Resepi asal : 'blog apabila nasron menulis'
(saya copy paste jer, rajin lah kata kan.., hahaha)
PUDING JAGUNG
Bahan-bahannya :
· Tepung Kastard 1 cawan
· Air Masak 5 cawan (1 jag kecil)
· Susu Cair (Optional) 1 tin
· Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan (sya gna 1 tin lagi sedap sbb banyak jagung, hehehhe)
· Gula Pasir ½ cawan
· Garam 1 sudu kecil
Cara Membuatnya :
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
2. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
3. Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
4. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
5. Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. Saya sarankan gunakan api sederhana besar pada permulaan tetapi jika dah hampir likat, bolehlah kecilkan api. (sya ambil masa 60 minit)
6. INGAT, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
7. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
8. Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!
9. Setelah itu masukkan ke peti sejuk.
KUAH BUAH-BUAHAN (KOKTAIL)
Bahan-bahannya :
· Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
· Susu Cair 1 tin
· Gula Pasir 4 sudu besar
· Garam ½ sudu kecil
· Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
· Air Masak ikut kesesuaian
Cara Membuatnya :
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masak dengan api sederhana kecil.
3. INGAT, masak jangan sampai pecah susu kalau tidak, tak cantik kuahnya nanti. macam masak lemak gitu jangan sampai pecah santan...
4. Bila dah mendidih (jangan sampai didih lama), sila tutup api dan sejukkan.
5. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
6. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
7. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
8. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.
* Oh ya, ni tips saya nak bagi, untuk elakkan puding melekat pada bekas yang digunakan tu, basahkan bekas dengan air sedikit baru masukkan puding. InsyaAllah takkan melekat punya, hehehe.. Puding ni sedap dimakan sejuk dan dimasukkan ais dalam koktel. Yummy!
silalah comment post ini...