikiran penduduk kampung aku. Amin...

silalah comment post ini...