Monday, July 25, 2011

Ramadhan Datang Lagi..

Seperti biasa tiap-tiap tahun umat islam akan menyambut bulan Ramadhan al-mubarak dengan penuh ketenangan dan kesabaran dimana umat islam diwajibkan menahan lapar dan haus pada siang hari..

Tinggal 6 hari lagi umat islam akan berpuasa. Tanggal 1 Ogos 2011 semua umat islam diwajibkan berpuasa kecuali bagi yang uzur..Ermmmm...puasa ini bukan sahaja diwajibkan dalam islam di bulan Ramadhan, bahkan puasa ini boleh dibuat pada bulan bukan Ramadhan. Puasa ini boleh membentuk akhlah peribadi mulia seseorang Muslim. Selain itu ia juga bagus untuk kesihatan.


Seperti diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Puasa itu adalah separuh kesabaran.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Maksud hadis ini adalah puasa itu dapat melatih orang yang mengerjakannya dengan kesabaran. Misalnya, sabar melawan nafsu makan, minum, jimak, perasaan marah dan sabar daripada melakukan segala perkara yang boleh menghilangkan atau mengurangkan pahala puasa. Sebab itu Rasulullah menyuruh umatnya memperbanyakkan puasa (termasuk puasa sunat).

Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang kita boleh dapat banyak barakah sekiranya apa yang kita lakukan adalah semuanya kerana Allah, baik, tidak menyukutukan Allah dan dilarang oleh Allah. Kita berpuasa dengan betul adalah menjadi penyelamat buat kita jika kita mati nanti. Pahala puasa itulah yang akan membawa kita ke syurga. Tapi kene ingat, puasa adalah kerana Allah s.w.t bukan kerana kekasih, kerana nak dapat duit raya, kerana nak dapat hadiah, kerana nak dapat pujian, dll. Ganjaran-ganjaran sedemikian adalah bagi kanak-kanak yang baru nak belajar berpuasa. Bagi orang dewasa yang sudah akil baligh, puasa adalah diwajibkan bagi mereka. dosa pahala tanggung sendiri.

Pada pendapat korang lah, bulan puasa nie bulan yang menjimatkan atau bulan boros????..Pada aku bulan puasa nie memang bulan yang save bajet tapi ada juga orang, bulan puasa nie adalah bulan boros baginya. Knp jadi sedemikian???? sebbbb.....bulan puasa nie seleranya macam-macam..belum makan dah kene tipu dek mata..nampak itu nak nampak ini nak semuanya nak...bila time berbuka nasi jugak yang disentuhnya, kuih ke apa ke yang dibeli langsung tak disentuh dan akhirnya dibuang...rezeki tanah dan haiwan.

Bila ada Ramadhan, ada lah Syawal. Errrmmm....bila akhir-akhir puasa nanti orang mula lah sibuk buat kuih raya, cat rumah, dll. Haaa.....bila dah buat kuih raya apa lagi...pasti ada yang tak puasa. Betul tak????? Mana yang memang dah raya dulu best lah..dapat rasa kuih raya tapi yang puasa, tergiur air liur dibuatnya bila tengok kuih raya...oleh kerana nafsu makan membuak-buak, tangan pun mencapai kuih raya dan akhirnya puasa terbatal...

Errrrmmm.....bulan puasa nie macam-macam ragam dan karenah orang puasa kn!. Khususnya orang lelaki. Bila bulan puasa je ramai lah yang sakit gestrik. Tapi kadar % orang yang kene sakit gestrik tak meningkat pulak dan tak ramai jugak orang lelaki pergi klinik sebab gestrik..hehehehe....asalan..asalan..

Semoga bulan puasa ini Allah memberi rahmat yang mencurah-curah kepada aku sekeluarga dan di makbulkan doa, hajat, impian dan kebahagiaan aku sekeluarga...aminnn...

Niat puasa ramadhan :
 
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi
ta’aalaa
 
Niat berbuka puasa :
 
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya
arhamarrohimin

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku
dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih
dan Penyayang”.
Selamat menyambut bulan Ramdhan Al-Mubarak buat semua umat Muslim dan Muslimat..

silalah comment post ini...