Tuesday, February 21, 2012

Selesema Lah Pulak

Herrrmmm.....esok dah nak outstation malam nie boleh pulak selesema. Alamatnya esok sebelum pergi kenalah jumpa encik doktor dulu. Buatnya melarat nanti susah pulak. Aku nie dah lah tak boleh makan ubat sesuka suki je..bahaya untuk baby nanti.

Encik suami pun outstation jugak hari rabu baru balik, itu pun tak dapat jumpa sebab dia sampai maybe malam dan aku pulak petang dah gerak ke Kuala Lumpur. Apa boleh buat ...telefon sajelah. Dengar suara pun ok, hilang jgak rasa rindu nie...ha ceh!

Lah...dah lari tajuk nie. hehehe...biasalah syok sangat menaip. Aku ada jugak baca kat forum dalam tentang penyakit nie, kebanyakan semuanya menyarankan pergi jumpa doktor. So, aku pun memang dah buat keputusan nak jumpa doktor sebab aku nak jalan jauh, bahaya untuk diri aku jika dibiarkan sahaja. Tak pasal pasal menyusahkan orang lain bawak aku pergi klinik pulak nanti. Dah orang ingat satu bus nak pergi klinik tapi sebenarnya seorang je. Ish! ish! jauhkan lah. Ya Allah mohon kepadamu engkau sembuhkan lah penyakit selesema hamba ini Ya Allah dan dapatlah ia menjalankan tugasnya dengan tubuh badan yang sihat, amin..

Terima kasih kepada yang membaca entry aku nie dan mendoakan kesihatan aku. Semoga Allah jua memberi kesihatan yang baik buat kalian. Amin.


silalah comment post ini...

Hasil kedua...

Hasil kedua....

Kali nie cuba lukis 2 wajah pulak. Gambar nie agak susah sikit sebab wajah lelaki pakai cermin mata dan mencari tona warna wajah dan bibirnya yang sesuai sukar. Maklumlah wajah lelaki. Aku rasa korang pun tahu kan...letak warna gelap, gelap sangat, kononnya nak cari warna ala ala nampak real gitu...

Walau pun ini sekadar lukisan tetapi sedikit sebanyak ada persamaan dengan wajah yang asal cuba ia versi cartoon sahaja. Kalau tak caya cuba anda lihat lukisan di bawah ini...


Gambar Asal


Gambar Cartoon yang diubah

Macam mana, seiras tak? Gambar cartoon aku ada ubah sikit daripada gambar yang asal. Tapi wajahnya tetap nampak sama kn!. Nak lukis betul betul serupa tue aku belum sampai tahap tue lagi...nak lembut tangan makan masa sikit. Benda nie pada aku kalau nak mahir kena selalu atau hari hari cuba cubi lukis. Aku guarantee lah bukan sahaja mahir bahkan boleh buat bussines pulak.

Dengan adanya ilmu dan kemahiran insyaAllah seorang insan itu boleh berjaya walau pun dia tiada segulung sijil ijazah atau master. Dengan adanya sijil kemahiran dia pun boleh jadi orang kaya terhormat dengan syarat kenalah usaha lebih dan gigih.

silalah comment post ini...

Kalender 2012




Gambar di atas adalah kalender hasil buatan sendiri yang kedua. Oleh kerana tahu nie adalah tahun baby untuk aku so, aku buatlah kalender baby. Bukannya apa untuk merangsangkan aku agar aku dapat baby yang comel comel macam dalam gambar tue...hehehe...

Ibu baru biasalah kan excited benda benda macam nie. maklumlah baru nak bergelar ibu, excitednya lain macam. Itu baru gambar baby belum lagi tengok barang barang baby...berputar putar biji mata.

Kalender tahun depan tak tahu lagi nak buat macam mana. Tunggu hujung tahun depan lah baru dapat idea. Sekarang tak nak pikir sebab baru bulan Februari kn.

silalah comment post ini...

Belajar Benda Yang Baru

Salam semua...sapa yang baca blog aku nie pasti terkata dalam hati "macam macam rupa blog budak nie kan" hehehe....sebenarnya aku nie suka suki dan cuba cubi je. Itu lah yang jadi macam tue.

