Wednesday, March 20, 2013

Petua Hilangkan Kembung Perut Baby



PETUA HILANGKAN KEMBUNG PERUT BABY..



Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik-baiknya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi.
Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang.
Satu lagi petua ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, masukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya.. Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda..Selamat Mencuba..!!!

Sapu sedikit minyak angin, minyak Mestika Bayini (minyak telon), minyak Yu Yee atau minyak Telon pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Bayi akan kentut atau pun sendawa. Setelah angin keluar, bengkung bayi spt biasa dan jauhkan drp kipas yang dipasang laju atau pun air-cond atau bersiar di tempat yang anginnya dingin atau anginnya kuat.
Anda juga boleh bengkungkan perutnya shj dan bukan seluruh tubuhnya. Pastikan bayi tak berpeluh kuat atau terlalu panas (overheat) dgn banyak pakaian atau pakaian terlalu tebal.
Apabila basuh baju bayi, jangan rendam dgn air paip, tapi terus basuh dgn sabun, bilas dan sidai hingga kering di bawah matahari. Jika anda rendam dgn air sejuk, fibre meresap hawa sejuk. Bila bayi pakai pakaian yang telah direndam, maka bayi akan mengalami kembung perut. Sebelum anda pakaikan bayi bajunya, pastikan bajunya itu berasa suam atau benar-benar kering, bukan lembab atau berasa sejuk.
Bila bayi anda menangis kerana lapar atau kencing/berak, jangan biarkan ia menangis terlalu lama kerana lagi lama ia menangis, lagi banyak udara ia menelan, dan ia akan jadi lagi kembung.
Anda juga boleh dakap bayi pada badan anda, tutupkan badan bayi dgn kain nipis atau selimut ringan dan biar ia merasa panas hawa badan anda sambil mengurut betis & tapak kakinya – dgn cara begini bayi akan kurang kembung dan lebih selesa.silalah 
comment post ini...

Kaedah Merancang Kehamilan

Pelbagai kaedah dan cara yang boleh diambil oleh ibu-ibu selepas bersalin untuk merancang dapatkan baby yang ke-2. Kebiasaannya pihak hospital atau nes klinik kerajaan / swasta akan menerangkan dan mengesyorkan kaedah yang sesuai dan bergantung juga pada individu. Ini adalah kerana semua semua individu sesuai dengan semua kaedah, perlu dapatkan ansihat daripada yang pakar terlebih dahulu.

Permilihan kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.

Kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan

Kaedah kontraseptif yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah kontraseptif ialah kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.

1. Pil Kontraseptif

Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.

2. Suntikan Progestin dan Progesteron

Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.


3. Implan 'Norplant"

Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.


4. Alat Instrauterin (IUD)

Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:
  • Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
  • Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.



5. Span (Sponge)

Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.


6. Diafram

Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.


7. Penghalang serviks (Cervital Cap)

Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.


8. Spermisida vagina (Vaginal Spermicides)

Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.


9. Kaedah semulajadi (Natural Family Planning)

Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.


10. Azal (Withdrawal)

Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.

Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM)
Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.


11. Pembedahan (Surgical Sterilization)

Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.


12. Kondom

Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.


13. Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence)

Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak.


Keberkesanan kaedah kontraseptif

Keberkesanan dan kebolehpercayaan kaedah pencegah hamil yang digunakan banyak bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut. Setiap kaedah kontraseptif mempunyai tahap keberkesanannya. Sudah pasti ia lebih baik berbanding dengan kaedah di mana pasangan suami isteri tidak mengamalkan sebarang kaedah. Yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten.

Dianggarkan bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.

Jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. Sila klik di sini untuk me-war-warkannya.


silalah comment post ini...

Mata tak berkedip langsung!

My hero dah pandai tengok tv, terutamanya bab iklan. Khusyuk sehinggakan mata tidak berkedip langsung walau pun kita cuba menghalang pandangannya. Kanak2 pada usia seperti my hero memang suka tengok iklan agaknya, sebab masa anak sedara aku masa kecil juga macm tu. Tetapi masa anak sedara aku, memang takleh alih siaran lain langsung bila dia dah tengok iklan. Ish! Ish! Sampai macam tu sekali.....

Kadang2 tu dia dah mengantuk, sampai sangap2 mulut menguap menahan mata. Ahmad khalis! Ahmad khalis! Suka buat mama tersenyum bila melihat telatah kamu.

My hero bukan sahaja suka tengok iklan tetapi suka dengar lagu bila berkumndang di tv seperti cite setia hujung nyawa. Setiap kali cite itu, lagu tema akan berkumandang dan dia pasti toleh ke tv. Lagu i'm 4 u pun my hero suka dengar tau.



silalah comment post ini...

Jam 2.00 pg

Malam tadi sya tido lambat sebab tengok cite cinta beruang. Sya pun sedar sebenarnya dah jam 2.00 pg. Tengah syok tengok cite, my hero bangun pulak dan dia pun boleh tengok cite jugak sama dengan sya. 

My hero ni bila dah tidolama dan bangun semula memang susah sikit nak suruh dia tido semula. Sebelum tu dia akan bangun duduk bangun duduk sehinggalah dia keletihan dan tido semula..

Sya pula akan jadi kawan bermain dialah. Kalau dibiarkan takut jatuh katil pulak so, kenalah layan sehingga dia mengantok. Mamanya terpaksalah bersengkang mata....padan muka sya kan, waktu anak tido tak nak tido, bila anak bangun baru nak tido....

Oleh kerana mata masih terang, inilah hasilnya keluar entry di blog....waktu siang tak daoat nak luangkan masa, tengah malam lah baru dapat mengupdate blog. Sekarang ni my hero tengah bermain dengan botol susunya yang dah habis, golek kanan golek kiri dan akhirnya tidolh nanti. Papanya? Ermm....dah selamat sampai england agaknya....langsung tak sedar apa, keletihan baru balik dari KL. Biasalah keje driver tak lekang duduk rumah jap naik KL jap naik Melaka, jap naik sini jap naik sana...isteri terpaksalah tinggal. Nasib baik ada my hero dapat jugak menghilangkan rasa bosan. 

Oklh ye dah lewat malam ni, mata pun dah kelat dan pedih. Good nite semua dan good morning, good afternoon and good evening!!!

silalah comment post ini...