Friday, April 6, 2012

2 Minggu Di Rumah Ibuku

Dah 2 minggu aku dirumah ibuku sendiri. Sebelum nie kn aku ada bagi taw yang aku nie selang seminggu rumah ibuku dan rumah ibu mertuaku...tapi, oleh kerana ibu mertuaku di rumah anaknya di Kuala Lumpur dan sekarang tinggal adik bungsu yang baru kahwin so, aku n suami pun plan kami tinggal di rumah ibuku untuk beri peluang kepada pengantin baru honeymoon sepuas-puasnya...hahahahaha....kami paham orang baru kahwin kn!kn!


Pulangnya aku tak pasti lagi katanya mungkin hari isnin depan. Tak kisahlah dia nak duduk lama, lagi pun dah takde apa lagi yang difikirkan. Anak bungsu pun dah ada orang jaganya. Inilah masanya dia nak travel sana sini di rumah anak-anak. Selagi badan sihat, kaki kuat biarlah dia. Kitaorang pun tak kisah....lagi pun dia travel bukannya kemana rumah anak-anak dia jugak, seminggu rumah anak nie, seminggu rumah anak yang lain pulak. Syukur alhamdulillah anak-anak dan anak menantu semuanya ok-ok belaka. Kalau aku n suami dah ada rumah nanti tak tahulah ibu mertuaku datang ke tak?? maklumlah anak menantu nie bukannya sedap sangat masak...tapi harap-harap lah ibuku dan ibu mertuaku akan dapat jejakkan kaki mereka di rumah kami nanti insyaAllah.

Sepanjang 2 minggu ini jugak hari-hari aku bawa bekal, jimat duit poket. Tak sabar nak tunggu gaji bulan April nie. Dapat banyak, banyak jugak yang nak dikeluarkan nie. Bulan nie aku kena belanja barang baby sebabnya usia kandunganku dah masuk 7 bulan. Aku dah kena prepare barang dari sekarang. Alhamdulillah rezeki baby, mama n papa dapat gaji lebih bulan nie so, dapatlah mama n papa belanja barang baby. Macam-macam barang belegar di fikiran **@@@$***####@#$$?????? apa yang nak dibeli. xcited mama. Hehehehe.....

Gambar dari google

 

silalah comment post ini...

Tukar Tarikh Pulak!!!

Aku dah tak sabar nak tunggu 10 April 2012 untuk buat check up dengan doktor sebabnya bila buat check up dengan doktor, doktor pasti scan perut aku kn. Dapatlah tahu perkembangan baby aku. Tapi.....apa kan daya tarikh berubah pulak kepada 17 April 2012. Perkara ini terjadi kerana aku belum minum air gula buat kali ke-2. Pada 4 April 2012 yang lepas aku bawak mak aku pergi klinik so, aku tanya sekali adakah 10 April 2012 nanti aku just jumpa doktor sahaja, ada tak kena minum air gula ke apa ke...kalau kena minum air gula aku kena puasa, sebab tue aku tanya. Tapi, tiba-tiba nes tue kata laaa....belum minum air gula ea....kalau macam tue 18 April 2012 nanti minum air gulalah. Tarikh tue pulak aku takut aku kena pergi kursus so, aku cadangkan boleh tak kalau saya g klinik Bandar Mas?. Nes tue pun telefonlah klinik Bandar Mas tanya hari ibu minum air gula....alhamdulillah 9 April nie aku kena pergi klinik Bandar Mas minum air gula dan buat check up biasa dan seterusnya pada 17 April nanti baru check up dengan doktor sini pulak.

9 April nanti adalah kali pertama aku buat check up di klinik Bandar Mas. Kalau boleh memang aku nak elak dari check up kat situ sebabnya ramai sangat...kalau kat penawar nie orang tak berapa ramai. Tapi apa boleh buat tak nak dilambat-lambatkan kenalah tagak jugak. Ya Allah mintak-mintak baby ku sentiasa dalam keadaan yang sihat dan normal serta diriku juga tiada masalah. Aminnn...




silalah comment post ini...

Calling From Astro, Astro And Astro...

Asyik-asyik telefon je Astro nie nak promot pasang Astro Beyond. Dah berapa kali aku cakap aku tak nak pasang!!!!. Aku tahulah pemasangan free masalahnya dahlah kena tambah RM20 setiap bulan, mungkin bagi orang lain RM20 apalah sangat, tapi bagi aku amat bermakna. Memanglah sekarang nie diaorang cakap untuk tempoh tertentu je lepas tue cas seperti asal. Masalahnya boleh percaya ke sedangkan Astro cas 6% pun tanpa diberitahu dahulu tahu-tahu dah dikenakan cas 6%.

