Monday, April 25, 2011

Sunyi dan sepi

Selepas pemergian ayahanda mertua pergi, tinggal lh kami 4 beranak di rumah. Bila malam menjelma terasa begitu sunyi sepi di rumah. Tiada lagi riuhan rasa marah dan gurau senda bersama ayahanda tercinta. Setiap malam akan dibacakan surah yasin untuk disedekahkan kepada ayahanda mertua dan ayahanda aku. Sekarang aku sudah kehilangan kedua kedua ayahanda. Ayahanda mertua hanya 4 bulan 22 hari sahaja aku dapat bersama dan menjaganya. Mungkin sudah suratan buat aku.

Buat masa nie ibu mertua aku masih belum boleh ditanggal sorang sorang di rumah. Dia pun masih terasa takut bila tinggal sorang dirumah. Setiap kali aku telefonnya untuk memaklumkan yang aku akan pulang lewat, pasti dia akan cakap 'jangan balik lambat sangat mak takut tinggal sorang'. Kekadang aku masih ada lagi kerja perlu dibereskan, tapi terkenangkan ibu mertua aku, aku akan tangguhkan niat aku tu, kje itu akan aku bawa balik ke rumah.

Tanggungjawab aku lebih pada ibu mertua ku daripada tanggungjawab aku pada ibu ku sendiri. Dosa besar sekiranya aku mengabaikan ibu mertua aku. Syurga aku di bawah tapak kaki suami aku bukan di bawah tapak kaki ibu ku lagi... Ini lah dia pengorbanan seorang isteri yang perlu di tempuhi dan di lalui. InsayaAllah Tuhan akan membantu dan memberi kekuatan agar Khazareena binti Mohamed Salleh menjadi isteri yang solehah hendaknya. Amin...

Terima kasih kepada kengkawan semua yang membaca entry aku nie secara tak langsung korang telah mendoakan untuk aku. semoga kalian jugak akan dirahmati oleh Allah S.W.T hendaknya. Amin...

Kerani merangkap driver

Wah bila baca tajuk 'macam bagus budak nie' semua kje buleh buat. Kje kerani boleh, kje driver pun boleh...tue lh zaman sekarang perempuan pun boleh buat macamne lelaki buat tau!. Tapi lelaki pulak ambil kesempatan dengan kebolehan perempuan macam nie...

Sebenarnye bukan aku nak cete tentang lelaki ambil kesempatan....kita berbalik pada tajuk entry aku ye, pada masa yang sama aku kje sebagai kerani, aku jugak diberi kje tambahan dan diberi upah untuk ambil budak sekolah (kawan kawan aku je yang tau sapa yang aku maksudkan). Setiap kali aku ambik aku akan diberi upah RM5. Kje sebagai driver nie bukan sepenuh masa aku buat, bila diperlukan pertolongan shaja....

Aku tak kisah buat kje nie....lagi pun dari tempat kje aku ke rumah pengasuh dalam 10 atau 15 minit pergi balik je...cuma aku tak suka kalau dh mintak tolong tapi berkira pulak...alamatnya ambik lh sediri anak ko!. Nasib baik setakat nie aku masih boleh tahan lagi sebab bapa budak tue tak buat perangai lagi. Setiap kali aku ambik pasti dia terus bayar duit. Aku bukan nak sangat duit dia tapi kalau dah orang mintak tolong, aku tolong lh. Mungkin hari dia hari aku, aku tak tahu lagi macamne?, ade ke orang nak tolong aku?...aku buat nie pun ikhlas kerana Allah S.W.T.

So kawan kawan beringat lh hari kesusahan kita, kita tak tahu bila kita akan hadapinya dan adakah kita terkecuali daripada terkena dugaan dariNya? setiap hambaNya tiada yang terkecuali dan akan diberi ujian dengan pelbagai cara dan berlainan. Begitu juga dengan rezeki yang diberikan olehNya. So, sentiasa lh bersyukur dan berucap 'Alhamdulillah'. Renung renungkan lah ye...

Internet oh internet

Dh berapa hari tak update blog. Mane tidaknya ternet komputer aku nie sekejap ok sekejap tak ok. Bila bukak blog orang lain boleh plak tp bila bukak yang aku punya blog tak leh. Hangin je aku... nasib baik kerajaan punya kalau tak aku bakor aje komputer nie kang...

Hari nie pun ternet nye tak ok lagi. nie pn aku cuba-cuba je taip kalau korang bace post aku nie maknenya post aku dh publish lh... yang benar benarnye aku pun tengah takde idea nak publish post tentang apa. Tiba tiba terlintas pulak dlm otak nk cete tentang ternet yang tak ok nie..

Kalau ternet tak ok, Ya Allah dia punya bosan....tak thu nak kata mcamne. Walau pun keje banyak tetapi sesakali nak jugak rehatkan minda ngan tengok ternet. Lagi satu keje aku nie melibatkan ternet jugak. Lagi lagi kalau kne cari pekeliling atau bahan dalam laman web tertentu. kalau ternet tak leh bukak macam malas nak wuat kje. Sampai macam tue sekali penangan ternet nie...hehehe...malas malas pun keje tetap buat tau! BUAT!...

Ala aku rse korang pun same macam aku kn...selain handphone, ternet pun satu kehendak pd korang betul tak?...kalu takde ternet macamne korang nak update blog?. hehehehe......k lh ye see u next history..