Semalam benda baru aku baru belajar dari amalsukacantik  dan hasilnya gambar di atas blog aku tue lah...amacam cantik tak aku lukis??? cantik kan..kan..hahahaha...haaa...kalau korang nak tahu macam mana korang boleh lah baca di entry blog dia atau carilah di google ok. Aku nak ajar pun, kurang mahir lagi...so tanyalah yang lebih arif dan pakar.

Sebelum (dalam excel)


Selepas dan dicopy jadi imej
Tak sangka pulak menggunakan excel pun boleh dan lebih mudah. Masa mula mula buat tue kitaorang tak tahu lagi macam mana nak simpan jadi imej, puas godey sana sini akhirnya jumpa. Kalau tak, hanya boleh simpan dalam bentuk excel sahaja. Ini adalah hasil pertamaku. Kalau diikutkan aku nak up grade lagi gambar nie tapi oleh kerana tak sabar nak tunjuk jugak kat korang....hehehe...

Aku rasa dah ramai yang tahu lagi lagi orang yang memang berminat benda nie. Aku nie je yang terlewat sikit. hehehe...so, bagi yang terlewat banyak dari aku boleh lah cuba cubi ye. Seronok tau! lagi lagi kalau dapat lukis wajah sendiri...errmm....bangga rasanya.

SELAMAT MENCUBA!!!


silalah comment post ini...

TuRuN NaiK TuRuN NaiK TanGGa, JaDi LeTiH Di BuAtNyA...

Turun naik turun naik tangga aku malam nie. Kesilapan makan apa aku pun tak tahu. Apa yang aku makan emak aku makan jugak tapi, emak aku tak lah pulak macam aku..Jadi letih aku dibuatnya. Bila aku keluar masuk keluar masuk jamban, emak aku pun tegur...so, aku pun jawaplah mana tahu..Nasib baik sekarang dah ok dah, tak meragam lagi macam tadi. Kalau tak satu entry je jadi berejam nak disiapkan.

Bagus memang bagus untuk baby bila ibu banyak bergerak tapi, kalau asyik masuk jamban je apa cer...lotih oden...ermmm....oleh kerana perut pun dah ok dan aku pun dah tak tahu nak taip apa kat entry nie serta mata pun dah mengantuk so, see u next entry k. Good nite uols!!

silalah comment post ini...

Menantu Bungsu

Tinggal beberapa hari sahaja rumah air tawar 5 akan menjadi riuh rendah dengan suara saudara mara dan jiran tetangga untuk bersama sama meraikan dan memeriahkan lagi majlis walimatul urus adik bungsu cik suami. Ini adalah yang last lepas nie tak tahu lagi kalau ada cucu nak buat kat umah nenek, ada lah..kalau tak, takde lah.. 

Pada tahun yang sama emak mertua aku dapat 2 orang cucu dan seorang menantu lelaki. Alhamdulillah...syukur kepada Allah.Pejam celik pejam celik dah dekat rupanya tarikh yang ditunggu tunggu. Pengantin jangan dok di katalah, pasti debaran jantung semakin laju,lagi lagi pengantin lelaki. Mana tidaknya bila pak imam hayun je tangannya maka sipengantin lelaki perlulah melafazkan akad terima nikahnya.... Aku rasa tak boleh tido malam dibuatnya asyik menghafal dialog akad nikah..hahahaha...lagi lagi nama pengantin perempuan, salah sebut nanti dah susah. Nasib baik nama adik bungsu tak susah manapun....

Kad jemputan dah pun diedar...persiapan rumah pun boleh dikatakan dah beres, tinggal barang barang basah shja yang belum dibeli. Terima kasihlah kepada hamba Allah yang telah menyumbang pelbagai barang untuk menyempurnakan lagi majlis. Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa kalian.

Menantu bungsu nie umurnya kalau tak silap aku sebaya usia suami aku. Maybe mereka akan tinggal di AT5...baguslah ada teman emak mertua aku. Aku pulak mungkin akan still berselang seli lagi kot....maklumlah suami aku tue kan satu satunya anak lelaki tunggal dan mana boleh berjauhan dengan emaknya..hehehe.... Aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mendapat suami seperti dia.

Semoga majlis walimatul urus adik bungsu pada 3 Mac 2012 berjalan dengan lancar, teratur dan sempurna sehingga selesai majlis..amin..

Akak doakan semoga rumah tangga adik bungsu kekal bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat hendakNYA amin....

silalah comment post ini...