Friday, June 15, 2012

Free Everyday

Sepanjang aku mengandung nie lagi-lagi bila perut dah semakin membesar, kerja-kerja opis aku handle yang ringan-ringan je. Terima kasihlah bos, scnd bos n sabrina kerana memahami. Aku bersyukur alhamdulillah, sepanjang aku mengandung nie badan aku masih cergas dan mampu membuat kerja kecuali kerja angkat beratlah. Setakat menaip takde hal lah masih boleh lagi.

Sebelum nie kan aku ada cite pasal sorang mamat yang aku mintak tolong failkan surat-surat tapi dia tak buat, dan sekarang semua surat-surat tue aku dah failkan dan satlekan semua. Aku tak nak nanti aku naik bersalin benda tue tak difailkan langsung. Sebelum aku cuti bersalin nie kalau boleh semua kerja aku nak satlekan. Sekarang apa kerja yang bos aku bagi aku terus siapkan. Pekerja contoh lah katakan.....haceh!! perasanlah pulak....hehehehe jangan marah ha...

Boleh dikatakan jugak hari-hari aku free. BrFB pun boleh sepanjang hari sambil merekod surat. Kat unit aku nie terima surat jarang sekali. Aku berFB pun bukan untuk berchating ke apa ke tapi aku tengok barang-barang baby, koleksi baju raya dan tengok-tengok business yang ada dalam FB. Hal maklumlah semenjak dah pandai bershoping online nie asyik cuci mata je....Inilah masa dan peluang jangan aku lepaskan. Lepas bersalin nanti dah tak merasa lagi free memanjang macam sekarang, nak buka FB pun tak sempat dah apatah lagi nak update blog. Peluang jangan dilepaskan.....Free everyday!!!!

silalah comment post ini...