Wednesday, August 8, 2012

Horeyyyy Dah Habis Pantang,,,,,,,

6 ogos 2012 (semalam) genap 44 hari aku berpantang. Terasa sekejap pulak dah 44 hari, masa baru2 terasa macam lamanya nak 44 hari. Sepanjang berpantang aku pakai kain batik, emak mertuaku tak bagi pakai seluar. Kalau keluar ke klinik atau hospital pun pakai kain tapi bukan kain batiklah...

Tempoh berpantang ni ada bestnya dan tak best. Bestnya, makan menu harian semuanya emak dah masakkan tinggal makan je. Menu pun special daripada orang lain hanya khas untuk aku sorang je. Yang tak bestnya, menu makan tak sesedap menu orang sihat dan banyak pantang larangnya.

Bab baby pulak pada awal2, emak yang mandikan baby dan basuh baju serta sidaikan baju. Bila dah banyak hari aku sendiri yang uruskan baby kecuali masak. Kalau berjalan pulak orang sampai tegur lajunya kau jalan macam tak sakit. hehehehehe.....bukan tak sakit, sakit. Jahit aku pun banyak lagi2 belah dalam. Selama berpantang jugak aku pakai bengkung dan ubat tak lupa. Bila genap umur anakku sebulan dan masa tu aku diperiksa untuk terakhir, beratbadanku turun 11.3kg.

Walau pun aku tak tolong emakku masak tapi kain baju aku tolong lipat. Bila ada anak kecik ni memang susah nak tinggalkan, kalau ada orang jagakan baru aku boleh tolong. Makcik2nya semua geram dengannya lagi2 sekarang dah tembam lagilahoranggeram tengok dia. Dalam hati ni ada jugak terasa macam taksedap yelahkan asyik dengan anak je sampaikan langsung takleh buat kerja. Aku kalau boleh nak tolong tapi keadaan yang tak mengizinkan.

Kepada kawan2ku yang baru melahirkan anak, selamat berpantang ye. Hari raya nanti jemput tengok je menu sedap2 tau, korang tak leh makan aku dah boleh....hihihihihi....yahoooooo!!!!!!! Korang jangan ambik kesah sangat bab menutu, dapat baby yang comel je korang dah tak heran sebab terlalu gembira dan terasa bahagia sangat2. satu keluarga turut bahagia. Makcik2 dan pakcik2 dan adik-beradik sedara pun tak sabar nak tengok baby. betul tak?. Apa2 pun selamat berpantang ye untuk kesihatan tubuh badan. Badan nak guna lama. hihihihi....

TAHNIAH kepaada yang dapatbaby pada tahun ni! semoga tahun nie memberi sinar kebahagiaan kepada anda sekeluarga.