Sebelum nie aku ada terima panggilan dari wakil Astro perempuan, aku dah cakap aku tak nak tak naklah, eh.....boleh pulak dia memaksa aku pasang jugak. Sedangkan orang lain masih ramai lagi belum tukar Astro Beyond. Kalau betul lah semua pelanggan astro dikehendaki menukar Astro Beyond, pihak Astro hendaklah mengeluarkan satu surat kepada semua pelanggan yang dihormati dikehendaki menukar astro beyond diatas alasan yang munasabah dan boleh diterima rakyat. Ini tak cuma dalam panggilan telefon je lepas tue nak paksa orang pulak, tak berhemah langsung.

Bila orang dah semakin ramai melanggan, keuntungan juga dah lebih, tapi rasa nak lagi untung dan untung....janganlah begitu, rakyat dah sokong apa yang kita buat so, u kenalah menghormati keputusan rakyat bukannya memaksa rakyat maaa....nak buat promotion tak salah tapi buat betui-betui dan berhemah maaa...cakap sopan-sopan.

Kita kena ingat jugak tak semua rakyat di Malaysia nie kaya-raya wang ringgit, ada rakyat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Keje gaji cukup-cukup makan sje. Walau bagaimanapun, mereka juga mahukan perubahan hidup, mengikut peredaran zaman yang semakin canggih-manggih nie tapi, mereka ikut kemampuan mereka looo...kalau mereka selalu pinjam itu duit sama along nyawa mereka tidak selamat, bila pinjam sama bank interest tinggi. Lu Pikirlah Sendiri....Aku rase kalau lu seperti mereka nie lu pun sama belum tentu lu mampu pasang astro beyond dan bayar bulanan hampir RM100 paling murah. So, budi bicara amat perlu maa....barulah negara kita aman dan tenteram. Betui tak??????

silalah comment post ini...

Ermm.....Tinggal LaH Daku Keseorangan.....

Hari nie kawan-kawan jiran sebelah dan depan aku pergi kursus Mymeeting kat Lotus Desaru. Tinggallah daku keseorangan perempuan di sini. Bos kedua-duanya ada meeting. Second bos pulak sibuk dengan kerja KAK dia. Budak P pulak sekejap ada sekejap tak ada. Dah lah lepas ngaji lambat lapor diri lepas tue kol 10 keluar minum pulak berjam-jam. Ishhhhh!!!! aptb. Dah diberi nasihat pun macam tue gak, sama jeee....takde perubahan langsung. Masa lepas ngaji tadi salah seorang bos dah beri aku amaran kalau budak P sms takyah balas and layan. Haaaa....itu menunjukkan tahap kesabaran bos dah sampai ke tahap yang maxsimum. paham-paham aje ler...


Oleh kerana kerja buat buku laporan tahunan, aku dah siapkan tinggal diaorang  semak je. So, hari nie dapatlah aku menyiapkan minit mesyuarat kampung. Tapi ada orang tak senang tengok aku takde keje, ade saje keje yang nak diberikannya...walaupun bukan keje yang hakiki. Maklumlah dalam FM masing-masing kn ada tulis arahan dari semasa ke samasa. Errrmmm.....terima jelh.


Aku ada baca blog jiran aku nie pasal aku tonton video dan ada mamat sorang nie sound-sound. Aku setuju jugak apa yang dia nyatakan, mamat tue pun bukannya perfect sangat buat keje tanpa salingan. Mentang-mentanglah orang tak nampak apa dia buat, boleh lah sound-sound. Kadang-kadang kita nie nak juga release kn otak. letih oooo....buat keje street tanpa rehat. Dia cuma tahu tanya ok?, dah siap? and bla...bla... Bila bagi sof copy, aku jugak yang kena ubah. Bukan keje aku pun, aku jugak yang kena buat. Bila dia kena buat keje bukan keje dia, pandai pulak bersuara. Haaa...kn dah hanginnn....geram nie geram nie...


Issshhhhh!!!!! tangan nie gatal je nak menaip lagi dan lagi yang tak puas hati nie..tapi nasib baik dapat tahan dan tersedar. Biasalah kan manusia. Ya Allah janganlah Engkau beri sifat buruk seperti itu kepada aku dan ahli keluargaku.

Walaupun aku nie mulut banyak cakap dan bising, tapi aku buat jugak keje yang diberi. Seboleh mungkin aku nak siapkan cepat. Tapi yang membuatkan lambat siap, tengah buat-buat, dapat keje lain pulak, dah buat dan beri untuk disemak ada pembetulan pulak dan bila dah dibetul, kena betulkan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.....Mengarah orang memang senang laju je mulut nie bercakap, nak tahu senang ke tak cepat ke tak buat lah sendiri. Nak nak buat laporan tahunan, semua laporan nak kena dimasukkan dan gambarlah itu lah ini lah. Aku nie kalau boleh nak buat laporan tahunan nie sebaik mungkin, cantik-cantik. Sebab tue aku guna kreativiti aku untuk buat laporan tahunan tue. Kalau setakat copy and paste je dah lama siap. 

Oklah malas nak bebel panjang-panjang, bosan pulak nanti. So, sekarang dah legalah sikit hati dan fikiran nie. LAPANG!!!!!! and LEGAAA!!!!!!! 

silalah comment post ini...