Monday, August 1, 2011

Puasa Pertama

Tahun 2011 ini adalah tahun pertama aku menyambut puasa bersama suami dan keluarga mertua. Tahun ini jgak aku sambut puasa di rumah ibu mertuaku. Puasa kedua baru aku sambut bersama ibu ku sendiri. Alhamdulillah tahun nie aku dapat menyambut puasa pada hari pertama. Aku berharap tahun ini aku dapat puasa penuh. Tahun lepas aku tak dapat sambut awal dan penutup puasa. Biasalah kalau perempuan kn, ada hari cutinya...ini lah kelebihan pada perempuan bila hari puasa tapi, mesti ganti puasa yang ditinggalkan tue.. kalau tak, haaa...tangguh lh sendiri...

Puasa pertama nie semangatnye lain dan puasa akhir jugak lain. Bagi orang yang memang menunggu bulan puasa ia akan merasa syukur bulan puasa dah tiba. Ini kerana mereka akan menambah amal mereka untuk dibawa bila mereka dah tiada nanti. Amal-amal yang mereka lakukanlah yang akan menyelamatkan mereka nanti. Lain pula bagi orang yang tak suka bulan puasa. Bila bulan puasa tiba mereka akan resah, merasa menyampah sebab kena puasa. Orang sedemikian mungkin belum menerima hidayah daripada Allah atau pun mereka belum sedar apa kelebihan puasa pada mereka. Kelebihan puasa sepertimana entry aku sebelum ini. Puasa bagus utuk kesihatan dan kuatkan iman kita.

Manakala puasa akhir, terutamanya kanak-kanak memang menunggu hari puasa akhir sebab mereka dah tak sabar nak tuntut apa yang dijanjikan kepadanya dan nak menyambut hari raya. Nama pun budak kn dah memang begitulah sikap mereka yang memang suka bila hari raya.

Bagi orang yang beriman, mereka akan merasakan tak puas untuk berpuasa. Nikmat puasa memang tiada bandingnya..Bagi orang yang kurang imannya memang menunggu-nunggu akhir puasa sebab dah tak tahan nak berpuasa. Ini lah manusia yang dicipta oleh Allah dengan pelbagai perwatakan dan warna-warni kehidupan seseorang itu.

Nikmat puasa adlah dapat mengawal hawa nasfu dan perbelanjaan serta baik untuk kesihatan. So, semoga bulan puasa kali ini lebih bermakna daripada bulan puasa sebelum ini. Ambil yang baik buang yang tak baik. Kalau boleh puasa lah penuh akan dapat merasa kenikmatan puasa tersebut.


silalah comment post ini...