Jangan keliru dan samakan...pembekal, pemborong dan peniaga. Begitu juga dengan harga, Harga yang ditawarkan oleh pembekal, pemborong dan peniaga adalah berbeza. Harga antara pembekal dan pemborong juga ada yang berbeza. Tak mustahil juga harga peniaga adalah berbeza. Peniaga biasanya akan mengambil keuntungan sedikit dari harga pemborong. Bergantung pada harga yang pemborong tawarkan kepada peniaga. Kalau pemborong tawarkan harga mahal, mahallah peniaga itu jual dan sebaliknya.
Sya kelaskan:
pembekal - pihak pertama
Pemborong - pihak ke-2
Peniaga - pihak ke-3
Di sini sya nak kongsi dengan kalian tentang pengalaman sya berdepan dengan seorang customer.
Sya sebagai peniaga (peniaga kecil2an), adalah satu customer nak beli produk dengan saya. Bila sya nyatakan harganya, boleh dia kata MAHAL dan bandingkan pulak dengan harga pembekal / pemborong produk tersebut. Kalau saya jual sama harga dengan pembekal / pemborong, sedangkan pembekal / pemborong tawarkan harga sama apa yang dia jual, sya rugilah takda untung... Harga lebihan itulah untung sya dan sebagai wang pusingan modal. Lainlah kalau pembekal / pemborong tawarkan harga lebih murah dari apa yang dia jual, barulah sya boleh jual sma dengan harga pembekal / pemborong!
Susahlah berkomunikasi dengan orang yang kurang pengetahuan tentang berniaga. Yang dia tahu nak murah jeeee!!!!!!
Sebagai pembeli perlu tahu perbezaan harga. Faktor yang menyebabkan perbezaan harga ialah:
- Harga dari pembekal lebih murah darpda pemborong
- harga pemborong lebih murah daripda harga peniaga
- jarak tempat (antara negeri)
- brand lain
- kualiti lain
- service caj
- postage, dll
Ye sya tahu dan sangat memahami, sebagai pembeli memang ada hak untuk memilih barangan yang hendak dibeli. Terpulang pada pembeli nak beli di kedai / peniaga mana yang lebih murah dan mampu dimilik. Tapi, janganlah nak samakan semua peniaga di seluruh malaysia/dunia menjual dengan harga yang sama kecuali barangan terkawal sahaja seperti gula, tepung dan sbgainya.
Sebab itulah pembeli, dia akan masuk banyak kedai untuk survey barang dan kualiti yang dia hendak. Sya beri contohlah, tudung 3 layer yang hangat dipasaran sekarang. Pelbagai harga peniaga jual ada yang jual dengan harga RM50 / RM65 / RM73 / RM75 / RM80 / RM85 / RM90 / RM140 / RM170 dll. Kenapa harga berbeza2 sedangkan rupa sama, jenis kain sama tapi harga berbeza. Terfikir tak kenapa?. Walau pun ada tudung yang murah tetapi, orang tetap beli tudung yang mahal sebab apa? mungkin kualitinya, jahitnya kemas, susunan warnanya menarik dll. Tudung murah pulak, bagi orang yang mampu milik. Brand sahaja tak popular dan mungkin peniaga itu membeli dengan jumlah yang banyak (500 helai tudung) dan sebab itulah dia boleh jual dengan harga yang murah sebab pemborong tolak harga murah dengan peniaga tersebut. Keputusan di tangan anda nak beli dengan siapa tapi, JANGAN samakan pembekal, pemborong dan peniaga.
Kalau anda peniaga, anda mesti tahu permainan harga. Kalau nak harga MURAH terus pergi pembekal / pemborong...bukan peniaga (pihak ke-3). JANGAN salahkan peniaga menjual produk mahal, mungkin ada kelebihan tertentu pada produk yang dia jual di bandingkan dengan peniaga lain. Tak mustahil juga ada peniaga ambil kesempatan. So, sebagai pembeli perlulah membuat survey harga dan kualiti terlebih dahulu sebelum buat keputusan untuk membeli.
NAK BELI, BELI...TAK NAK BELI, TERPULANG!
Errrmmmm......biasalah kan manusia macam2 ragam. Inilah namanya cabaran berniaga. Rezeki masing2, Allah pemberi rezeki. Hanya Ia yang maha mengetahui dan menentukan segalanya....
silalah comment post ini...