Minggu lepas aku ada game bowling di IOI Kulai. Perempuan yang masuk menyertai lebih kurang dalam 7 orang. Peserta lelaki pulak dah tentu ramai punya. Kalau sebelum nie payah diaorang nak ajak perempuan ikut sama game ini. Kalau aku tak silap kata urusetia game ini buat untuk pemilihan badan berkanun bulan Mei ini.
Setiap seorang main 6 game, bermakna 60 kali baling. Perghhhhh.....punya lh penat tangan nie nak membaling sampai 60 kali nak tercabut rasenye....tapi oleh kerana enjoy dan seronok main ramai-ramai macam tak puas pulak, lagi pulak kalau tak dapat skor lg lh...bengkek je rse.....
Masa game tue aku satu link ngan kak eim dan kak rozie. Kami memang suka kalau main sme-sme sebabnya kami nie masih di level pembelajaran.....kalau lawan ngan kak hajar dan kak nesa nampaknya memang ke lauuuuutttt......lh kami nie. Tapi permainan ada nasib-nasib jugak kadang-kadang kite main bagusssssss sangat, tapi kadang-kadang kelauuuuuttttt sangat asyik masuk longkang sesaje.... Alhamdulillah game pertama hingga game kelima aku dapat mata 100 ke atas tetapi yang sedihnya game keenam aku hanya dapat skor 88 je, Cis! bertuah. Mata keseluruhan yang aku dapat kumpulkan adalah hanya 675 sahaje. Dah lah kumpulan kami paling lambat sekali, kumpulan lain dah habis main dh dan ada jugak yang diaorang tambah lagi main sesuka. Nasib menyebelahi aku dan mungkin rezeki aku agaknya, aku juga adalah salah seorang yang mendapat nombor kemenangan iaitu tempat ketiga. Dapat lh hadiah barang elektrik iaitu sereka. Terima kasih urusetia kerana mengajak perempuan sama-sama joint game bowling ini dapat lh kami mengasah bakat kami yang sedia ada ini.
No comments:
Post a Comment