Thursday, July 21, 2011

Kebosanan melanda..

Hari nie aku rase bosannnn.....sangat, buat kje pun malas, tengok internet pun ia tak ia just klik2 je..pinggang pulak sakit. Nie tak tau lh sakit krana apa?..Badan pulak rasa macam tak selesa. Kain aku pakai pun terasa ketat hari nie...apa terjadi pd diri aku nie??

Bab makan pulak dah lebih sekali, jam 11.00 pg makan nasi goreng, jam 3.00 ptg makan mee goreng. Tapi badan tetap lemah...Sepatutnya time2 bos takde nie lh nak happy2..buat kerja sendiri, ini tidak, keadaan badan pulak yang lemah-longlai.

Esok, lagi lh geng2 aku pergi kursus...lagi bosan. pergghh...bosan2..takde geng berbual. Bos aku pulak ada esok. Haaaa.....malasnye nak keje...macam nak cuti rasenyeee...NAK CUTIIIIIIII..........!!!!!!!!

Bosan2 nie lah aku meluangkan masa utk menaip entry ini. Sebab tue tajuk entry aku "bosan melanda". Geng2 sebelah khusyuk mentelaah mengadap komputer masing2..entah apa dibuatnya aku pun tak pasti...malas aku nak ambik port. Bosan nie membuatkan mood aku pun tak berapa ceria. Takde pulak hari nie orang buat lawak giler..biar hilangkan rasa bosan nie. Mata pulak takde rase mengantok. Tengok fb pun takde cite yang menarik, nak tengok tonton tak leh login (dah buat apa sepatutnya pun sama jugak), nak bukak lagu takde lagu baru, nak bukak you tube tak leh, errmmmmm...apa pun tak leh...

tik tok tik tok...menunggu jarum panjang menunjukkan angka 12 dan jarum pendek angka 5, dah tak sabar rase nak balik daripada menangguk je....k lh tinggal 5 minit lagi..bye..kawan2 ku yang pergi kursus selamat berkursus ye...

silalah comment post ini...

Roadtax & Insuran Kereta

Tahun nie nak raya kne hidupkan roadtax & insuran kereta dahulu..kalau tak memang tak dapat berjalan jauh...roadtax dan insuran je dah RM1000.00. Nasib baik baju raya dah beli cuma baju suami tersayang je belum beli lagi..Baju suami tak susah, cari yang dah siap je cuma yang lecehnya nak cari sepasang dgn baju aku.

Eh! terpesong cite baju raya pulak.hihihi...roadtax & insuran kereta aku mati 27 ogos 2011. So, aku kene hidupkan sebelum tarikh tue. Ini adalah roadtax & insuran aku yang ke-2 aku hidupkan selain masa mula-mula beli dulu...Maklumlah beli kereta baru, masih mahal lagi.

Kalau difikirkan benda-benda nie semua, tak merasa pulak ada harta sendiri. nak tak nak kne lh tanggung risiko. Berani ambil beranilah tanggung!..Bezanya beli kereta baru nie tapi bergantung jugak lh...apa-apa semuanya baik, servis je macam biasa dan kene jaga ikut bacaan odometer. Kalau lah aku ada duit sekarang, bulan nie jugak aku nak hidupkan roadtax & insuran kereta aku tue, tapi duit tak mencukupi pulak. InsyaAllah rezeki untuk bayar tue nanti ada..Cuma tahun nie aku tak dapat beraya sakan sangat. Tahun nie jugak adalah tahun raya pertama aku beraya sebagai isteri buat suamiku dan beraya tanpa ayah mertua. Dah memang ini yang tertulis dalam diari kehidupan aku, aku pasrah dan redha dengan ketentuan Tuhan.

Kereta ku, berjasalh engkau dengan tuan mu...nanti aku akan hidupkan tempoh insuran mu....

silalah comment post ini...

Menu makan malam...

Menu makan malam semalan adalah sup ayam. Semalam mak mertua aku demam, itu yang aku nak buat sup. Orang demam kan tekaknya takde selera...2 hari nie aku lah yang masak. Menu malam kelmarin sambal udang. Wah!!!! aku dah ada kemajuan sekarang...lepas nie aku nak belajar masak lain pulak. Walaupun masakan aku tak sama rase macam masakan emak tapi kalau orang boleh makan, maknanya....lu pikir lh sendiri!!!

Alhamdulillah..sup ayam aku habis. Aku pun memang masak tak banyak. Memandangkan dalam rumah tue hanya 4 beranak so, masak cukup-cukup lah..tak membazir. Lagi pun tradisi di rumah mak mertua aku nie memang masak terus habis. kalau lapar lagi masak lagi...lauk di dalam peti ais pun begitu, cukup-cukup utk beberapa hari je. Sayur pulak satu ikat untuk satu hari. Kadang-kadang sayur yang sikit tue pun tak habis.

Suami tersayang aku pulak kalau bab makanan nie, dia tak suka makan lauk semalam. Sebab tue bila masak tiada baki lauk. Makan terus habis. Nak bawa bekal ke tempat kerja esoknya pun hanya mimpi je...yang boleh dibawa adalah nasi goreng je..huhuhuhu..Maklumlah nak bangun pagi-pagi kan memang liat...kunci jam pun sama jugak...jam berbunyi matikan, bila sedar dh terlambat nak pergi kerja...Suami tersayang aku tue memang sayangggg sangat kat aku,di bawah nie adalah dialog antara aku dan suami aku:

isteri: ermm.....set jam 5.30 pg lh

suami: awal no

isteri: nak buat nasi goreng esok

suami: ylh

Kringgggg......jam lonceng berbunyi...

isteri: bangun nak matikan jam lonceng..dan nak mask nasi goreng..

suami: tak payah lh penat-penat sayang...beli je

isteri: ylh...sambung balik tidur...pukul 6 pg bangun semula terus mandi..

punya lh sayang suami aku pada aku...tak perlu penat-penat buat sarapan pagi...terima kasih Bee kerana memahami isteri mu...

Tapi kadang-kadang aku bangun jugak buat sarapan. kalau aku rasa aku nak bawa bekal aku bangun lh. Lagi pun kalau aku buat sarapan takde orang nak makan, tinggal mak aku sorang je kat umah. Suami aku memang tak sarapan kecuali minum air sahaja. Tiap-tiap pagi air panas mesti ada. Ini kalau hari bekerja, kalau hari cuti pulak sarapan buat jugak kadang-kadang dan terus masak makan tengah hari. kalau tak buat sarapan, beli je kuih ke nasi lemak ke kat kedai..Kebiasaanya hari cuti bangunnya lewat dari hari biasa. kadang-kadang tue bangun terus makan tengah hari. Kebiasaanya kalau bangun sampai tengah hari nie bila badan letih atau memang tak sihat sahaja.

Emak mertua aku tue mungkin memang memahami keadaan kami yang bekerja nie, sebab tue dia tak kejut kami. Sendiri fikir lh!!!!!

Hari ini menu makan malam ikan masak singgang....Sruppppp......sedapnya hirup kuah singgang...dah lama tak makan lauk macam nie...yum..yummm...

silalah comment post ini...