Tuesday, August 16, 2011
Keghairahan hari Raya dah terasa...
Errrmmmm......keghairahan hari raya dh terasa sekarang nie...maklumlah hari nie kan kita dah berpuasa selama 16 hari..dah setengah bulan. Sekejap je kn! pejam celik pejam celik dah nak habis kita berpuasa tinggal minggu nie dan minggu depan je.
Tempat office aku nie, minggu nie adalah minggu terakhir orang buat tempahan kuih. Aku pun dah terima kuih yang aku tempah, tinggal kuih tat je belum lagi. Mak aku memang lah tak buat kuih sebab dah tak larat. Aku pulak belum berani nak buat kuih sendiri lagi tapi mak mertua, aku rasa memang dia buat. Itu pun tunggu anak dia dari KL balik. Mak mertua aku nie masih sihat lagi, masih kuat untuk buat kerja-kerja seperti ini. Keghairahan hari raya pun dah terasa di rumah mak mertuaku. Antaranya, langsir baru, baju raya, cat rumah, pasang mozek dan buat kuih raya..
Emak aku pula memang dah tak sesihat sebelum ini. Maklumlah mak aku pun dah tergolong warga emas, badan pun dah tak larat nak buat kerja berat-berat. Sebab tue kuih raya anak-anak belikan je. Mana yang buat, bawa balik lh...Guarantee banyak kuih bila di kira-kira. Jimat.....umah mak aku nie takde orang yang hantu kuih. Kalau banyak sangat kuih nanti takde orang nak makan dan akhirnya simpan dalam tong sampah je...kesian kuih tue kn!..
So, setiap kali raya pasti beli kuih yang laris dan sedap je. Jenisnya pun tak banyak. Elak daripada membazir. pembaziran itukan amalan Syaitonnnnn......Syaitan pun dah lepas dari kena ikat, haaa...apalagi dia pun menjalankan misi die yang tertangguh...hahaha....
Semoga raya tahun nie aku dan keluarga happy dan bahagia....hendaknya..amin...
silalah comment post ini...
Selesema lah pulak...
Semalam dan hari nie aku diserang virus selesema...Patut lah sebelum nie aku rasa badan aku nie panas semacam rupanya nak demam dan selesema.
Malam tadi lh memang aku terasa sangat keletihannya. Lepas sereka baju aku terus baring dalam bilik. Kononnya nak tunggu suami ku balik dari KL tapi tertidur. Nasib baik aku dengar bunyi kereta, kalau tak memang aku hanyut dibuai mimpi hingus meleleh....eeeeeiiiikkk...tak lah... sebelum aku tidur aku dah hembus dulu. Suami ku pun ada belikan panadol rendam, so aku pun minum air penadol rendam... Baru aku boleh tidur dengan selesa sikit. Terima kasih Bee...
Hari ini aku terpaksa bawa sapu tangan sebab hingus aku nie asyik nak meleleh je..Kerana selesema nie jugak membuatkan kepala aku rasa benggal je...macam nak baring je rasenya..tapi kat office nie tak selesa nak baring. Nie yang menghabiskan masa dengan mengupdate blog.
k lah ye kita jumpa lagi di entry yang lain....
silalah comment post ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)