Wednesday, February 29, 2012

Naik 4.6 Kg

Naik lagi!!!!!......dalam tempoh sebulan je berat badan ku telah naik 4.6 kg daripada 49.9kg kepada 54.5kg aptb (apa pun tak boleh). Oleh kerana berat naik, 4 hari berturut turut aku kena pergi klinik buat check up.

Kebelakangan nie selera makan aku memang kuat. Asik rase lapar je...ada je benda yang nak dimakannya. Setiap kali check mesti naik. Hari nie je berat aku dah 54.9kg. Ya Allah aku mohon kepadaMU Ya Allah dengan naiknya berat badanku ini adalah kerana kebesaran babyku dan jauhilah aku dan baby daripada terkena penyakit. Berikanlah kesihatan yang baik kepada kami berdua.

silalah comment post ini...

Adakah Taska Selamat?

Hari nie aku bukak FB dan kawan aku ada share tentang kesah taska. MasyaAllah zalim betul orang yang menganiaya baby. Boleh pulak manusia zalim tue membedung kuat kuat baby dan soletip mulut baby. Kalau tak silap aku kesah nie dah keluar dalam paper.

Kalau ia pun nak sabotaj taska tue janganlah menganiaya baby. Baby baby tue semua tidak bersalah dan tidak tahu apa apa pun. Sedangkan manusia kalau diikat macam mayat dah rasa rimas, apatah lagi baby yang memang aktif bergerak. Dalam keadaan yang dibedung tue ditidurkan pulak dalam keadaan menyiarap. Ya Allah kesiannya aku tengok baby baby tue semua.



 
Kalau sedemikianlah kian berlaku di taska, bagaimana ibu ibu dan bapa bapa yang bekerja nak hantar anak di taska? mereka pasti rase takut dan bimbang akan keselamatan baby mereka jika diperlakukan sedemikian oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan tiada perikemanusiaan. Manakala pihak taska yang lain juga akan terasa tergugat dengan isu seperti ini.

Aku rasalah setiap majikan perlu memikirkan, mempertimbangkan dan meluluskan serta menyediakan tempat khas untuk dijadikan taska anak anak staff. Dari segi pembayaran boleh dibuat melalui potongan gaji. Ini juga adalah salah satu hasil yang boleh company dapat. Aku rasa company yang memikirkan kebajikan staff tak rugi. Staff juga akan semangat bekerja di situ.

silalah comment post ini...

Bayi Susu Ibu

Salam semua..hari nie aku nak kongsi tentang kelebihan susu ibu. Ini pun kawan aku yang share kat aku so, aku pulak nak share ngan korang di luar sana. Bagi yang bakal jadi ibu atau pun memang dah lama jadi ibu boleh diambil perhatian tentang kelebihan susu ibu ini. Terima kasih sabrina kerana memberi info ini ianya amat berguna bagiku. Aku nak taip banyak sangat so aku share gambar dibawah ini ye..


Haa.....amacam boleh baca tak?. Kalau tak boleh baca korang boleh save gambar nie atau print. Mudah2an info ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu ibu di luar sana. Kalau ada lagi yang korang nak share bolehlah beri comment di entry ini ya.

silalah comment post ini...