Wednesday, February 15, 2012

Taq Terima Kasih Adik Iparku...

Errmmm....kali ini aku design taq TQ untuk adik ipar aku pulak....korang nak tengok tak?tengok lah tengoklah...ye, aahhh....peduli apa aku nak jugak tunjuk. hahahaha......buruk perangai. Aku saje je nak tunjuk. Aku nie bukannya pakar design seperti pakar design di luar sana tue yang memang design kad kahwin dan taq tq pengantin. Tapi kalau kawan-kawan dan sedara mara mintak tolong, aku buatkanlah. Oh ya! celoteh celoteh terlupa pulak nanti aku nak tunjuk kat korang. Jom tengok!


inilah pilihan pengantin


Haaa....amacam kawan kawan, ok tak design aku. Hehehe....puji sendiri. Gambar yang pertama adalah pilihan pengantin. Taq tq tue pun dah siap ditampal disemua goodies goodiesnya untuk hari bahagia dia nanti.

Akak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan
 semoga kalian berdua berbahagia hingga ke akhir hayat....aminn..


silalah comment post ini...

Ngidam Nak Makan Sandwich

Minggu lepas tekak nie teringin sesangat nak makan sandwich....aku pun apa lagi lepas balik keje terus pergi beli bahan bahan nak buat sandwich lah...malam tue jugak aku buat. Suami aku pun nak makan. Tapi tak tahulah nak sedapkan hati aku je ke apa. Yelahkan isteri dah tanya nak sandwich ke tak? ye suami cakap nak....kalau cakap tak nak  muncung pulak mulut isteri....hahahaha....itulah suami aku, selalu jaga hati aku. Sayaaanggg Bee!.



Esoknya aku keje lebih masa, aku pun bawaklah bekal sandwich ke tempat keje aku untuk buat sarapan. Habis......perut memang lapar sebab kat rumah belum makan.

Tertunai sudah keinginan tekak aku.


silalah comment post ini...

Tinggal Sorang Sorang..

Sekarang nie aku duduk keseorangan di rumah, suami di KL, adik dan emak pergi menjemput sedara mara. Biasalah kan hari bahagia dah tak lama lagi so,kad jemputan kenalah diedarkan segera nanti tak ramai pulak yang hadir...

Oleh kerana aku tinggal sorang sorang so, aku pun menghabiskan masa tengok internet lah. Tv bukak jugak buat buat suasana tak sunyi...hehehe....dalam dalam berani aku nie ada jugak takutnye...mana tak takut kau! kalau hantu tue kata orang boleh jugak baca ayat suci al-quran tapi kalau manusia ko baca dia tak hilang hilang....ish! ish! jauhkanlah ya Allah...lindungilah aku Ya Allah! Amin..

Ala.....jap lagi pasti emak dan adik dah balik. Padan muka sendiri tadi orang ajak tak nak pergi, dah tue pikir bukan bukan pulak. Takde apa akan belaku lah kerana Allah sentiasa melindungi aku..(sedapkan diri sendiri)...

Tq Allah.


silalah comment post ini...

Tak Sangka Begitu Rupanya!!!!...

Masa mula-mula kenal nampak baik je....sopan. Cakap pun macam para ulama', sleng ala ala arabian gitu. Ibarat kalau baca al-quran tue penuh dengan loghat arab lengkap dengan tajwid dan idgham....itu mula mula kenal....

Bila dah lama kenal, sedikit sebanyak belang dan tanduk pun keluar sikit demi sedikit tanpa disedari (agaknye lah tak sedar atau buat buat tak sedar)hahahaha....dan orang disekelilingnya pun sikit demi sikit kurang rasa senang denganya.

Lebih terperanjat lagi dia kaki ngadu jugak rupanya....ermmm......ini lah dia seperti bak pepatah "diam diam berisi". So, lepas nie pastikan isu isu hangitttt...tidak dicete depan dia atau dengannya walau pun kadang kadang dia pun ada jugak soseh soseh pasal orang. Bila dia soseh soseh pasal orang dengar je, jangan tokok tambah...lain jadinya nanti.

"Jangan jadi Lidah Bercabang"
"Nanti kena makan Pelempang"

"Jadi orang baik tak salah"
"tapi jangan bajet baik sudah lah"


silalah comment post ini...