Friday, May 27, 2011

Dah Ada???

Lumrah kehidupan bila dah berkahwin dan baru berkahwin pasti soalan pertama yang akan disoal adalah "Dah ada?", bila dah ada kne soal lagi "Bila nak tambah?". memang beginilah soalan-soalan yang selalu akan dituju kepada pasangan yang baru berkahwin. Memang tak leh nak dielak...Bagi pasangan yang memang merancang mungkin tidak ada merasa sangat tapi bagi pasangan yang memang berharap dan menunggu tapi tak tahu bila pasti akan merasa sayu bila orang bertanya. Soalan yang sensitif padanya.

Aku adalah salah seorang dalam senarai menunggu. Pada mula-mula tue ada lh jugak rasa badan nie tak sedap. tanda-tanda tue ada lah sikit-sikit macam orang kata tapi mungkin bukan rezeki aku kot...Sampaikan aku beli test Pragnan tue tapi keputusannya mengecewakan...

Semalam 26hb Mei 2011 genap usia perkahwinan ku yang ke 6 bulan. Ramai orang cakap "masih awal lagi"..."usaha lagi"..."insyaallah ada rezeki"... Sejuk sikit bila dengar orang sekeliling memberi harapan. Tapi ada jugak yang kata "lambat no".."ko rancang ke?".."Bilalah ko nak mengandung"... So, jawapan paling rengkas, belum ada rezeki...

So, sekarang aku dan suami hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja, biar lh Allah sahaja yang menentukan rezeki kami timang anak bila....tapi aku jugak mengharapkan kalian mendoakan lh untuk aku agar aku mendapat anak dengan cepat, soleh dan soleheh serta  sepertimana Allah memperelokkan kejadiannya maka eloklh akhlaknya...aminnn...

TQ U ALL...

Tahniah! Tahniah!

Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada pekerja-pekerja yang mendapat anugerah APC. Anda semua memang terbaik dan layak mendapat anugerah. Kalau anda tak buat kerja tak kan bos/penyelia anda menilai anda dengan begitu tinggi sekali betul tak?. So, teruskan usaha anda dan petingkatkan lagi prestasi serta jauhi kontroversi. Dah macam dalam MELODI pulak ye...hehehe...

Hari nie 27 Mei 2011 adalah majlis rasminya. Penyampai sijil APC adalah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Majlis diadakan di Lotus Desaru Beach Resort.

Pekerja cemerlang 2011


ratu cantik dijemput khas utk majlis

ini lh Timbalan Menteri KKLW

Ini pula suku daripada yang hadir

Tiap-tiap tahun jabatan aku akan mengadakan majlis seperti ini kecuali tempat dan masa sahaja yang berbeza. Kebiasaannya memang kami akan mengadakan di hotel. Ini lah masanya pekerja-pekerja bawahan nie dapat makan kat hotel dan sedap-sedap selain pergi kursus.

Majlis nie diadakan sempena menghargai jasa dan pengorbanan mereka terhadap majikannya. Dengan pemberian anugerah lh dapat meningkatkan lagi semangat untuk bekerja dengan lebih baik dan cemerlang agar misi dan visi jabatan tercapai. Sama-sama merasai dan berkongsi kegembiraan bersama. Selain itu mengiratkan lagi siratulrahim diantara pihak atasan dan bawahan.

Walau pun kerja dibawah satu bumbung tapi tidak selalu berjumpa. Dengan adanya majlis sedemikian dapatlah semuanya berkumpul dan bersua. Semoga tahun hadapan adalah harapan dapat APC tak pun dapat PB pun ok.....aminn...Insyaallah...