Tuesday, June 17, 2014

LeBiH HaRi

Assalamualaikum kawan-kawan....lama menyepi dan kini ketemu lagi..

Sekarang ni sya di saat-saat menanti kelahiran baby sya yang no.2. Kalau ikut due bersalin adalah pada 16.6.2014 tetapi, sya sekarang masih bekerja lagi...Tanda-tanda untuk sya bersalin masih belum ada lagi cuma adalah sakit sikit-sikit macam mengeras tu tp yang terlalu kerap sangat sehingga macam nak bersalin tu tak lagi..

Sya sangat risau sekarang ni..bilalah agaknya anak sya nak keluar...sya ada baca kalau bersalin lebih hari ni..so, perasaan bimbang tu menghantui diri sekarang. Tempoh kelewatan yang biasanya diberi oleh pihak klinik adalah 7 hari daripada tarikh due iaitu pada 23.6.2014 ni. So, hari ke-7 tu sya mesti terus ke Hospital.

Dikesempatan ni sya nak share lh dengan anda tentang bersalin lebih dari due ni...semoga siapa yang ada pengalaman tu atau pun terima nasib dengan sya boleh jadikan ini sebagai panduan dan ilmu yang perlu diketahui...

Bayi yang terlebih hari biasanya akan menyebabkan:

PROSES KELAHIRAN MENJADI SUKAR
Bayi yang melebihi tarikh due bersalin cenderung bersaiz besar. Malah tulang tengkorak turut keras. Ini akan menyebabkan anda mengalami masalah ketika proses bersalin.

URI TIDAK BERFUNGSI
Uri amat penting dalam menjamin keselamatan bayi kerana ia membekalkan oksigen dan makanan. Selepas 40 minggu kehamilan, uri kurang menjalankan tugasnya malah kadang kala tidak berfungsi langsung.

FAKTOR SEBABKAN OVERDUE

SEJARAH KELUARGA
Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat yang lain pernah mengalami overdue lebih daripada 2 minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan.

SAIZ KEPALA
Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan proses kelahiran.

TIADA KONTRAKSI
Ada kalnya kehamilan boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.

KEPERLUAN INDUCE (UBAT CETUSAN)
Induis dilakukan kerana kebanyakkan doktor khuatir dengan risiko kematian bayi yang tidak dijangka ketika masih berada dalam kandungan. Walau bagaimanapun, kadarnya sangat kecil iaitu 3:3000 (42 minggu) dan 6:3000 (43 minggu).

JENIS-JENIS INDUCE

MEMBRANE SWEEP
Biasanya kaedah ditawarkan kepada anda jika usia kehamilan melebihi 401 minggu. Doktor akan melakukan prosedur ini sewaktu melakukan pemeriksaan bukaan serviks iaitu memisahkan kantung ketuban yang mengelilingi bayi daripada serviks. Anda mungin perlu melakukan prosedur ini 2 atau 3 kali sebelum ditawarkan kaedah proes induce yang lainnya.

RISIKO
Ia mungkin menimbulkan ketidakselesaan jika serviks anda sukar dicapai. Dinasihatkan agar anda bertanya dengan lebih lanjut tentang prosedur ini sebelum ia dilakukan kerana anda perlu berulang kali melalui prosedur yang sama sebelum ia dapat dipastikan berkesan atau sebaliknya.

PROSTAGLANDIN
Ia merupakan bahan seperti hormon yang merangsang kontraksi rahim. Doktor akan memasukkan tablet, pessary atau gel yang mengandungi prostaglandin ke dalam faraj untuk melonggarkan serviks. Anda munkin memerlukan dos kedua sama ada tablet atau gel selepas 6 jam jika proses kelahiran belum bermula. Pressary melepaskan prostaglandin secara perlahan-lahan sepanjang tempoh 24 jam. Jadi, hanya 1 dos diperlukan.

RISIKO
Terdapat risiko kecil di mana kaedah ini boleh menyebabkan rahim terlebih rangsangan. Jika ini berlaku, ia boleh mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi. Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan rahim pecah.

MEMECAHKAN KETUBAN (ARTIFICIALLY RUPTURING THE MEMBRANES)
Dengan memecahkan kantung ketuban, ia diharapkan dapat mempercepatkan proses kelahiran. Rutin ini dilakukan ketika doktor melakukan pemeriksaan bukaan serviks anda.

RISIKO
Kadangkala kaedah ini kurang memberi kesan yang positif. Apabila kantung ketuban pecah, bayi dalam kandungan terdedah kepada risiko jangkitan kuman. Jika hal ini berlaku, doktor mungkin terpaksa memberi anda antibiotik untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku.

SYNTOCINON
Suntikan syntocinon mengandungi versi sintetik hormon oksitosin. Ia bertindak sama seperti hormon oksitosin semulajadi. Namun begitu, ia diberi kepada anda sebagai drip yang disuntik ke dalam saluran darah.

Oksitosin sintetik digunakan dalam proses induce sama ada dalam keadaan di mana anda belum mengalami kontraksi mahupun untuk merangsang kontraksi untuk menjadi lebih kuat agar dapat membantu kelahiran bayi dengan selamat. Setelah bayi dilahirkan, syntocinon mungkin akan diberi kepada anda untuk merangsang kontraksi bagi mengeluarkan plasenta yang sekali gus menghalang pendarahan berlebihan pula.

RISIKO
Ia boleh menyebabkan kontraksi anda menjadi kuat dan menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami tekanan. Oleh keran itu, keadaan anda perlu sentiasa dipantau secara berterusan.