Tuesday, July 5, 2011

Tips Jadi Orang Cemerlang

Nak jadi orang Cemerlang? aku rasa semua orang nak jadi cemerlang, baik dalam pekerjaan mahupun diri..So, disini aku ada beberapa tips dari Dato' Fadzilah Kamsah untuk kita amalkan. Baca jangan tak baca tau! kalau nak jadi CEMERLANG!!!!....

TATACARA MAKAN DAN MINUM

  • Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
  • Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yang kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
  • Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah dan dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah-buahan yang di makan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
  • Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dalam mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yang akan dibawa oleh air tegukan pertama.
  • Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab, bagi yang tengah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tidak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
TATACARA DI BILIK AIR

Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

TATACARA DIDIK ANAK

Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie.akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

TATACARA DIDIK DIRI SENDIRI

Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat dan kalau tak, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc.

ADA 3 KATEGORI MANUSIA:

BERJAYA : Amalan Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA :Amalan Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Amalan Hari ini lebih teruk daripada semalam

“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke
penghujungnya, terlalu! So, it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly…

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you’ll lose nothing.

8C Sebab Suami Benci Isteri

Assalamualaikum...

Kali nie aku nak kongsi ngan korang tentang 8C sebab suami benci isteri. Apa yang 8C tue jom meluangkan masa sedikit untuk membaca yerk!..ini adalah yang disampaikan oleh Dato' Fadzilah Kamsah. Aku just nak kongsi ngan korang sebagai tambah ilmu dalam rumahtangga. Jom baca di bawah:


8 PUNCA SUAMI BENCI ISTERI

CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..