Tuesday, April 5, 2011

Cinta SMS

Teringat kisah mula-mula terjebak dalam dunia percintaan adalah berpunca daripada SMS sahaja. Zaman dah semakin canggih lh kata kn...Komunikasi canggih ini telah menyumbang banyak kebahagiaan dan tidak ketinggalan juga kekalutan dalam hidup manusia.

SMS, sebagai penghubung yang mudah, ringkas, selesa dan cepat. Namun, dari sini lh munculnya 'Cinta SMS', penemuan baru dalam epilog cinta. Zaman dahulu surat adalah sebagai cara berhubung dan ada juga yang gentleman, luahkan sendiri isi hatinya terhadap gadis yang dicintainya. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kekuatan untuk meluahkannya, bukannye senang dan mudah untuk kita mengucapkan 'i love u' atau 'sudikah awak jadi awek saya'.. kalau zaman ibu dan ayah kita surat adalah alat penghubung mereka. Berjumpa jauh sekali, memang dilarang oleh orang tua anak dara keluar rumah. So, posmen memang popular dan sangat dinanti-nantikan. Zaman sekarang tak perlu tunggu posmen, sms atau call sahaja dah boleh berhubung dan dengar suara orang yang dicintai dan dirindui saban hari.

Semasa di awal percintaan, boleh dikatakan setiap saat, setiap hari tak lekang dengan handphone. Boleh jadi gila kalau handphone hilang atau takde kredit...hahahaha....kelakar bila teringat kisah silam. Duit yang dapat hasil kerja sanggup top up handphone daripada beli barang. Ini lh dia kuasa cinta sms. Sampaikan Jari pun boleh lekuk dan lengguh. bercinta sms lagi jimat daripada berbual berjam-jam. Sebab itu lh cinta sms yang dipilih oleh kebanyakkan pasangan.

Memang indah pada awal percintaan. Setiap saat handphone tak berhenti berbunyi. Ada sesaje topik yang dibualkan. Bila sudah bertahun bercinta, cinta sms tidak serancak lagi di awal percintaan dulu. Bunyi handphone tetap berbunyi tetapi tidak sekerap dulu lagi, paling tidak pun hanya sms 'selamat pagi','selamat malam' dan 'dah makan?'. Satu soalan satu jawapan. Bila terjadi sedemikian pasti akan terfikir apa yang terjadi sebenarnya?, adakah hubungan ini akan kekal atau sebaliknya?, apa salah aku?, macam-macam perkara negatif yang difikirkan..perasaan pun mula lh berkecamuk dan cepat naik marah. Bila perhubungan menjadi hambar, cinta sms pun menjadi pudar.. dahulu penuh dengan gelak tawa dan gembira tetapi sekarang dibanjiri dengan air mata tiap-tiap malam... Apabila diselidik punya selidik rupa-rupanya cinta sms telah bertukar arah pada orang lain.... Bila rahsia telah diketahui, hancur lulur hati bak diiris dengan pisau dan begitu sakit dan perit sekali. Semangat yang kuat jadi lemah, selera makan tiada, hanya air mata sahaja yang menjadi makan minum dan teman setiap hari. Dahulu yang mempunyai badan yang comel tapi sekarang kurus kerempeng...semuanya kerana cinta sms.

Oleh kerana cintanya kuat, entah datang dari mana kekuatan itu telah membuatkan perasaan ingin dapatkan kembali cintanya pelbagai usaha dilakukan. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, pelbagai dugaan yang ditempuh dan akhirnya memang jodoh itu kuat di tangan Tuhan, cinta sms kembali pulih dan bertukar cinta buat selama-lamaya hingga ke akhir hayat... Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya tapi jangan terlalu berserah sahaja pada takdir. Untuk mendapatkan apa yang dihajati haruslah berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah dan elakkan daripada melakukan kufur insyaAllah, Allah akan perkenankan doa dan usaha kita...

Untuk semua lelaki yang sudah bergelar suami dan wanita yang sudah bergelar isteri, anda semua mungkin sudah bergelar ayah dan ibu, inilah mesej SMS aku untuk anda semua, "Cinta SMS hanya untuk orang yang kita sayangi bukan untuk melukai hati dan perasaan orang yang kita sayangi"...

Tips Kebahagiaan

Rsenye macam dh lama tak update blog semenjak ternet tak ok nie... tapi bagus jugak pada masa yang sama kerja pun banyak nak disiapkan. Itu lh hikmah di sebalik ternet tak tak ok, kerja pun banyak. Kalau ternet ok pun kerja tetap jalan tau!!!....

Hari nie aku nak kongsi ngan korang 'petua kebahagiaan' hasil dari pembacaan aku dari buku 'hadiah daripada pengantin'. Buku nie aku beli semasa aku belum mendirikan rumah tangga lagi, ye lh kan nak menempuh rumah tangga nie kan banyak perkara yang perlu diketahui, dipelajari agar rumah tangga kita dikecapi kebahagiaan. Setiap orang inginkan rumah tangga yang bahagia betul tak?.. Dengan usia perkahwinan aku yang baru ini memang lh masih terasa manisnya berbanding dengan yang sudah 10 tahun berumah tangga. Tapi insyaAllah dengan adanya tips-tips yang boleh kita cuba dan amalkan demi kebahagiaan rumah tangga, insyaAllah sepanjang usia perkahwinan kita juga merasa kebahagiaan dengan usaha kita sendiri daripada merasai sepanjang hidup merana. Aku tahu di dunia nie ada juga terdapat rumah tangga sentiasa bergolak dari awal perkahwinan, ini semua tak mustahil kn!... Walau bagaimanapun, Allah kn menyuruh hambanya berusaha jika nak berjaya... So, sama lh juga bila kita nak merasa bahagia kita pun kne lh berusaha dan mengikut pesanan Allah, pesanan rasul, pesanan ulama, amalkan perkara-perkara yang baik-baik dan tips-tips yang boleh diikut dan tidak bercanggah dengan hukum syarak serta tidak melakukan perkara yang kufur...

