Thursday, August 4, 2011

Salam Akhir

Malam tadi aku tengok cite 'Salam Akhir' dimana jalan citenya aku pendekkan sebelum heronya berkahwin dia dapatkan restu orang tuanya terlebih dahulu untuk dapatkan keberkatan rumahtangga dan sebelum heronya mati pulak dia jumpa orang tuanya jugak untuk perjumpaan terakhir dan salam terakhir. Manakala ayahnya selama ini menyalahkan dirinya akhirnya terlambat untuk meminta maaf dengan anaknya dan akhirnya kehilangan kedua-dua anaknya.

Haaa...korang rasa kita ada tak peluang salam akhir tue? harap ada lh ye...biarlah mati dalam iman dan penuh dengan amal kebaikan.. Dan bab kahwin pula memang betul, bila nakkan keberkatan dalam rumahtangga pastikan mendapat restu orang tua. Lagi kata-kata seorang ibu, kata-katanya adalah doa. Doa seorang ibu nie Allah akan makbulkan. So, wahai ibu-ibu di luar sana pastikan kata-kata yang nak dikatakan pastikan ianya baik untuk anak-anak bukan sebaliknya. Semoga di zaman sekarang yang moden ini dilahirkan seorang anak yang soleh dan solehah bukan seorang anak yang dajal. Bila lahirnya anak dajal di dunia ini maka, dunia ini akan hancur begitu juga dengan islam.

silalah comment post ini...

Berurut

Ermmm....bila sekian lama aku menunggu saat-saat bahagia dan kesempurnaan rumahtanggaku, kali ini aku cuba kali kedua tapi orang yang berbeza. Kali ini aku rasa kesannya mungkin boleh membuatkan aku merasa gembira dan memberi kebahagiaan kepada suamiku.

Apa yang aku maksudkan di sini adalah apa yang tertera tajuk entry aku. Mungkin kali pertama aku berurut tak memberi kesan sebab makcik yang urut tue dah tua. Aku minta dia sengkakkan aku tapi macam tak sengkak je...dan kali kedua ini memang berbeza, insyaAllah berkat keizinan Tuhan usaha aku berhasil kerana amat mengharapkannya. Walau kata orang baru 8 bulan, masil baru lagi tapi aku keinginan sangat. Kalau ditakdirkan aku hanya dapat sorang anak, aku bersyukur asalkan aku dapat zuriat sendiri.

Aku pernah bertanya dengan suami ku, sekiranya berlaku apa-apa ke atas diriku dan perlu membuat pilihan sama ada aku atau anak?, dia berkata dia memilih aku. Anak, boleh ambil anak angkat jika aku mengandung memudaratkan diriku, tak perlu lah mengandung. Aku tahu mungkin kata-kata dia tue sekadar untuk menyedapkan hati aku je tapi aku dapat rasakan yang dia kepinginan anak dari darah dagingnya sendiri. Aku pun sama. Zuriat itu lah sebagai pengikat kasih sayang antara aku dan suamiku serta pelengkap rumahtangga.

Semoga bermulanya dari bulan puasa ini dan bulan puasa ini jugak hidupku mendapat keberkatan dan kesempurnaan..Segala doa, hajat dan usaha kami diperkenankan oleh Allah S.W.T hendaknya terutamanya diberikan zuriat yang soleh dan solehah serta cukup sifat dan sempurna fizikal dan mentalnya..amin..

Aku rasa entry-entry aku sebelum ini pun ada mengesahkan hal zuriat. Tapi masih belum ada lagi entry aku sedang mengandung, dah hamil atau dalam pantang...InsyaAllah kisah-kisah itu akan aku kongsi dlm blog aku suatu hari nanti..

Sapa yang membaca entry aku ini, jika korang ada petua ke, pengalaman ke, idea ke, atau apa-apa cara yang boleh mendapatkan anak tapi dengan cara yang betul tidak menyalahi hukum syarak share lah dgn aku ye.. terima kasih di atas siapa yang sudi dan idea-idea korang itu. Semoga Allah shaja yang dapat membalas jasa baik korang dan dilimpahi rezeki...amin..

silalah comment post ini...