Sunday, April 15, 2012

Tinggal Daku Yang Selalu Merindui Mu

Assalamualaikum kawan-kawan blog? harap-harap kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera, amin. Hari ini sehinggalah hari Selasa aku berada dalam kesepian dengan merindui suami tercinta yang kini kerja outstation. Nak buat macam mana dah begitu caranya mencari rezeki untuk ku dan keluarga. Aku kenalah terima walaupun daku selalu ditinggalkan. Daripada malam tadi aku dah terasa sedih dan aku telah menghabiskan masa dalam dakapannya untuk pengubat rinduku terhadapnya bila dia outstation. Bila hari dia nak bertolak pula aku tak sanggup nak lihatnya, bila dia menghulurkan tangan dan menciumku air mataku sudah tidak dapat dibendung lagi maka mengalirlah air mataku membasahi pipiku yang gebu ini.
 
Aku nie takde niat pun nak buat dia berat hati meninggalkan aku tapi dah aku memang begini. Aku akan sayu bila lihat orang yang aku sayang pergi. Sebelum nie pernah sekali aku hantar dia naik bas untuk pergi KL. Masa tu aku hantar dia kat basten. Korang tahu jelah kalau dah kat basten mesti ramai orang kan, bila dia naik bas je air mata aku terus mengalir dan aku menangis sampai tersedu-sedu. Malu-malu jugak tapi nangis tetap nangis. Sampaikan ada abang driver bas lain tegur aku" tue lah abang ajak ikut tak nak ikut, dah nangis" pergghhhh!!!! masa tue malu gila aku tapi lantaklah apa dia nak kata dah memang aku takleh kontrol masa tue so, tebalkan aje muka. Lepas bas tue bla aku pun cepat-cepat masuk kereta. Lagi yang takleh tahannya dalam kereta boleh sambung lagi nangis. Errrrmmmmm....sedih de benor. hehehehe....aptb.
 
 
hahahahaha......bila diingat balik kelakar pun ada padahal bukannya lama sangat dan ke luar negara pun sampai nak nangis bagai...tapi beginilah aku bila dia setiap kali kerja outstation walau pun sehari semalam atau dia pergi kursus ke apa ke yang sewaktu dengannya. Aku tak tahulah kenapa aku boleh jadi emo pulak bila dia berjauhan dengan aku. Korang ada tak macam aku????hehehe....sikit-sikit nak nangis. Aku bukannya apa bila dia tiada disisi nie lain, Lagi-lagi bila waktu malam dialah sebagai teman tidur aku, bantal peluk berharga aku, dan pengubat rindu sebab siang aku dah menghabiskan masa di tempat kerja dan kawan-kawan. Time malamlah masanya aku meluangkan masa bersama suami tercinta dan kalau ada anak dengan anak sekali. Betul tak? betul kan..kan..orang yang dah berumahtangga pasti paham.
 
Mood nak makan dan tengok tv pun tiada. Selalunya bersama-sama dengan dia. Walau pun ahli keluarga yang lain ada tapi tetap masih terasa sunyi. So, masa nielah HP amat penting bagiku. Aku takut time dia telefon nanti aku tak dengar. Dapat dengar suaranya sekejap pun jadilah sebagai pengubat rindu. Eeeee.....jiwanglah pulak aku nie erk! tapi inilah hakikatnya yang aku memang menyayanginya. 
 
Suami aku pulak bila dia outstation memang dia akan kerap menelefon aku. Berbeza bila dia kerja hari-hari balik, kalau hari-hari balik memang dia takde telefon aku pun kecuali kalau ada hal sahaja. Ha....itu menunjukkan dia pun merindui aku. Aaa....ceh! dah mula kembang,kembang dan kembang nie konfident 100%. Hahahahahaha......apa-apa pun aku bersyukur kehadrat Illahi.
 
Aku mohon kepadaMu Ya Allah  semoga Engkau memberi peluang untuk setiap hambamu (termasuk aku) menikmati kebahagiaan  bersama suami, anak-anak dan ahli keluarga di dunia dan diakhirat serta kekal buat selama-lamanya. Aminnn...

silalah comment post ini...