Monday, March 14, 2011

Giliran rumah mertua.

Minggu nie giliran aku di rumah ibu mertuaku. Ahad malam aku bertolak dari rumah aku ke rumah ibu mertuaku, pada mulanya nak balik petang tp suamiku kta lepas maghrib lh. Lepas shja makan jam 7 malam, ibu mertuaku pn telefon suamiku bertanya balik kol brpa? sebab die nk g Pasir Gudang dn bapak mertuaku tinggal sorang kat rumah. Aku dn suami apa lg lepas solat maghrib terus bersiap2 utk pulang. nasib baik aku dh kemas awal2 pakaian klu tk kelam kabut aku dibuatnye...salah emat aku di marahi suami ku...


Bile sampai shaja di rumah, seperti biasa lh susun baju dr dlm beg ke rak baju. Lepas tue masak air panas sebab suamiku tue mesti nak minum air panas sambil tengok tv. Lepas siap semua, aku pn hidangkan air utk suami tercinta. Mlam tue aku ingat nk tengok SALMA MENTOR nyanyi, tp tkde plk..ktanya die nyanyi sedap tue yg nak tengok sesangat...tp hampeh. Suami ku plak gasak main game sampai mata pn dh tkleh nk bukak dn aku pulak tengok tv cete Merlin sampai habis. Aku suka tengok cte Merlin, ia mengesahkan tentang ilmu sihir. Merlin adalah seorang hamba di istana tue dan die mempunyai ilmu sihir yg semulajadi ada pd drinya, tetapi die hanya menggunakan utk kebaikan dan sekiranya terpaksa shja. Peraturan istana tue bg sesiapa yg menggunakan ilmu sihir akan dihukum mati..

Tepat jam 12 malam, mata pn dh mengantuk, aku dn suami pn p tidur. Emak mertuaku masih belum balik lagi. Dalam nyenyak tidur tiba2 aku terdengar orang mengetuk pintu dn memanggil2 untuk membuka pintu....aku sangkakn aku bermimpi rupa2nye emak mertuaku dh balik. hahahaha....aku apa lg bergegas lh bangun buka pintu. lepas tue sambung balik tidur sebab biji mata macam takleh nk bukak.

Dalam syok tidur, alam Handphone aku pn berbunyi tepat jam 5.30 pagi. Kalau ikut rse badan memang malas nak bangun tp nk buat sarapan pagi so, kne lh bangun jugak. Sarapan pagi yang aku buat adalah LEMPENG KOSONG dn air Nes O (kesukaan suamiku). Walau pun suamiku tidak makan sarapan tapi bapak mertuaku selalu sarapan. Itu sebab aku buat sarapan. Aku terbuat banyak pulak Lempengnye, so aku pn bawak g office, jimat lh aku hri nie tk payah beli makanan...Alhamdulillah...

Alkisahnye, nk berjimat so kne lh rajin buat sarapan atau masak pagi2...tkperlu beli. Tp percaya lh bagi isteri yang bekerja mungkin jarang dapat masak pagi paling tidak pun buat air utk suami dn keluarga. Itu pn sudah memadai utk suami kerana air tangan isterinya sendiri yang buat. Semoga aku aku memiliki kebahagian dengan apa yang aku ada sekarang...TQ Allah.

Majlis Khatam Al-Quran

Setiap tahun kumpulan Helwani pasti akan membuat majlis Khatam Al-Quran beramai2 utk kanak2 berumur 12 tahun ke bawah. Bile tengok budak kecik2 lg dh khatam teringin ble ada anak nnti pn nk mcm tue jugak. Pasti sejuk je perut ibu yg mengandungkan anak2 itu. Ye lh selama 9 bulan mengandungkannya pasti mengharapkan anak itu akan menjadi manusia yg berguna dn soleh/solehah. Ini adalah impian setiap ibu di dunia.

Bagaimana pula bagi ibu yg menjual anak? mendera anak?. Adakah mereka suka atu rela? aku rse mereka tak suka dn tk sanggup tp oleh krena syaitan telah menguasai dri mereka, maka terjadi lh perkara2 sedemikian. Ops! terceramah pulak...

