Semenjak perut semakin membesar nie badan pun rasa kurang selesa. Pinggang lagi lah dah mula terasa sakit-sakit. Duduk lama-lama sakit, berdiri lama-lama sakit, serba tak kenalah. Ini baru bab posisi kedudukan. Bab tidur lagi macam-macam ragam. So disini aku nak kongsi sedikit ilmu tentang sukar tidur lena di trimester akhir...bagi bakal-bakal ibu atau dah jadi ibu jom tambah ilmu pengetahuan tentang kehamilan. sebelum tue aku nak ucaplah terima kasih kerana kalian sudi meluangkan masa untuk membaca blog aku.
Perut yang semakin membesar membuatkan badan tidak selesa untuk tidur TELENTANG.
Kalau kalian sedar ketika ini payudara anda juga semakin membesar untuk memproses pengeluaran susu. Maka, pada masa yang sama anda akan kerap berjaga malam sama ada anda mengalami mimpi buruk mahu pun membuang air kecil. Walhal rehat yang cukup amat diperlukan untuk tenaga semasa bersalin nanti.
Penyebab yang sering dikaitkan dengan ketidakselesaan waktu tidur ini adalah saiz janin yang membesar membuatkan ibu sukar untuk tidur lena dan si ibu berasa bimbang andai janin dalam kandunggannya tertekan sewaktu dalam tidur. Selain itu, gangguan fizikal seperti membuang air kecil, kekejangan dan janin menendang boleh memberi ibu sedikit terganggu dan tertekan. Atas sebab-sebab inilah tidur selesa sukar dikecapi
Perlu diketahui bahawa apa pun posisi tidur ibu, ia tidak akan mengganggu ketenteraman janin. Tubuh anda sendiri telah diciptakan untuk melindungi janin yang berada dalam kantung air ketuban agar sentiasa dalam keadaan selesa. malah ia juga mempunyai ruang sendiri agar membolehkan janin bergerak bebas.
Posisi mengiring ke kiri
Setakat ini belum ada kajian yang mendalam tentang posisi tidur wanita hamil, namun posisi tidur mengiring ke kiri amat disarankan. Posisi ini memberi kebaikan kepada janin kerana ia mendapat aliran darah dan nutrisi yang maksimum ke dalam kantung rahim. Hal ini kerana vena utama (vena kava inferior) di bahagian belakang sebelah kanan spina menjalankan fungsi mengembalikan darah dari tubuh dari bahagian bawah ke jantung. Ia juga dapat membantu ginjal membuang sisa pepejal dan cairan dari tubuh anda seterusnya mengurangkan pembengkakan kaki dan tangan.
Posisi mengiring ke kanan
Tidur posisi mengiring ke kanan juga tiada masalah malah ia mampu membuatkan anda lebih selesa dengan mengubah posisi tidur pada setiap malam. Minum susu yang dikhaskan untuk wanita hamil sebelum tidur boleh membantu anda mendapatkan tidur yang lena.
Rasa panas
Ibu hamil memang akan merasa panas khususnya pada bahagian dada dan perut ketika malam. Hal ini desakan rahim yang semakin membesar membuatkan makanan naik ke arah abdomen dan mengakibatkan iritasi pada dindingnya. Makanan yang telah bercampur dengan asid perut membuatkan rasa panas di bahagian dada. Manakala rasa panas di bahagian perut diakibatkan proses pencernaan yang semakin lambat. Sebab itulah wanita hamil disarankan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit agar perut tidak menjadi terlalu penuh. Hindari makanan yang pedas dan berempah sekali gus membuatkan anda mula mejadi mual. Anda juga boleh ubah posisi tidur dengan meletakkan bahagian dada lebih tinggi dari perut. letakkan bantal penyokong di bahagian perut. Badan panas sewaktu hamil berlaku disebabkan peningkatan hormon dalam tubuh. Ini membuatkan anda memasang pengahwa dingin mahupun kipas pada tahap maksimum. Jelaskan pada pasangan anda agar dia lebih memahami keadaan anda. Anda juga boleh mengenakan selimut nipis mahupun pakaian tidur yang nipis dan longgar untuk mengatasi kepanasan.
Kurangkan minum sebelum tidur
Teknik jangan minum 2 ke 3 jam sebelum tidur ini anda boleh mempraktikan semula sepertimana sewaktu trimester pertama dahulu.
Tips LENA dengan SELESA
- Gunakan bantal bagi menyokong bahagian paha dan perut yang semakin membesar
- pakai coli yang sesuai untuk memberi keselesaan kepada payudara yang semakin membesar
- Pilih baju tidur dari fabrik kapas mahupun yang selesa agar tidur malam tidak terganggu.
- Pakaian tidur perlu longgar dan tidak terlalu sendat bagi membolehkan anda bernafas dengan selesa.
silalah comment post ini...