Saat menanti kelahiran baby memang saat yg mengembirakan, bahagia, teruja dan menakutkan. Apabila lahirnya baby, terpancar wajah ceria dan bahagia di raut wajah suami kerana baby yang dinanti2kn telah selamat dilahirkan.
Apabila telah lahir, maka tanggungjawab sudah bertambah dan suami menjadi ayah serta isteri manjadi ibu. Tanggungjawab ayah dan ibu ialah sabar dalam menjaga dan mendidik anak dengan sesempurna yang boleh.
Maka bermulalah episod berjaga malam, dimana baby akan berjaga pada tengah malam untuk menyusu dan bermain kerana pada waktu siang baby menghabiskan masa dengan tidor sahaja kecuali nak susu dia akan sedar, apabila dah kenyang dia akan tidor semula. Itulah baby........Kebiasaannya yang berjaga malam adalah ibu. Bapa jarang sekali bangun, Telinga je yang bangun tapi mata dan badan tak bangun pun. Apa boleh buat...
Sekarang aku lalui saat2 bahagia tu bersama suami tercinta. Memang penat tapi aku bahagia skrg dgn kehadiran baby pertamaku ni. Betul kata kawan2, badan memang rasa penat tapi happydan bahagia sangat3.....tak sabar pulak nak tengok tingkah laku yang seterusnya. Setakat ni baby hanya tahu nangis, senyum, tendang2 dan tidooooooooooo........hihihihihi..
Pengalaman pertama bergelar mama memang seronok w/pun letih sikit tpdemi anak mama, mama ketepikan rasa letih tu.. Mama sayang Ahmad Khalis! sekarang ni dia tengah tido. Mama pulak tak leh tido, sbb tu menghabiskan masa dengan tengok laptop. Tidolah wahai anakku asalkan kamu tidak meragam kalau tak haru-biru mama dibuatnya nnti.
Kepada ibu2 diluar sana yang baru bergelar ibu selamat berjaga malam ye. Janganlah sesekali anda merungut krn itulah yang anda mahukan so, kenalah hadapi dugaannya..termasuklah aku.