Friday, October 12, 2012

kawan Pregnant

Alhamdulillah kawan saing pregnant telah selamat melahirkan baby girl hari ni pada jam 10.55pg tadi dengan berat baby 3.15kg. Kalau tak kesian aku tengok dia, jalan pun dah tak larat dengan kaki bengkak lagi. Akhirnya berjaya melahirkan baby comel....

Selamat berpantang lah ye Pn Noorazah Iman. Semoga cuti bersalin menjadi hari paling bahagia dan memberi makna buat azah sekeluarga. Semoga baby jugak sihat dan membesar dengan sihat.

silalah comment post ini...

Tahap Menyiarap

Sekarang my baby dah nak mula belajar menyiarap. Dia dah pandai menyerengkan badan dia cuma dia belum pandai pusing habis untuk menyiarap. Sekejap je rasanya anak mama dah membesar. Sikit demi sedikit perubahannya. Kalau ikut dalam buku usia dari 2.5 hingga 5 bulan dah pandai menyiarap. So, sekarang anak aku 2.5 bulan dalam proses tersebut. Sungguh gembira apabila melihat dia dah pandai menyiarap.



alala..tomey anak mama!!!! Bukan sahaja dah nak pandai menyiarap, dah pandai pegang sesuatu. Cuma tinggal mama belikan mainan je. hihihihihi....nanti mama dah gaji mama belikan ye sayang!!! hari ni duduk umah mak ngah baik2 je tau, petang nanti mama ambek. Mama shinduuuu....dengan Khalis.

silalah comment post ini...

Kek Biskut Cheese Oreo

Salam semua....imbas kembali post semalam yang aku ada share tentang kek ni dan malam tadi aku telah berjaya membuatnya dan membawa ke opis pada hari ni. Alhamdulillah mendapat pujian daripada kengkawan. Ini bermakna kek aku menjadi lah. kihkihkihkih.... Di bawah gambar kek yang aku buat sendiri tau. Nak tengok tak?


Ha.....ini lh dia kek hasil air tangan aku sendiri. Lepas siap kita masukkan pulak dalam peti sejuk.


Nasib baik muat peti ais, kalau tak mana aku nak sumbat kek lazat ni...

Ermmmm.......tak sabarnya nak tunggu en. suami pulang dari Bukit Tinggi nak suruh dia rasa kek dari hasil air tangan isteri tercinta dia ni. hehehehe.....mesti dapat pujian punya lah. ha ceh! perasan dulu sebelum tahu jawapan sebenar. En. suami aku ni bukannya suka sangat kek tapi mana tahu buatan isteri jadi suka pulak kn! hemmm...ada kemungkinan....

Insyaallah lepas ni nak buat lagi kek ni biar tak lupa caranya. Raya Haji pun dah tak lama lagi kan, boleh lah cuci2 mulut dengan kek sedap ni. Kek batik pun dah lama tak buat, entah bila lah nak buat lagi. Kalau ada hantu makan kek seronok buat tapi kalau takda, buat penat je buat takda orang nak makan....

Entah apa cite kek aku kat umah tu, agaknya diaorang suka tak kek aku tu??? mintak2 lah ada lagi kalau tak sian en. suami aku. Tapi kat umah pun bukannya ramai sangat pun...kalau masih banyak lagi sempat lah sampai hari sabtu dapat lah kak ngah merasa nanti. Nak tahu jugak komen dari diaorang.

Ok lah ye bagi sesiapa yang nak mencuba resepi ni aku dah beri tahu kan dimana. malas nak cari? ok lah aku share jugak disini. So, kak imal intan minta izin ye copy n paste.


Bahan-bahan
·         500g cream cheese
·         1 tin susu pekat 
·         1 bungkus biskut merie - perisa ikut suka (saya guna perasa Coffee)
·         1sb  Asen vanilla
·         1 cawan susu segar 
·         Biskut oreo yang di kisar halus secukupnya.
Cara-cara
·         Biarkan cream cheese pada suhu bilik sebentar. Satukan dengan susu pekat dan Assen vanilla .Putar sehingga sebati.
·         Alas loyang dengan baking paper/plastik/aluminium foil. Celup biskut sesaat dua ke dalam susu segar dan susun ke dalam loyang. Ratakan cheese. Kemudian taburkan Oreo yg telah di kisar. Ulang lagi proses melapis biskut, cheese, oreo sehingga abis. Akhir sekali di atas lapisan cheese tabur oreo. 
·         Sejukkan di dalam peti ais seeloknya semalaman. Potong dan hidangkan.

Selamat mencuba dan berjaya serta menjamu selera bersama ahli keluarga tersayang!!!!!!!

silalah comment post ini...