Di sepanjang majlis diadakan, bukan shaja bacaan Al-Quran, tetapi persembahan nashyid pn ada jugak tau. Budak2 nasyid adalah rakan sekerja aku. Mereka nie memang berbakat dlm nyanyian. kalu tak silap aku mereka dapat naib johan dalam pertandingan nasyid peringkat negeri Johor. tahniah lh korang!. Akhir sekali penyampaian hadiah untuk guru2 Quran bagi budak2 yang khatam Al-Quran. Untung guru2 Quran dapat satu paha bunga telur. Ada jugak beri hadiah tak beri bunga telur. yang paling untung klu sorang guru ngajar dua atau tiga orang ngaji....Wah! sampai dapat 3 bunga telur. Manakala bagi kami yang AJK nie pun untung jugak tau sbb guru2 ngaji beri kami pulak bunga telur, dapat lh 5 jenis bunga telur dapat bwak balik. Hehehe...numpang tuah orang...Tq cikgu2 ngaji semua semoga kalian dirahmati Allah..


Design kad Kahwin ku sendiri

Setiap orang inginkn kad kahwin yang cantik2 semasa majlis perkahwinannya kn. Lagi-lagi bila dapat kad kahwin kawan yang cantik2 macam2 jenis design. Yg penting ade duit semuanya boleh dapat apa yg kite hajatkn...

Semasa majlis perkahwinan aku, aku tk nafikan yg aku pn teringin majlis perkahwinanku berseri2, meriah, wajah cantik, kad kahwin cantik, ramai tetamu yg hadir dan lain2 lg lh yg setiap org pengantin inginkn...ye lh kn jd permaisuri hanya sekali dlm seumur hidup (Insya-Allah) mestilh nk yg terbaik. Tetapi oleh kerana aku bukan orang yang berwang so, buat mengikut kemampuan shja elakkan drp berhutang....Kad kahwin dan tag terima kasih aku, aku  buat sendiri dan design sendiri tau. dapat lh berjimat sikit cma tinggal beli kertas je..kertas pn aku beli kt Mydin barang2nye murah2 tau..



Nie lah salah satu kad Perkahwinan aku. (Design sendiri tau)


Bila di fikir2 klu buat kad kahwin mewah2 pn akhirnya disimpan jugak tp di tong sampah. hahaha...kesian pengantin beli n tempah mahal2 tp akhirnya tong sampah tempat disimpan. Ade jugak dipijak2.. padahal di kad kahwin tue ade sepotong ayat drp Al-Quran lh, atau pn kata2 hadis..apa lh salahnya diambil kad itu dn dibuang dengan cara yg baik drp dipijak2...Astagfirullahalazim.... Sebab tue sekarang klu korang perasan lh ade juga kad kahwin yg tk dimasukkan kta2 hadis lg bg mengelakkan perkara sedemikian berlaku...

pada suati hari tue, klu tak silap aku bulan Januari 2011 aku n the geng dapat kad undangan perkahwinan, kadnye sme sejibik mcm aku punya, designnye baik luar dn dalam. mne tidaknye, die tempah di tempat aku tempah kat Sg. mas kedai cikgu. Design luar memang dh sedia ada tp yg seblh dlamnye desin aku. Ade jugak yang menerima design aku rupanye...tq cikgu.

Untuk makluman korang jugak, rakan sekerja aku pn ade jugak mintak tolong aku buatkn design kad kahwin utk anaknye..pada mulanya aku mcm tk percaya die boleh mintak aku buatkn, sedangkn kn banyak tempat2 utk design kad kahwin yg tak mahal. Tp mungkin mudah dan cepat kot, sbb tue die suruh aku buatkn, So tanpa aku mengecewakannya aku pn buatkn sprti yg diminta (yg simple2 je...) nak tau apa hasilnye??? lihat dibawah!



Nie pulak kad design aku utk anak rakan sekerja aku, mcmne ok tk, nk tempah? inbox je kat aku k..

Hehehe.....sempat lg berbisness aku nie..tp betul, sekiranya korang ingin melihat org melayu berjaya sokong lh business aku nie...Aku baru jer belajar buat business nie, mne tau dapat sokongan dn galakkan dr korang business aku berjaya, Alhamdulillah.....hanya Allah shja yg akan membalas jasa korang yang tiada setandingNya. Sokong anak melayu, jgn biar anak melayu di tindas dan dijadikan hamba abdi oleh bangsa asing! Melayu Boleh!.


Nie adalah tag terima kasih sebelah rumah suami ku yang di design
oleh rakan kongsi ku



Nie pula tag terima kasih sebelah rumah aku yang didesign oleh aku sendiri