MISTIK? korang tahu kn apa itu mistik? MISTIK nie boleh dikatakan gangguan makhluk halus lh...Makhluk halus nie memang wujud dan aku tidak menafikannya termasuklah syaitan, jin dan iblis kecuali hantu sahaja. Sebenarnya hantu tidak wujud, yang wujud itu adalah jin dan syaitan yang bertopengkan pelbagai rupa.
Perkara mistik ini pernah terjadi pada keluarga dan rakan aku. Pada mulanya aku tak berapa pasti dan percaya tapi terjadi depan mata akan perubahan manusia yang diganggu makhluk halus.
Pelbagai cara kami usaha untuk mencari penawar penyakit seperti ini. Daripada pelbagai pengamal perubatan tradisional, ada satu keluarga dimana ayah dan anak pandai merawat penyakit yang diganggu oleh makhluk halus. Cara mereka merawat adalah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran, dilakukan di hadapan ahli keluarga, yang perempuan disuruh pakai telekung tak pun dia akan menggunakan sarung tangan. Cara mereka merawat amat menyakinkan kami. Alahamdulillah berkat keizinan Allah S.W.T usaha kami berhasil.
Syukur alhamdulillah..terima kasih Allah kerana telah menyempuhkan hambaMu dan membantu kami dalam mencari penawar penyakit seperti ini dan berjumpa orang yang betul dan tepat bukan orang yang menggunakan amalan secara sihir atau pun jin.
Nasihat yang mereka beri kepada semua pesakit-pesakitnya adalah banyakkan berzikir, sembahyang 5 waktu jangan sesekali ditinggalkan, dan banyak lagi tapi ini lah diantaranya yang memang ditekankan.
Wahai kawan-kawan ku di luar sana, sekiranya anda juga pernah mengalami gangguan mistik ini, cari lah ustaz atau uatazah iaitu para ulama. Cara mereka merawat adalah menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan tidak menyalahi di sisi Allah jauh sekali melakukan syirik. Sekiranya anda pernah berjumpa dengan dukun atau bomoh walau pun bomoh paling handal di dunia sekalipun dan dibekalkan tangkal atau pendinding diri ke rumah ke, anda perlu berhentikan untuk berjumpa kali kedua. Walaupun tangkal yang dibekalkan ditulis dengan ayat Al-Quran, tapi mungkin cara pemujaannya menggunakan khidmat JIN. So kawan-kawan, aku sekadar berkongsi pengalaman yang aku hadapi dan ilmu yang aku perolehi.
Sama-sama lah kita sebagai orang islam menjauhi daripada melakukan syirik. Niat juga haruslah kerana Allah S.W.T dan sekiranya anda sembuh daripada penyakit haruslah mengucap SYUKUR ALHAMDULILLAH kepada ALLAH kerana dia lah yang telah menyembuhkan anda dengan bantuan pengamal perubatan.
silalah comment post ini...