Disini ada sedikit sebanyak tips-tips kebahagiaan yang aku nak kogsi antaranya:

10 Rahsia kekal Bahagia
  • Aktif dlm aktiviti yang menyihatkan spt beribadah dan bersenam bersama;
  • Menemani pasangan melakukan hobinya. Pujuk hati dan paksa diri untuk sama-sama meminatinya;
  • Sering mengimbau saat-saat manis bersama;
  • Tambahkan ilmu melalui pembacaan, pendengaran dan hadiri kuliah;
  • Kekalkan personaliti baik, sentiasa mengubah diri ke arah yang lebih positif;
  • Bermanja dan akrab. Sentiasa menghubunginya jika berjauhan dan ambil berat;
  • Mengasihi keluarganya dengan ikhlas sepertimana kita mengasihi keluarga sendiri;
  • Beri dorongan demi kejayaan dalam kerjayanya;
  • Hormati kawan-kawannya dan beri peluang untuk mereka bersama jika perlu;
  • Fahami situasinya. Jangan 'menyerangnya' ketika emosinya tidak stabil
6 Langkah Meningkatkan Rasa Percaya
  • Cipta sebanyak mungkin keuntungan dan kebaikan kepada pasangan;
  • Jadikan diri kita orang yang konsisten agar tingkah laku kita dapat diramalkan dengan tepat;
  • Lakukan pengorbanan masa, wang dan tenaga untuk kepentingan pasangan;
  • Tunjukkan kita menghargainya;
  • Apabila timbul masalah, tunjukkan kita perlu menyelesaikannya demi kebaikan bersama
10 Nasihat Yang Boleh Difikirkan!
  • Kita kehilangan banyak peluang jika berfikiran negatif;
  • 99 nama Allah merupakan sinar cahaya yang ada dalam setiap diri manusia;
  • Allah mengasihi setiap hamba ciptaan-Nya. Oleh itu, kita harus juga menyayangi semua orang;
  • 2 cara untuk melupakan pengalaman pahit - menghapuskan hal tersebut dan mencipta sesuatu yang lebih baik;
  • Tidak ada satu pun di dunia ini milik kita. Semuanya milik Allah dan akan kembali kepada-Nya. Kerana itu, janganlah bersedih;
  • Maafkan semua orang dan lupakan masa lalu;
  • Lahirkan rasa kasih sayang kepada semua orang;
  • Masalah boleh selesai jika kita berfikir secara segi tiga - saya, anda dan Allah;
  • Kosongkan minda setiap hari ketika tidur. Jangan fikir masalah;
  • Manfaatkan dan amalkan ilmu yang diperolehi demi kebaikan di dunia dan di akhirat
5 Perkara yang perlu Dijauhi
  • Jangan resah dan gelisah - kembalikan segala yang baik dan buruk kepada Allah;
  • Jangan sedih dan merasa menderita - bersyukurlah! hidup kita mungkin tidak seburuk orang lain;
  • Jangan lemah dan malas - tiada rezeki datang bergolek!;
  • Jangan kedekut dan pengecut - hidupkan ukhuwah dengan bersedekah dan berani menghadapi cabaran hidup;
  • Jangan banyak berhutang - bersederhana dalam hidup. Banyak hutang membebankan akal dan jasad!
9 Cara Menambat Hati Suami Agar Sentiasa Berada Di Rumah
  • Berikan suami kejutan dengan perkara yang disukainya;
  • Jadi sahabat atau pendengar yang baik seperti ketika bercinta dulu;
  • Rajin menjaga penampilan diri;
  • Memuji dan memberi penghargaan kepadanya;
  • Menyediakan waktu untuk berdua-duaan;
  • Berfikiran positif. Sintasa mendoakan kesejahteraannya;
  • Menambah keintiman. Sulaminya dengan ayat-ayat al-Quran sebagai zikir harian;
  • Rumah tangga terjaga, elok pada pandangannya;
  • Saling percaya mempercayai dan ikhlas dalam meneruskan ikatan
8 Cara Mengelakkan Pertengkaran dengan Anak
  • Belajar berkongsi masalah dan minatnya;
  • Berhenti mengurus dan mengarah kehidupannya selagi ia baik untuknya;
  • Berikan anak anda kemahiran hidup yang bermanfaat untuk masa depannya;
  • Bercakap dengan diri sendiri 'anak bukan hak mutlak aku. Dia hak Allah!';
  • Beri maklumat, tanya soalan dan tawarkan pilihan ketika berbincang;
  • Beri contoh teladan yang baik agar anak sentiasa menghormati kita;
  • Tunjukkan bahawa anda sangat kasih dan mengambil berat terhadapnya;
  • Lakukan banyak aktiviti bersamanya. Apa salahnya sekali sekala menuruti minatnya?!
So, mari lh kita sama-sama mengamalkan tips-tips kebahagiaan ini agar kita sama-sama merasa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Selamat beramal!