Bagi orang yang suka belajar, dia akan belajar sehingga boleh dapat PHD. Tapi P.H.D nie dah memang ada pada setiap diri manusia cuma dia menggunakan sepenuhnya atau pun tidak. P.H.D ini adalah kelebihan yang memang Allah telah berikan pada semua manusia, cuma bijak mengawalnya sahaja. Korang mesti dah dapat mengagak kn apa itu P.H.D. P.H.D adalah Perasaan Hasad Dengki.
Kalau tersalah menggunakannya ia akan memburukkan diri manusia yang lain. Kebanyakkan aku dengar cerita manusia meninggal dunia kerana P.H.D nie. orang yang ada P.H.D ini adalah kawan syaitan..mengikut nafsu.
Baru-baru nie ada satu kematian. Tapi, aku tak lh nak menuduh atau menuding jari pada sesapa tapi apa yang aku dengar lh...ini adalah cerita benar. Keluarganya pun dah bawa ke hospital tapi keputusan menunjukkan pesakit sihat tiada masalah. Pesakit sakit bertahun-tahun sehinggalh ia sampai ajalnya. Mungkin ini juga adalah berpunca daripada P.H.D.
Ahli keluarga aku pun ada juga meninggal dunia adalah disebabkan P.H.D. Situasinya sama cuma ia bercampur dengan penyakit yang memang doktor dapat kesan. So, doktor hanya dapat membantu apa yang dapat dikesan sahaja dan yang tak dapat dikesan hanya berserah kepada Allah dan berusaha secara kampung. Mungkin Allah lebih menyayanginya maka Allah telah mengambilnya semula daripada ahli keluarga. Walaupun kami sekeluarga sedih dan merasa kehilangan mereka (bapa & abang) tapi pada masa yang sama kami tidak sanggup melihat mereka hidup menderita dan merana maka, kami redha dan merelakan...Ketentuan TUHAN kita tak boleh mengubahnya.
Semoga Allah sahaja yang membalas jasa orang-orang yang baik belaka tue dan diberi pengajaran dengan apa yang mereka telah lakukan kepada orang lain...Amin..
So, beringatlh wahai kawan-kawan yang membaca entry ini dan di luar sana janganlh anda ada P.H.D, memang anda akan merasa puas atas apa yang anda telah buat tapi sebenarnya andalh orang yang paling rugi dan diBENCI oleh ALLAH.S.W.T.
silalah comment post ini...