Wednesday, November 13, 2013

kaki Novel

Salam semua...

Sapa yang kaki novel mesti dah baca novel di bawah nie kan!. Best kan citenya. sya suka sangat baca novel ni. Sampaikan saya tak dapat nak bayang wajah kacak hero dan cantik heroin dalam novel tu terlalu kacak dan cantik saya rasa tiada siapa boleh tandinginya waima suami saya sendiri. hihihihi...



jalan citenya memang best gilers pada sya dan kata-kata yang digunakan juga enjoy. Memang the best lah penulis novel nie. Kalau tak silap saya ada 40 bab. kalau nak di kongsi setiap bab macam banyak pulak tapi, anda boleh baca di blog ini . Anda mesti terhibur bila bacanya.

Bye!

silalah comment post ini...

Zuriat ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2....bila lama menyepi kini terpanggil semula untuk mengupdate semula blog sya nie.. Kisah yang saya nak nak kongsikan adalah ada saling berkait dengan entry sya yang sebelum ni bertajuk 'Ops! ada ke tak de'

Alhamdulillah rezeki Allah beri sya dikurniakan zuriat no.2. Pada mulanya rasa macam terlalu awal dan anak no.1 masih kecil rasanya tapi....bila dah disahkan mengandung, terasa bahagia dan teruja pulak nak dapat anak lagi. hehehehe...

Kebelakangan ini sya rajin membaca novel termasuklah cite yang tengah hangat bermain di tv3 jam 7.00 ptang. Sampaikan teruja nak namakan anak yang bakal lahir nie sama dengan nama watak seperti dalam novel iaitu kalau lelaki, yang kaya, bijak, handsome dan perempuan pula, cantik, pandai dan disukai semua orang...kihkihkih pengaruh novel!

Kalau benarlah zuriat yang no.2 ni perempuan, syukur Alhamdulillah dah dapat sepasang kan!. Mama mana yang tak suka dan gembira, bila dapat anak sepasang satu lelaki dan satu lagi perempuan. Anak kan pelengkap rumahtangga dan sebagai ikatan kasih sayang antara mama dan papanya. hehehehe....Lagi pulak pakaian anak perempuan ni macam-macam jenis dan cantik-cantik termasuklah aksesorinya sekali.

Sya berharap rezeki sya dan suami semakin bertambah dengan kehadiran cahayamata yang bakal lahir nie nanti...dan hidup kami lebih bahagia. Imbas kembali semasa menunggu kelahiran cahayamata pertama, berbulan, berminggu dan berhari-hari sya dan suami menantikan kehadiran cahayamata yang pertama tapi kami tak pernah putus berusaha untuk mendapatkannya. Saya juga makan vitamin yang membolehkan saya hamil. Tapi berlainan yang kedua ini, sya dan suami memang rancang dan kalau boleh biarlah cahayamata yang pertama sudah berusia 3 bulan atau dah pandai berdikari baru dapatkan cahayamata yang kedua. Tup tup terlewat plak period bulan oktober. Bila dicheck memang dah takleh disangkalkan di fikiran memang betul apa yang dirasa. hahahahaha......Inilah kelebihannya bila period teratur, bila terjadi sedemikian mudah dikesan dan merancang. 

Oklh ye sampai disini dahulu nanti kita bersua lagi di lain entry.

 silalah comment post ini...