Tuesday, October 22, 2013

10 Tips Mengajar Bayi

Di sini ada 10 tips yang ingin sya kongsikan dengan anda. Marilah sama-sama kita gunakan untuk mengajar bayi kecil kita dalam proses pembelajaran ni. Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Tahap kesabaran perlu tinggi apabila mengajar bayi sebab dia belum faham sepenuhnya arahan kita.

Di bawah ini adalah 10 tips tersebut yang boleh mummys gunakan terhadap bayi anda:

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
Selamat mencuba dan berjaya!. Anda boleh share jika berminat, share kepada kawan-kawan atau mummys yang lain sebagai panduan bersama.

silalah comment post ini...

Ops! ada ke takde ni....

Alamak macam mana ni...dah lewat hampir 2 minggu, bulan tak mengambang-ngambang. hati dah risau dan gundah gelana...en suami minta kalau boleh tiada apa yang berlaku sebab terasa awal sangat. Kalau boleh en suami kata biarlah Khalis 3 tahun baru tambah lagi sorang tapiiii............kalau lah benar ada, apa perlu sya nak buat? arghhhh!!!!!! tolong!!!!.....


Nak test tak berani pulak, sedapkan hati mungkin bulan mengambang hujung bulan kot. So, biarkanlah dulu tengok macam mana kalau sampai hujung bulan masih tak mengambang-ngambang kenalah ambil tindakan apa yang sepatutnya. Buat masa sekarang ni buat biasa je, makan je apa yang nak dimakan. Sekarang dalam usaha untuk pastikan bulan mengambang..mudah-mudahan malam ni ke, esok ke bulan mengambanglah....amin *#harapan penuh 200%#*

Jika rezeki Allah berikan kepada kami sya terima dengan hati yang terbuka dan ikhlas serta syukur kepadaNya. Mudah-mudahan en suami pun sama....


silalah comment post ini...

Perkembangan Ahmad Khalis 1 tahun 4 bulan

Ahmad Khalis my hero sekarang dah berusia 1 tahun 4 bulan, jalan dah laju, gigi pun dah tubuh 4 atas 4 bawah dan bercakap dah pandai tapi bahasa yang digunakan kadang-kadang ada yang telus ada yang speking london...hehehehehe....

Malam tadi kami sekeluarga makan luar di Senibong, tak sangka pulak my hero boleh tertalu aktif sehinggakan mama dan papanya takleh nak makan dengan tenang. Nak mainan dah dibeli tapi, masih jugak buat peel minta bawanya jalan tengok ikan, ketam dll. errmmm....apa pun tak boleh!. Diberi makan tak mahu, diberi mainan sekejap je main...

Nampaknya inilah kali terakhir buat masa ni untuk bawa khalis ke senibong. Tunggu dia dah besar nanti baru boleh bawa lagi. Dalam umurnya macam ni, tak boleh buat apa kita dibuatnya.. macam-macam kerenah bila usianya semakin meningkat. Sikapnya diluar jangkaan dan tidak dapat diduga.

Waktu tidor pun sama, dah tak menentu kebiasaannya waktu siang dia akan tidur dua kali iaitu tengahari dan petang tapi bila dia terlalu aktif, hanya sekali saje dia tidor. Malam pun sama, tidor lambat. Tahan pulak tu matanya tapi mama dan papanya pulak yang takleh nak ditahan-tahan biji mata asyik nak terlelap saje. Walau pun begitu, setelah dia penat dia pandai tidor sendiri, ambil botol susu, kain tuala dan cari bantal untuk tidor...bijak..bijak..anak mama. Bila di paksa tidor memang melalak lah dia...so, biarkan aje dia main puas-puas sampai penat. tengah malam pun sedar sekali je nak susu, mamanya pun dapatlah tidor dengan tenang...hihihihi...

Perkembangan seterusnya My hero:
  • Dah pandai menunjuk apa yang dia ingini dan nampak. Nanti dia pun cakaplah "ampak..ampak". 
  • Kalau nampak kucing, "cat". 
  • Dah pandai ajak papanya jalan naik motor.
  • Dah pandai ke bilik air kalau baju dah buka sama ada nak mandi atau cuci berak
  • Dah pandai ambil tangan kita untuk dukungnya bawa jalan.
  • Kemas rumah dengan main penyapu dan penyodok
  • Sepahkan mainan dari dalam bekas.
  • Rebut mainan
  • Ketep mulut kalau tak mahu makan.
banyak lagi lah perkembangannya dari sehari ke sehari pandai...mama sayang Khalis!

Isteri Separuh Masa

Assalamualaikum...

Di sini sya nak kota apa yang sya janjikan iaiti sinopsis "Isteri Separuh Msa". Jom luangkan masa sedikit untuk bacanya....



SINOPSIS

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Selamat membaca dan membeli novelnya jika anda berminat...Secara jujurnya, jalan citenya best dan akhirnya suaminya jatuh cinta dengan musuhnya iaitu isterinya...so sweet!


silalah comment post ini...