Thursday, April 21, 2011

Akhirnya pulang ke tempat asal jua

Setelah beberapa minggu menanggung penyeksaan dan penderitaan yang Allah berikan akhirnya Allah lebih menyayanginya dan telah mengambilnya semula daripada ahli keluarga tercinta. Arwah meninggal pun tanpa di duga dan disedari oleh isterinya, tiba-tiba mesin jantungnya berhenti.

Bila dikenang semasa hanyatnya hidup, kami anak beranak tidak sanggup melihat keadaannya kerana tubuh badannya berselirat dengan pelbagai wayar yang dicucuk dan ditebuk di tubuh badannya demi memberi bantuan  pernafasan. Doktor telah berusaha sedaya upaya tapi Allah lebih menyayanginya maka akhirnya dia pulang ke tempat asalnya jua. Sepanjang 3 hari arwah tidak sedar, sepanjang 3 hari jugak kami anak beranak berkampung di hospital, tidur di hospital dengan hanya bertilamkan semen dan sofa sahaja. Demi seorang bapa tercinta kami sanggup bersengkang mata, bibir sentiasa berdoa dan membacakan surah yasin untuk arwah. Anak anak pun tidak sanggup meninggalkan bapanya walau pun ada peperiksaan dan kerja. Masing-masing sanggup bercuti dan menunggu keadaan bapa pulih seperti asal. Setelah 3 hari berkampung di hospital akhirnya bapa meninggalkan kami buat selama lamanya tanpa ada pesanan dan mendengar suaranya buat kali terakhir cuma dengan air matanya sahaja yang kami dapat tatap di wajahnya.

17 April 2011 adalah tarikh arwah meninggalkan kami anak beranak buat selama lamanya....'Bak kami sentiasa mendoakan bak agar diampunkan segala dosa dosa  dan ditempatkan di syurga firdaus' aminnn....Alfathihah untuk Mohd Khalid bin Abd Aziz..