Win a trip to HK and tour locations from movie #DontGoBreakingMyHeart! Just answer a simple Q about the characters
silalah comment post ini...
Wednesday, February 8, 2012
Drama vs Novel
Start dari filem Ombak Rindu dan sekarang drama di tv pun dah mengisahkan cerita daripada novel-novel yang terkenal. Diantaranya yang tengah hangat sekarang "Vanila Coklat" dan "Bicara Hati". Kedua-dua cerita itu ditayangkan pada hari yang sama dan masa yang sama. Pulak tue kalau bleh kedua-duanya nak tengok. Sebab kedua-dua cite best...
Kedua-dua cite nie ditayangkan pada hari selasa jam 9.00 malam tapi di siaran yang berbeza. Vanila Coklat di Tv3 dan Bicara hati di Astro Prima(kalau tak silam).
Bagi yang berminat bolehlah menyaksikan cerita itu ye. Aku pasti memang ada penonton setia kedua-dua drama ini..
Dah takleh nak taip banyak-banyak sebab dah tak sabar nak balik. Bye!!!...
silalah comment post ini...
Rewang Goodies
Bila hari perkahwinan dah semakin hampir, biasalah pelbagai perkara perlu disiapkan. Terutamanya goodies untuk orang ramai. Masa pergi beli barang goodies, nak rambang biji mata dibuatnya sampaikan tak tahu nak pilih yang mana, cantik-cantik dan mahal-mahal belaka. So, nak tak nak kenalah ikut kemampuan dan bajet....
Tern aku dah lepas, sekarang tern adik ipar aku pulak....herrrmmmm....memang mewah, anak bungsulah katakan. Beruntung orang yang rewang, marhaban dan hadir. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat ibu mertuaku dengan melimpah ruah dan berterusan dengan sedekah yang dia sumbangkan.
Adik iparku nie beruntung, boleh dikatakan banyak ibu mertuaku sponsur. Semalam dari tengah hari hingga petang menghabiskan masa merewang membungkus goodies. Nak sakit pinggang oden dibuatnya. Tapi bab membungkus nie bukan dari semalam mulanya, dari kelmarin lagi dah start tapi buat sikit-sikitlah.
Keje kahwin nie memang seronok......orang yang nak membuat tue macam-macam kena fikir, kena sediakan. kalau boleh majlis berlangsung nanti sempurna dan cukup semuanya takde yang terkurang dan tertinggal. Orang yang paling sibuk ialah ibu. Orang yang paling xcited dah tentulah pengantin betul tak? hehehehe....sebab dah pernah jadi pengantin kan tahulah...
Minggu nie dah relex sikit sebab semua goodies dah satle. Aku pulak dah balik umah ibu aku. Minggu nie tern umah ibu aku pulak. Rindunya rasanya...walaupun baru hari sabtu lepas jumpa dia. Hari ini saya balik ye Emak.. Tunggu kepulangan anakmu ini!..
silalah comment post ini...
Cat Rumah
Hi semua...sihat hari nie? Mudah2an sihat walafiat hendakNya.
Selama 4 hari bercuti, hanya menghabiskan masa di rumah sahaja. macam entry aku yang sebelum nie sampai aku berjaya buat cucur ikan bilis...Itu bab disiang hari. Bab malam pulak, aku tolong suami aku cat rumah....tapi, aku hanya cat tiang botol je..hehehe...maklumlah ibu mengandung mana boleh buat keje lebih-lebih sangat. Itu pun dah kira lebih sebenarnya sebab belah petang dah penat basuh kereta, malam mengecat pulak. Alhamdulillah baby aku kuat dan sihat tak meragam.
Satu malam siap satu ruang tamu dapur dicat oleh suami aku. Tinggal part dapur je belum lagi sebab banyak barang yang kena dialihkan. Aku pun tak tahulah bila agaknya suami aku tue nak mulakan mengecat semula. Mungkin hujung minggu nie kot.
Bila cite bab mengecat nie, teringat masa aku nak kahwin dulu...aku lah orang yang paling bertungkus-lumus mengecat rumah dan bilik aku. Itu baru cat rumah belum cite bab panjat-memanjat lagi. Ialah kan...xcited nak kahwin...itu yang pastikan rumah dan bilik cantik. Masa rewang pun, aku menyibukkan diri sampai jari aku tercalar sebab basuh udang. Nasib baik pakai inai taklah perasan sangat...Eh! dah terlebih sudah cite masa silam pulak...hehehe...
Kalau aku tak mengandung mungkin aku boleh tolong suami aku mengecat dan memanjat-manjat nie. Bukannya apa, aku nie kalau dah start buat keje kalau boleh aku nak siapkan hari itu jugak. Menggunakan masa yang ada dengan sepenuhnya. Oleh kerana suami aku sorang je yang mengecat so, terpaksalah ambil part-part untuk dicat dan ikut kekuatan badan. Kesian My Bee...sayang tahu Bee boleh melakukannnya...Caiyok! Caiyok! Sayang pasti sebelum bulan Mac nie rumah dah cantik....
Subscribe to:
Posts (Atom)