Tuesday, October 25, 2011

Dimakbul oleh Allah S.W.T

Alhamdulillah....syukur aku kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya dan rahmatNya, doaku dan kehendakku di makbulkan.

Hampir setahun, lagi satu bulan cukup setahun usia perkahwinanku. Usaha aku dan suami akhirnya tercapai jua. So, sekarang kami perlu bijak merancang dan berbelanja. InsyaAllah tahun hadapan hidup kami akan diceriakan dengan suara baby....dan tahun 2013 pula kami akan memiliki rumah kami sendiri. Syukur kepada Allah atas apa yang telah Dia tentukan untuk hidup aku sekeluarga.

Aku sangat happy bila aku test pagi tadi untuk menjawab atas kemuskilan apa yang aku rasa dan teka-teki dalam fikiran nie adalah benar belaka...Pada mulanya macam ia ke benda nie? tapi setahu aku kalau memang -ve satu line je tapi sekarang ada dua line cuma kabur sikit daripada line lagi satu.

Lepas mandi je aku terus tunjuk dengan suami aku. Tapi dia dalam mamai dia buat biasa je...takde respon langsung..errrmmm..:(. Bila dia lepas mandi pulak, dia tanya balik kat aku "apa yang sayang tunjuk tadi?" aku pun tunjuk lah balik semula benda tue....dia pun ucap "Syukur Alhamdulillah".

Hemmm.....akhirnya penantian jadi kenyataan. Terima kasih kepada orang-orang yang mendoakan untuk aku. Tak lupa jugak kepada kawan-kawan aku yang mendoakan untuk aku. Dan aku jugak mendoakan agar kawan-kawan ku lain yang masih belum berjaya dan untuk tambah lagi, insyaAllah akan dapat jugak anak iaitu anak yang Soleh dan Solehah...amin...

silalah comment post ini...