Thursday, January 19, 2012

sELAMAT TaHuN BaRu CiNa

Gong Xi Fa Chai!!!!!!!


Selamat menyambut tahun baru cina bagi yang menyambut. Semoga cuti kali ini memberi kenangan yang terindah buat anda dan hidup anda bahagia. Diingat juga, janganlah terlalu suka nanti berduka pula. Berhati-hati lah dijalan raya dan dimana jua anda berada serta jagalah keselamatan barang berharga anda jika keluar dari rumah.


Selamat menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Walau pun sekadar 4 hari sahaja bercuti tetapi memberi makna buat keluarga anda yang memang sedang menunggu kepulangan anda terutamanya bagi yang kerja jauh dari keluarga hanya sesekali sahaja dapat bersama keluarga. Gunalah masa cuti ini dengan sepenuhnya dan curahkanlah kasih anda kepada keluarga anda. Ini adalah kerana anda amat bermakna dan segala-galanya pada mereka.

"INGATLAH ORANG TERSAYANG"
"GONG XI FA CHAI"


silalah comment post ini...

Serbasalah...

Perasaan serbasalah dalam diri nie masih terasa lagi walau pun perkara itu sudah berlalu. Adakah aku nie zalim? ermmm.....entah lah...aku rasa aku tak sezalim macam firaun. Aku dah offer tapi ditolak atas sebab yang munasabah dan boleh diterima akal juga. Walau bagaimanapun, perasaan serbasalah aku nie masih aku terasa dan kadang-kadang merasa seperti berdosa pula.

Ia bukan kesilapan aku atau sesiapa jua, ia adalah keadaan yang menjadi puncanya aku merasa sedemikian. Aaahhhh!!!!!!! biarlah ia berlalu begitu sahaja. Sekarang pun keadaan sudah seperti biasa, nak buat apa lagi memikirkan sangat tentang perasaan yang bermain-main di dalam diri, nanti memakan diri susah pulak aku.

Lagi pun sudah diputuskan bagaimana hendak memulihkan keadaan serbasalah. So, ikut sahaja apa yang telah dirancangkan.

silalah comment post ini...

Pening Kepala Nak Buat Baju Mengandung...

Kepala aku jadi pening bila difikirkan pasal baju mengandung. Kain dah ada tapi tak tahu nak buat fasyen macam mana. Kalau boleh aku naklah yang fasyen moden sikit. Tapi kainnya macam kain baju kurug coraknya. Adakah sesuai????

Baju tue pulak nak dipakai pada bulan Mac 2012 nie. Bila dah malas nak fikir lagi dan aku buat keputusan mintak mak kak imal tolong jahitkan macam baju kak emal dan ct. Baju di kedai yang dah siap memang banyak tapi oleh kerana nak sama, tue yang terpaksa kena buat baju mengandung. Kalau tak silap aku bulan Mac tue aku dah masuk 5 bulan. Baju-baju kurung aku sekarang semuanya dah tak leh nak kanceng kainnya. Jadi aku kenalah buat baju mengandung baru selesa sikit nanti.

Setakat nie memang aku belum prepay apa-apa lagi. Pergi kerja pun masih pakai baju kurung, cuma kalau seluar je aku dah pakai seluar lembut. Seluar jeans aku dah tak muat dah. Perkara remeh macam nie pun boleh jadi pening kepala kan...kalau dah namanya perempuan memang macam nie lh. Nak kata tak cerewet, cerewet jugak, nak kata memilih, memilih jugak..apa pun tak boleh.

So, sekarang dah final mintak mak kak imal tolong jahitkan. Dah tak nak dah fikirkan pasal baju tue. lepas nie beli yang dah siap je senang tak pening kepala nak buat fasyen macam mana. Baju mengandung pun pakainya bila mengandung je, dah tak mengandung bajunya ye simpan je.....Macam mana rupanya baju tue aku pun tak dapat nak bayangkan. Bak kata ct cantik. InsyaAllah kalau tak de aral melintang hari jumaat nie aku nak tempah ngan kak imal. Aku rasa perut aku pun taklah besar mana...dah masuk 4 bulan pun masih belum nampak sangat. Mudah-mudahan sesuai dan selesa bila dipakai nanti.


silalah comment post ini...