Monday, March 18, 2013

keletah my hero

Keletah my hero selanjutnya......memang tak disangka dia akan buat sedemikian. Sya rasa ianya tak sengaja, kebetulan tindakan dia membuatkan mamanya teruja. Nak tahu apa keletahnya? Jom saksikan gambar di bawah:


Hahahahahaa......mana mama tak teruja lihat anaknya tido macam ni, sedangkan dia baru 8 bulan belum tahu apa yang dia buat. sangat comel kan!.

Lagi satu, dia suka tengok cermin...dia akan tersenyum bila lihat wajahnya sendiri. Bukan sahaja cermin, tap kalau ambil gambar menggunakan kamera depan pun sama. Ini buktinya, jom lihat keletah seterusnya:




Inilah my hero. Sikit demi sedikit kepandaian dan kebijakannya terserlah. 

Memandangkan bateri tap pun dah nak habis so, setakat ini sahaja dulu ye. Lain kali kita bersua lagi. Bye! Bye! Bye!...

silalah comment post ini...

Pengotor atau Tabiat???

Hobi atau tabiat? Hobi dan tabiat sama tak?. Hobi, apa aktiviti yang kita suka lakukan. Tabiat, tingkah laku seseorang yang kerap dibuat. Betul ke definisi yang saya berikan ni, kalau salah sya minta maaf lh ye, adik baru nak belajar, tolonglah ajarkan.....hihihihi.....

Macam man pulak dengan pengotor atau tabiat? Adakah sama?. Pada sya, tabiatnya yang kurang menyenangkan dan membuatkan dia digelar pengotor, betul tak?. Sebagai contoh:

" Tidak mengepam plash selepas membuang hajat". 

Adakah ini tabiat dan pengotor? Pada sya, ini adalah tabiatnya yang memang suka tidak mengepam plash atau simbah air selepas buang hajat besar, secara tak langsung orang macam ni dipanggil pengotor!!.

Apa pandangan anda pulak?

Ish! Ish! Ish! Kalau anda nak tahu kejadian ni si pelakunya adalah seorang WANITA! Sungguh memalukan kaum wanita sahaja. Si pelaku memang tidak dapat dikenalpasti tetapi kanya berlaku di tandas wanita. Kejadian ini bukan sekali je berlaku tetapi banyak kali berlaku.

Difikiran berligat berfikir siapakah orangnya?. Kalau orang luar, tetapi perkara ni terjadi pagi2, belum ramai orang masuk. Entahlah malas nak menyerabutkan kepala otak. Dah besar, sepatutnya dah boleh fikir sendiri apa perlu buat.

So, kawan2 di luar sana, janganlah sampai orang menggelar anda PENGOTOR??Lagi2 kita seorang wanita, perlulah menjaga kebersihan ye....tabiat sedemikian tak perlu dicontohi ye....

silalah comment post ini...

BERSUA KEMBALI

Salam sejahtera dan assalamualikum kawan2 blogger.....

Bersua kembali setelah lama menyepi. Maaf ler sebab tiada kesempatan untuk mengupdate blog. Hari ini barulh ada sedikit masa dan saya memenuhinya dengan menaip. Sebelum ini banyak cite yang nak dikongsi tapi tak sempat nak menaip dan sekarang pun bila nak dicite macam dah basi tapi biasalah kan tak semestinya itu jam jugak dikongsi cite, kadang2 dah makan berbulan pun cite masih hangt kan..

Bagi yang kawan2 setia membaca entry saya, sya minta maaf sebab menyepi seketika. Now, i'm back!. Cite selanjutnya kita bersua di entry lain ye, berdasarkan tajuk cite. Kalau dikolohum semua di sini tak bestlh nanti tak banyaklah entry. Cite panjang2 nanti membosankan pulak betul tak?. Ok kita bersua di entry seterusnya. Bye!!.....

silalah comment post ini...