Wednesday, October 19, 2011

Bajet 2012

Alhamdulillah, walaupun cikgu lebih bertuah katanya tapi bg kakitangan gov. pun bertuah jugak...terima kasih Allah dengan rezeki yang Engkau berikan...amin. Sekarang taraf hidup tinggi, harga barang sekarang dah mahal. Kalau gaji tak naik-naik, memang susah lah hidup bagi orang dalam kumpulan sokongan.

Naik gaji tahunan pun membantu jugak selain tangga gaji pokok. Sekarang kakitangan gov. berasa lega lh dengan pembentangan bajet tersebut. Kebanyakkan kumpulan sokongan yang dah berumahtangga nie ramai anak dan tanggungan. Mereka nie walau pun tak berpelajaran tinggi, tapi mereka tekun bekerja untuk mencari rezeki yang halal demi menyara ahli keluarga mereka.

Dengan pemberian ini jugak akan membuatkan mereka lebih tekun bekerja dan berasa bersyukur bekerja dengan kerajaan. Walau pun gaji nampak kecik berbanding dengan keje swasta tapi masa depan atau masa tua mereka lebih terbela dan terjamin. Biar susah dahulu dan senang kemudian...

Bagi kaum belia dan bujang, simpan lah duit anda dari sekarang....tak mustahil akan datang walau pun orang yang anda ingin kahwini tak berpelajaran tinggi tapi duit hantaran boleh mencecah belas-belas atau puluh-puluh ribu dengan keadaan taraf hidup sekarang. Gunalah masa bujang anda dengan sebijak mungkin dan tekun bekerja. Masa tue nanti orang dah tak akan mengatakan mak bapa nak jual anak...tapi harga barang dan kos-kos yang berkaitan dah naik.

Semoga hidup kita lebih bahagia, ceria, selesa tanpa hutang-piutang...

silalah comment post ini...

Orang Baru..

Assalamualaikum kawan blogger..

Lama kita tak bersua kn?. Kali ini aku nak kongsi cite ngan korang iaitu tempat unit aku keje nie akan dapat orang baru tapi lama...hehehe...mesti korang pening kn baru tapi lama. bagi kwn-kawn aku yg thu dah tentu lah korang paham kn. bagi yang tak paham......dia orang lama di company aku tapi baru di tukarkan di unit aku. Haaaa.....dah paham sekarang???..hihihi...

Dia nie akan berganding bahu dengan aku. Tapi dia lebih pada laporan dan aku lebih pada pentadbiran. Cuma aku harap dia boleh beri komitmen dengan sepenuhnya. Apa yang baik dibawa sama, apa yang buruk buang jauh-jauh..

Sesiapa sahaja yang masuk tempat unit aku nie dia akan belajar benda yang baru, dapat bos yang baru, kawan baru, suasana kerja baru, cara kerja baru, semuanya baru... Bak pepatah kata penolong bos aku sapa yang masuk unit nie pasti akan demam...Hahahaha... macam mana agaknya yang baru nie nanti adakah dia pun akan mengalaminya?????tunggu.....24 Oktober 2011 nie dia dah start keje di unit aku.

Sebelum nie macam-macam isu dan cite aku dengar tentang pertukaran nie. Boleh dikatakan semuanya tak nak ditukarkan di unit aku. Apa agaknya yang diaorang takutkan...bos aku tue baik lh orangnyeeeeeee.........hehehe....

Macam tak sabar pulak nak dengar cite baru....hahahaha....semoga dia happy dengan keje barunya dan dapat sesuaikan dengan keadaan sekeliling hendaknya...

silalah comment post ini...