Friday, April 13, 2012

Konon Nak Diet Tapi Tak Menjadi

Hari nie aku konon-konon nak dietlah..bekal pun bawa goreng pisang je. Tapi rezeki makanan aku melimpah ruah pulak hari ini nak di tolak tak baik bak pepatah "rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari" betu tak? so, aku terima ajelah.

Jam 10 pagi tadi Kak Emal bagi roti canai bukan sekeping tau tapi dua keping. Kedua-dua keping aku belasah. Lepas tue noni pulak pelawa makan kueh teow dia..ngecek aje habiskan tue tak lah nak senak perut aku dibuatnya dah makan roti canai dan goreng pisang nak lantak kueh teow pulak..hehehe...

Sapa yang dah baca entry aku sebelum nie mataku semakin kuyu tue, inilah dia puncanya makan banyak sangat. Tengah hari tadi pulak aku n the geng pergi rumah bakal pengantin yang akan berlangsung pada 15 April 2012 nie. Oleh kerana kitaorang tak dapat hadir pada majlis dia nanti kitaorang pun plan datang rumah dia hari nie. Kebetulan pulak kitaorang datang lakah kaki kanan.......kitaorang dihidangkan dengan kuih dan makan tengah hari lagi kau! kenyang tak kenyanglah perut kami nie, nak nak aku lah... Orang dah hidangkan so, kenalah makan walau pun dah kenyang nanti kecik pulak hati tuan rumah.

Haaaaaaaaaaaaaa.........................kenyang..........!!!!!!!!!!!!
sampai opis semua menyandar kekenyangan.....

TQ ALLAH diatas pemberian rezeki yang Engkau berikan...

silalah comment post ini...

Mata Oh Mata Kenapa Semakin Kuyu Nie...Tak Leh Handle

Wahai mataku kenapalah engkau semakin kuyu, kuyu dan kuyu dan terus terlelap sampaikan aku sudah takleh nak handle lagi nie!!!!!.....tapi heran kan dalam mata kuyu, kuyu tangan masih boleh menaip lagi. hahahahaha......itulah dia keajaiban dan keistimewaan yang aku ada. Pui!! padahal tahan mata sekejap sebab nak siapkan entry.

Biasalah kan lepas makan, perut pun dah kenyang dan mata pun memainkan perananlah. Keje pulak hari nie tak berapa buzy sesangat yang ada keje membaca. Keje membaca nie memang melalaikan lagi adalah. Apa yang dibaca langsung tak masuk dalam otak dan baca berulang-ulang, paham tak jugak.

Ok lah ye mata aku dah tak boleh handle lagi nie, aku nak rehatkan mata aku sekejap. lepas tue nanti lajulah aku buat keje. Ok bye!!!


silalah comment post ini...

Masih Tiada Perubahan

Lanjutan kisah budak bermasalah di tempat keje aku. Setakat pemerhatian aku sehingga kini, apa yang dinasihat dan ditegur langsung tiada tindakan +ve bahkan sama sahaja. Keje yang aku minta tolong buatkan langsung tak dibuatnya. Tak kan aku nak ulang, ulang dan ulang....nanti jiwa tertekan pulak. Aku pun sampai dah malas nak tegur dan minta tolong kecuali terdesak je.

Kalau diikutkan sekarang nie memang dia tak takde keje langsung. Keje yang aku nampak dia berFB memanjang di tempat dia tue. Keje yang aku mintak tolong tue memang bos aku yang suruh dia buat dan aku dah menyenangkan keje dia tapi langsung tak diendahnya.

Errrmmm.....aptblah budak nie. Aku rasa budak macam nie dah kena ditukarkan keje di department lain lah. Letihlah kitaorang tak pasal-pasal kena pantau dia setiap hari.  Tolooooooong!!!!!lah beri kerjasama wahai budak.....janganlah buat darah kami nie naik dan menghilangkan mood baik kami pergi keje ye budak!!!!

silalah comment post ini...