Monday, May 21, 2012

Seperti Robot

Salam semua...sebenarnya aku takde idea nak tulis entry tapi kak emal telah memberiku idea daripada perkataan yang diperkatakan. TQlah kak imal kerana telah memberi ilham untuk mengarang dalam entry intan nie..hehehehe....

Hari nie usia kehamilanku sudah 35W1D. hari nie jugak adalah first time aku berasa kat ari-ari aku nie sakit dan telah membuatkan aku berjalan seperti robot. Terdetik juga di dalam hati nie,'aku dah nak bersalin ke?' bila ditanya dengan kawan-kawan ngan nurse, mereka cakap baby dah masuk kat bawah. Takutnya.....hari dah semakin hampir aku rasa.

Hari nie jugak aku kena ambil darah BSP. 4 kali sehari kena pergi klinik. 2 jam sebelum ambil darah kena puasa. Alhamdulillah setakat 2 kali nie bacaan ok dan mintak-mintaklah sampai malam pun ok. Esok ada appointment dengan doktor kencing manis pulak. Ermmm......buzy betul aku 2 hari nie. Sepanjang kehamilan nie sampaikan nurse-nurse pun hampir semua aku kenal dan diaorang kenal aku. 

Bila perut dah semakin membesar agaknya memang jalannya seperti robot kot. Memang dah takleh nak control ayu dah. Semulajadi jalannya akan jadi begitu. So, ibu-ibu mengandung di luar sana janganlah risau ye dah memang begitulah semulajadinya begitu lagi-lagi bila dah nak hampir tiba masanya. Apa orang nak kata lantaklah!. Jangan pedulikan mereka. Yang penting kita di jalan yang benar...

silalah comment post ini...