Tuesday, January 17, 2012

Mood bersolek

Sebelum nie aku adalah seorang yang zero tentang solek menyolek nie. Alat solek pun tak de kecuali krim safi, bedak kompek dan gincu saje. Tapi aku suka tengok orang bersolek. Nak nak bila majlis kahwin, suka tengok mak andam solek. Tapi alat-alat solek mak andam semuanya lengkap dan mahal...aku manalah mampu nak belinya, nak mencuri nanti kena tangkap pulak....hehehe... Takdelah sampai ada niat nak mencuri...ish! sih! tak aik tau curi curi...

Aku mula belajar solek selepas aku tunang. Itu pun sebab hadiah hantaran ada alat solek. Daripada belapok begitu je tak diguna, aku pun cuba-cubalah menenyeh warna-warni di muka ku yang cantik nie...ceh! perasan lah pulak...hahaha... Semenjak itu lah aku dah start menceriakan dan mencantikkan lagi wajah ku yang memang dah cantik. Belajar lah dari kawan-kawan, tengok dalam majalah, youtube dan macam-macam lagi.

Yelah kn...dah bertunang so, kenalah jaga penampilan takut tunang lari kononnya...tapi malang tidak berbau, wajah cantik pun belum tentu kecapi bahagia sentiasa. Tak mustahil wajah tak cantik tapi, dapat pasangan hidup hansome gilesss dan bahagia. Eh! dah lari dari topik ke aku nie...continue semula.. 

Sehinggalah sekarang aku dah solek menyolek nie. Lagi pun aku rasa aku perlu berani mencuba yang baik untuk diriku juga. Suamiku pun tak pernah menghalang aku daripada bersolek.

Tapi kn.......setela aku disahkan hamil, masa awal mengandung, mood bersolek memang tak de, yang ada mood "RAJIN" (Sebalikya lah). hahaha... kadang-kadang pakai bedak pun rajin. Apa punya moodlah....Tapi semenjak 2 menjak nie mood tue datang balik. Aku mula mencuba cara solek yang baru. Siap berteleku depan skrin komputer tengok minah saleh bersolek dalam youtube. Bagus, dari mula ia tujuk step by step. Salah satu laman web yang aku tengok ialah http://www.jangsara.blogspot.com/ Sekiranya anda di luar sana ada yang teringin nak belajar macam aku boleh lh layari laman web tue ye. Selamat belajar.


Ini salah satunya hasilnya

Nak tahu banyak lagi caranya layarilah laman web tersebut.



silalah comment post ini...

Makan, Makan,Makan..

Semenjak aku mengandung nie, asyik nak makan je.... Bekalan makanan mesti ada untuk pagi dan petang. Kalau tak makan nanti perut masuk angin dan mulalah berirama macammacam lagu dalam perut nie. Berirama je tak pe, yang tak syoknya kalau meragam yang bukan-bukan dan tekak pun mula lah memainkan peranannya untuk mengeluarkan semula apayang dimakan. Inilah yang aku paling tak sua sekali "MUNTAH".

Kalau beli sarapan yang ringan mesti beli lebih. Macam hari tue bli bubur dan nasi lemak. Bubur makan jam 10 pg dan nasi lemak makan jam 1.00 ptg. Makan, makan jugak...takut terlebih comel pun ada jugak. Badan nie kalau nak naik cepat dan mudah je, tapi kalau nak turun punyalah payah.

Walau bagaimanapun aku bersyukur tiada masalah lain hanya selera makan aku je yang luar dari biasa. Harap-harap anak aku sihat dan comel bila keluar nanti. Kalau buah-buahan jangan dikata, kalau boleh dalam peti ais mesti ada buah dan hari-hari nak makan buah. Antara buah yang aku suka makan ialah buah jambu air madu. Jangan kata aku sorang je suka makan, suami tercinta pun sama. Kalau beli buah tue, dia sesaje yang membedalnya.... hermmm.....apa lagi pau dia jelah tolong belikan buah.hehehehe...

Ini lah dia kenangan manis semasa mengandung. Sungguh indah alam mengandung nie. Tapi....belum alam kelahiran lagi. Bab nie aku belum boleh kongsi lagi sebab aku belum merasainya lagi. Bila dengar cecite kawan-kawan, takut ada, tak sabar ada dan macam-macamlah menghantui perasaan nie. Keadaan sebenarnya nanti bulan Jun 2012. Tungguuuuu.........harap-harap aku dan baby selamat serta sempurna dan normal.

silalah comment post ini...

Susu??? Perlu ke Minum Susu???!!!

Susu?!, perlu ke ibu mengandung kena minum susu?, kalau tak minum tak leh ke?, apa akan terjadi pada my baby?.....macam-macam perseolan bermain di fikiran. Ini semua adalah kerana aku tak minum susu. Bau susu pun dah macam nak muntah. Jangan kata susu Horlick pun aku tak minum. Tapiiiii.....kuasa Tuhan, aku hamil nie aku boleh minum susu dengan syarat susu tue sejuk. Susu yang aku minum pun aku beli yang dalam kotak je. Kalau susu tepung...lagi lh tak leh nak telan dan bau.




Ha....ini lah die susu yang aku minum hari-hari. 1 kotak besar untuk seminggu. So, sebulan 4 atau 5 kotak. Sebelum nie ada jugak aku mencuba minum susu anmum. hanya beberapa hari je aku boleh telan susu tue. Sungguh memuakkan dan meloyakan tekak aku. Akhirnya aku dah tak minum susu tue lagi.






Susu enfa mama a+ je aku belum try. Aku ingat nak try jugak. Katanya bagus untuk baby. baby akan jadi cerdik. Ibu mana-mana pun akan nak tengok anaknya membesar dengan sihat dan cerdik, betul tak?. Aku pun mengidamkan anak seperti tue, bukan sahaja cerdik tapi anak yang soleh dan solehah (lagi penting). Ini kerana dia akan menjadi anak yang baik dan menghormati orang disekelilingnya terutama ibu bapanya serta berjaya dalam hidup.



silalah comment post ini...

CuBa TrY TeSt

Berhari-hari aku menjelajah blog ini untuk aku dapatkan balik page view blog aku. Akhirnya setelah aku cuba try test, aku menjumpai apakah puncanya aku tak leh view my page blog. Puncanya ialah disebabkan iklan churpchrup diletakkan di atas. So, sekarang iklan chrupchrup aku pindahkan ke bawah.


Tapi....aku tak pastilah orang lain adakah sama senasib macam aku tak leh baca my entry. Tak pe tak pe yu all, sekarang dah boleh. Full page view. Cuma background je aku dah ubah. Aku harap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Menganggu jiwa dan imosi aku untuk berblog. So, sekarang aku dah happyyyyy........my blog dah pulih seperti biasa. Walau pun kat opis aku nie sekarang FB kne blok pulak, aku tak lah rasa bosan sangat sebab aku boleh berblog.

time tumpukan pada kerja pulak dengan hati yang berbunga-bunga....lalalalalala.....

silalah comment post ini...